MS/Prabhupada 0018 - Taat Setia Pada Kaki Padma Guru



Lecture on SB 6.1.26-27 -- Philadelphia, July 12, 1975

Prabhupāda: Maka, kita harus menggunakan masa ini untuk membuat penyelesaian kehidupan di mana kita berulang kali meninggal dan sekali lagi menerima badan lain. Maka bagaimana untuk memahaminya selagi mereka tidak berjumpa seorang guru yang benar? Oleh itu śāstra, menyatakan tad-vijñānārtham: "Jika anda ingin mengetahui masalah sebenar kehidupan anda dan jika anda hendak penerangan bagaimana untuk menyedari Krishna, bagaimana untuk menjadi kekal, kembali ke kediaman, kepada Tuhan Yang Maha Esa, maka anda harus mendekati seorang guru." Dan siapakah guru? Itu telah dijelaskan, perkara yang sangat mudah. Seorang guru tidak mereka-reka idea bahawa " Anda lakukan ini dan berikan saya wang dan anda akan gembira." Itu bukanlah seorang guru. Itu adalah satu lagi proses untuk mendapatkan wang. Maka di sini dikatakan, mūḍha, semua orang yang mendiami di syurga kejahilan, mereka-reka ideanya sendiri seperti Ajāmila... Seseorang telah mengambil, "Ini adalah kewajipan saya," seseorang mempunyai....Beliau adalah seorang yang bodoh. Anda harus mengetahui kewajipan anda dari seorang guru. Setiap hari anda menyanyi, guru-mukha-padma-vākya, cittete koriyā aikya, ār nā koriho mane āśā. Ini adalah kehidupan. Ini adalah kehidupan. Guru-mukha-pad... Anda menerima seorang guru yang benar, dan apa yang beliau arah, anda harus ikuti. Maka kehidupan anda akan berjaya. Ār nā koriho mane āśā. Anda seorang keparat, anda tiada keinginan untuk apa-apa lagi. Bukankah anda nyanyikannya setiap hari? Tetapi adakah anda memahami maksudnya? Atau anda menyanyi sahaja? Apakah ertinya? Siapakah yang akan menjelaskannya? Tiada sesiapa yang tahu? Ya, apakah maksudnya?

Penyembah: " "Hasrat saya hanyalah untuk menyucikan minda saya dengan kata-kata yang keluar dari mulut guru rohani saya. Saya tidak mempunyai keinginan lain selain ini."

Prabhupāda: Ya. Inilah arahannya. Guru-mukha-padma-vākya, cittete koriyā aikya. Kini citta bererti kesedaran atau hati. "Aku akan melakukan ini sahaja, itu sahaja. Guru Mahārājaku menyuruhku; Aku akan melakukannya." Cittete koriyā aikya, ār nā koriho mane āśā. Bukan tujuan saya untuk berbangga, tetapi saya boleh katakan, untuk memberi pengajaran kepada kamu, saya melakukannya. Oleh itu apa sahaja kejayaan yang anda lihat yang lebih daripada saudara-saudara saya yang mempunyai guru yang sama, ia adalah hanya kerana ini. Saya tidak mempunyai sebarang kemampuan, tetapi saya mengambil kata-kata guru saya dengan nyawa dan jiwa. Maka ini adalah hakikatnya. Guru-mukha-padma-vākya, cittete koriyā aikya. Setiap seorang harus berbuat demikian. Tetapi jika beliau membuat tambahan, melakukan perubahan, maka semuanya habis. Tidak boleh menambah, mengubah. Anda harus mendekati seorang guru - guru bererti hamba Tuhan, Krishna, yang taat dan setia dan mengikuti firman Beliau untuk pengabdian-NYa. Dengan demikian anda akan berjaya. Jika anda mereka-reka, "Aku lebih pintar daripada guruku, dan aku boleh menambah atau mengubah," dengan ini habislah anda. Maka itu sahaja. Dan kini, menyanyi lagi.

Penyembah: Śrī-guru-caraṇe rati, ei se uttama-gati.

Prabhupāda: Śrī-guru-caraṇe rati, ei se, uttama-gati. Jika anda ingin kemajuan yang sebenar, maka anda harus bena-benar setia pada kaki padma guru. Kemudian? Penyembah: Je prasāde pūre sarva āśā. Prabhupāda: Je prasāde pūre sarva āśā. Yasya prasādāt... Inilah arahan keseluruhan falsafah Vaiṣṇava . Jadi sehingga kita berbuat sedemikian, kita berada dalam tahap mūḍha (kejahilan), dan ini telah dijelaskan dalam Ajāmila-upākhyāna. Jadi hari ini kita sedang membaca ayat ini, sa evaṁ vartamānaḥ ajñaḥ. Sekali lagi beliau berkata. Sekali lagi Vyāsadeva menyebutkan "Si keparat ini berada dalam keadaan penyerapan dalam pengabdian anak lelakinya, Nārāyaṇa, namanya." Beliau tidak tahu..."Apa benda karut dengan Nārāyaṇa ini?" Beliau tahu akan anaknya. Tetapi Nārāyaṇa maha penyayang, oleh kerana beliau sentiasa memanggil anaknya, "Nārāyaṇa, sila datang ke sini. Nārāyaṇa, sila ambil ini," maka Kṛṣṇa menganggap bahawa " Beliau selalu melaungkan 'Nārāyaṇa.' Krishna maha penyayang. Beliau tidak pernah bermaksud iaitu "Aku akan pulang ke pangkuan Narayana." Beliau mahukan anaknya kerana beliau sangat menyayanginya. Tetapi beliau mendapat peluang untuk melaungkan nama suci Nārāyaṇa. Inilah nasib baik beliau.Oleh itu, menurut ini, kita menukar nama. Mengapa? Kerana setiap nama adalah untuk menjadi seorang hamba Krishna. Sama seperti Upendra. Upendra bererti Vāmanadeva. Maka, jika anda memanggil "Upendra, Upendra," atau yang bersamaannya, nama itu akan diambil kira. Itu akan diperjelaskan kemudian.