MS/Prabhupada 1074 - Kesemua Kesengsaraan yang Kita Alami di Dunia Material ini – Kesemuanya Disebabkan oleh Jasad ini



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Dalam Bhagavad-gītā ia dinyatakan bahawa:

avyakto 'kṣara ity uktas
tam āhuḥ paramāṁ gatim
yaṁ prāpya na nivartante
tad dhāma paramaṁ mama
(BG 8.21)

Avyakta bermaksud tidak terwujud. Tidak keseluruhan dunia material ini terwujud di hadapan kita. Deria-deria kita tidak sempurna di mana kita tidak dapat melihat kesemua bintang-bintang, kesemua planet-planet yang ada di alam semesta ini. Sudah tentu, melalui kesusasteraan Veda kita mendapat maklumat mengenai kesemua planet-planet tersebut. Kita mungkin percaya atau tidak percaya, tetapi kesemua planet-planet penting di mana kita mempunyai kaitan, planet-planet tersebut dihuraikan dalam kesusasteraan Veda, terutamanya dalam Śrīmad-Bhāgavatam. Namun dunia rohani di luar angkasa dunia ini, paras tasmāt tu bhāvo 'nyo (BG 8.20), tetapi avyakta, angkasa rohani yang tidak terwujud di hadapan kita itu, ialah paramāṁ gatim, iaitu, seseorang itu harus menghasratkan, seseorang itu harus menginginkan untuk mencapai kerajaan yang paling utama itu. Dan setelah mendekati kerajaan yang paling utama, yaṁ prāpya, seseorang yang mendekati atau seseorang yang mencapai kerajaan yang paling utama itu, na nivartante, ia tidak akan kembali ke dunia material ini. Dan tempat tersebut iaitu kediaman Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, adalah tempat di mana kita tidak perlu kembali ke dunia material ini, iaitu, yang perlu kita.. Sekarang, soalan yang harus dibangkitkan, apakah kaedah untuk mendekati kediaman Tuhan Yang Maha Esa? Perkara tersebut dihuraikan di dalam Bhagavad-gītā. Ia dinyatakan dalam Bab ke-8, ayat ke 5, 6, 7, 8, bahawa proses untuk mendekati Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa atau kediaman Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa diberikan. Ia dinyatakan seperti berikut:

anta-kāle ca mām eva
smaran muktvā kalevaram
yaḥ prayāti sa mad-bhāvaṁ
yāti nāsty atra saṁśayaḥ
(BG 8.5)

Anta-kāle, di akhir hayat, pada saat kematian. Anta-kāle ca mām eva. Seseorang yang mengingati Kṛṣṇa, smaran, sekiranya ia mengingati. Seseorang yang nazak, pada saat kematian, sekiranya ia mengingati rupa Kṛṣṇa dan ketika mengingati dengan cara berikut, sekiranya ia meninggalkan jasadnya, ia pasti akan mendekati kerajaan rohani, mad-bhāvam. Bhavam bermaksud sifat rohani. Yaḥ prayāti sa mad-bhāvaṁ yāti. Mad-bhāvam bermaksud seperti sifat atau sifat rohani Insan Yang Paling Utama. Seperti yang telah dihuraikan sebelumnya, bahawa Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa ialah sac-cid-ānanda-vigraha (BS 5.1). Beliau mempunyai rupa, tetapi rupa beliau adalah kekal, sat; dan penuh dengan ilmu pengetahuan, cit; dan penuh dengan kebahagiaan, ānanda. Kini, kita boleh membandingkan dengan jasad kita, sama ada jasad ini adalah sac-cid-ānanda. Tidak. Jasad ini adalah asat. Jasad ini adalah sat bukanlah asat. Antavanta ime dehā (BG 2.18), di dalam Bhagavad-gītā dinyatakan, bahawa jasad ini ialah antavat, boleh dimusnahkan. Dan… Sac-cid ānanda. Bukannya menjadi sat, sebaliknya, ia adalah asat. Dan bukannya menjadi cit penuh dengan pengetahuan, ia adalah penuh dengan kejahilan. Kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai kerajaan rohani, juga ilmu pengetahuan ditimba mengenai dunia material ini tidak sempurna. Kita tidak mengetahui banyak perkara, oleh itu jasad ini adalah jahil. Seharusnya kita penuh dengan ilmu pengetahuan tetapi jasad ini adalah jahil. Jasad ini boleh dimusnahkan, penuh dengan kejahilan, dan nirānanda. Seharusnya ia penuh dengan kebahagiaan, tetapi ia penuh dengan kesengsaraan. Kesemua kesengsaraan yang kita alami di dunia material ini, kesemuanya disebabkan oleh jasad ini.