MS/Prabhupada 1065 - Pertama sekali seseorang perlu mengetahui bahawa Dia bukan badan ini



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Saat ini apabila kita dicemari hal-hal material, ianya dikenali sebagai peringkat terikat. Peringkat terikat. Dan keakuan palsu, kesedaran palsu... Kesedaran palsu dipamerkan di bawah tanggapan bahawa "Saya adalah salah satu hasil dari alam material ini." Ini disebut keakuan palsu. Keseluruhan kegiatan-kegiatan material, yasyātma-buddhiḥ kuṇape tri-dhātuke (SB 10.84.13).

Yasyātma-buddhiḥ kuṇape tri-dhātuke, iaitu seseorang yang fikirannya diserapi dengan hal-hal jasmani. Kini, keseluruhan Bhagavad-gītā dijelaskan oleh Tuhan kerana Arjuna menempatkan dirinya dalam pemahaman hidup yang bersifat jasmani. Maka seseorang itu harus membebaskan dirinya dari kefahaman hidup yang bersifat jasmani. Itulah kegiatan yang perlu dikakukan terlebih dahulu oleh rohaniwan yang ingin dibebaskan, yang mahu mencapai kebebasan. Dan pertama sekali dia harus mengetahui bahawa dirinya bukan badan jasmani. Maka kesedaran ini, atau kesedaran material...Apabila kita mencapai kebebasan dari kesedaran material, itu disebut mukti. Mukti atau pembebasan bererti membebaskan diri dari kesedaran material. Dalam Śrīmad-Bhāgavata maksud pembebasan juga diberikan: muktir hitvānyathā rūpaṁ svarūpeṇa vyavasthitiḥ (SB 2.10.6). Svarūpeṇa vyavasthitiḥ. Mukti bererti pembebasan dari kesedaran yang dicemari oleh dunia material ini. dan menempatkan diri dalam kesedaran yang suci. Dan kesemua ajaran, ajaran Bhagavad-gita, disasarkan untuk membangkitkan kesedaran suci ini. Kita akan menemui di bahagian akhir ajaran Bhagavad-gītā bahawa Kṛṣṇa bertanya Arjuna samada kesedarannya sudah disucikan. Sama ada beliau berada dalam kesedaran yang suci. Kesedaran yang suci bermaksud kita bertindak mengikuti ajaran Tuhan. Itulah kesedaran yang disucikan. Itulah seluruh inti dan hakikat kesedaran yang sudah disucikan. Kesedaran sudah ada, tetapi kerana kita adalah sebahagian, sebab itu kita terjejas. Wujudnya kecenderungan untuk dipengaruhi oleh sifat-sifat material. Tetapi Tuhan Yang Maha Esa, Beliau tidak pernah dipengaruhi. Beliau tidak pernah dipengaruhi. Itulah pebezaanya antara Tuhan dan Yang...Yang Maha Esa dan...

Sekarang kesedaran ini... Apakah kesedaran ini? Kesedaran bahawa "Saya adalah". Apakah saya? Dalam kesedaran yang tercemar "Saya adalah" bermaksud "Saya adalah penguasa segala sesuatu yang saya lihat." Ini adalah kesedaran yang tidak suci. Dan "Saya yang menikmati." Seluruh dunia ini berputar kerana setiap mahluk hidup berfikir bahawa "Saya adalah penguasa dan saya adalah pencipta dunia material ini." Kesedaran ini mempunyai dua bahagian menurut ilmu jiwa Yang pertama ialah bahawa "Saya pencipta," dan yang kedua ialah "Saya menikmati." Oleh itu Tuhan Yang Maha Esa adalah pencipta and Beliaulah yang sebenarnya menikmati. Dan oleh kerana para mahkluk hidup adalah sebahagian dari Tuhan Yang Maha Esa, dia sebenarnya bukan pencipta atau yang menikmati, tetapi dia bekerjasama. Sama seperti keseluruhan mesin. Bahagian-bahagian dari mesin harus bekerjasama dengan keseluruhan mesin. Atau jika kita boleh mepelajari dari dasar anggota badan kita. Kini, badan kita terdiri dari tangan, kaki, mata dan kesemua anggota ini, bekerja tetapi kesemua anggota-anggota ini, mereka tidak menikmati. Perutlah yang menikmati. Kaki bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Tangan yang mengumpul, tangan yang menyediakan makanan, dan gigi yang mengunyah, dan segala-galanya, semua anggota badan, sibuk memuaskan perut sebab perut adalah unsur pokok dalam susunan anggota badan kita. Dan segala-galanya perlu diberikan kepada perut. Prāṇopahārāc ca yathendriyāṇām (SB 4.31.14). Misalnya pokok kelihatan hijau kerana air disiram pada akarnya. Atau anda boleh menjadi sihat ... Anggota-anggota badan - tangan, kaki, mata, telinga, jari- segala-galanya sihat apabila anggota-anggota ini bekerjasama dengan perut. Begitu juga, Tuhan Yang Maha Esa adalah Yang menikmati. Beliaulah Yang menikmati dan Beliaulah pencipta. Dan kita, makhluk hidup yang rendah kedudukannya, hasil tenaga Tuhan Yang Maha Esa, kita seharusnya bekerjasama dengan Tuhan. Kerjasama ini akan membantu. Hanya sebagai contoh, makanan yang baik diambil oleh jari. Jika jari berfikir bahawa "Mengapa kita perlu memberikannya kepada perut? "Marilah kita menikmati." Ianya adalah satu kesilapan. Jari-jari tidak dapat menikmatinya. Jika jari mahu hasil kenikmatan makanan yang tertentu, jari harus meletakkannya ke dalam perut.