MS/Prabhupada 1071 - Sekiranya Kita Mendekatkan Diri dengan Tuhan, Bekerjasama dengan Beliau, Maka Kita akan Menjadi Bahagia



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Kita juga harus mengingati, apabila kita berbicara tentang "Kṛṣṇa" ia bukanlah satu nama yang dimiliki oleh sesuatu mazhab. Nama “Kṛṣṇa” bermaksud kebahagiaan tertinggi. Ia telah disahkan bahawa Tuhan Yang Maha Esa adalah sumber, adalah gudang segala kebahagiaan. Kita semua menginginkan kebahagiaan. Ānandamayo 'bhyāsāt (Vedānta-sūtra 1.1.12). Para makhluk hidup atau Tuhan, disebabkan kita penuh dengan kesedaran, oleh itu kesedaran kita menuju terhadap kebahagiaan. Kebahagiaan. Tuhan Yang Maha Esa juga sentiasa bahagia, dan sekiranya kita mendekatkan diri dengan Tuhan, bekerjasama dengan Beliau, membina hubungan dengan Beliau, maka kita juga akan menjadi bahagia. Tuhan menjelma di dunia fana ini untuk memperlihatkan kegiatan-Nya yang penuh dengan kebahagiaan di Vṛndāvana. Ketika Śrī Kṛṣṇa berada di Vṛndāvana, kegiatan Beliau adalah bersama para pengembala lembu sebagai rakan-rakan-Nya, dengan gadis-gadis yang menjadi teman-teman-Nya, dengan rakan-rakan-Nya, rakan-rakan gadis-Nya, penduduk Vṛndāvana dan di zaman kanak-kanak, pekerjaan Beliau ialah sebagai pengembala lembu, dan kesemua kegiatan ini adalah penuh dengan kebahagiaan. Keseluruhan Vṛndāvana, seluruh penduduk di Vṛndāvana, menuju terhadap Beliau. Mereka tidak mengetahui sesuatu selain Kṛṣṇa. Śrī Kṛṣṇa telah pun menerhadkan ayah-Nya, Nanda Mahārāja supaya beliau tidak menyembah dewa Indra, kerana Beliau ingin menegaskan bahawa orang tidak perlu menyembah sebarang dewa kecuali Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Disebabkan matlamat utama hidup adalah untuk kembali ke kediaman Tuhan yang Maha Esa. Kediaman Śrī Kṛṣṇa dihuraikan dalam Bhagavad-gītā, Bab ke-15, ayat ke-6,

na tad bhāsayate sūryo
na śaśāṅko na pāvakaḥ
yad gatvā na nivartante
tad dhāma paramaṁ mama
(BG 15.6)

Sekarang, penghuraian mengenai angkasa yang kekal… Apabila kita berbicara tentang angkasa, disebabkan kita mempunyai konsep material mengenai angkasa, kita mengaitkan angkasa dengan matahari, bulan, bintang-bintang, seperti itu. Tetapi Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa menyatakan bahawa di angkasa yang kekal, tidak memerlukan sinaran matahari. Na tad bhāsayate sūryo na śaśāṅko na pāvakaḥ (BG 15.6). Sinaran bulan juga tidak diperlukan di angkasa yang kekal itu. Na pāvakaḥ bermaksud tidak ada keperluan bekalan elektrik atau api untuk menerangi angkasa rohani yang kekal kerana angkasa rohani yang kekal sudah diterangi oleh brahma-jyotir. Brahmajyoti, yasyaprabhā (BS 5.40), sinaran dari kediaman Yang Maha Esa. Sekarang, pada zaman ini, apabila orang cuba untuk mencapai planet-planet lain, ia tidak begitu sukar untuk memahami kediaman Tuhan Yang Maha Esa. Kediaman Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa adalah di angkasa rohani, dan ia dinamakan sebagai Goloka. Dalam Brahmā- saṁhitā Goloka dihuraikan secara indah, goloka eva nivasaty akhilātma - bhūtaḥ (BS 5.37). Tuhan menetap di kediaman –Nya bernama Goloka selamanya, namun Beliau akhilātma - bhūtah, Beliau dapat didekati dari sini juga. Oleh itu, Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa menjelma untuk mewujudkan rupa-Nya yang sejati, sac-cid-ānanda-vigraha (BS 5.1), supaya kita tidak akan berimaginasi. Tidak akan timbul soalan imaginasi.