MS/Prabhupada 1075 - Kita Membuat Persiapan Untuk Kehidupan Akan Datang Melalui Kegiatan Kita Dalam Kehidupan Kini



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York


Tuhan berfirman bahawa anta-kāle ca mām eva smaran muktvā kalevaram (BG 8.5). Seseorang yang meninggalkan badan jasmani ini, dengan hanya mengingati Sri Krishna, iaitu Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa, beliau sekali gus mencapai badan rohani yang sac-cid-ānanda-vigraha (BS 5.1). Proses meninggalkan badan ini dan mendapat badan lain di dunia material ini juga diatur. Seseorang manusia meninggal dunia setelah diputuskan jenis badan yang akan dimilikinya di kehidupan akan datang. Tetapi itu diputuskan oleh penguasa-penguasa yang lebih tinggi. Sama seperti menurut khidmat kerja kita, kita akan dinaikkan pangkat atau diturunkan pangkat. Begitu juga, mengikut perbuatan kita, kita ... Tingkah laku dalam kehidupan ini, kegiatan-kegiatan dalam kehidupan masa kini, adalah persiapan untuk kehidupan yang akan datang. Kita membuat persiapan untuk kehidupan yang akan datang melalui kegiatan-kegiatan kita dalam kehidupan kini. Maka, jika kita boleh membuat persiapan dalam kehidupan kita yang kini untuk dipertingkatkan ke kerajaan Tuhan, maka sesungguhnya, selepas meninggal, selepas meninggalkan badan material ini ... Tuhan bersabda yaḥ prayāti, seorang yang pergi, sa mad-bhāvaṁ yāti (BG 8.5), mad-bhāvam... Beliau mencapai badan rohani yang sama seperti yang Tuhan ada atau miliki sifat rohani yang sama. Kini, terdapat berbagai jenis rohaniwan seperti yang kita telah dijelaskan di atas. Brahmavādī, paramātmavādī dan penyembah. Di angkasa rohani atau di brahma-jyotir terdapat planet-planet rohani planet-planet rohani yang tidak terhitung jumlahnya, itu kita telah dbincangkan Dan jumlah planet-planet itu jauh lebih besar jumlahnya dari kesemua alam semesta dunia material ini. Dunia material ini adalah ekāṁśena sthito jagat (BG 10.42). Ini hanyalah satu perempat dari manifestasi seluruh penciptaan. Tiga per empat daripada penciptaan adalah dunia rohani dan di bahagian satu perempat dari penciptaan ini terdapat berjuta-juta alam semesta seperti ini yang kita sedang mengalami pada masa kini. Dan di dalam satu alam semesta terdapat berjuta-juta dan berbilion-bilion planet. Maka tedapat berjuta-juta dan berbilion-bilion matahari dan bintang dan bulan di kesemua dunia material ini, tetapi kesemua dunia material ini hanya merupakan satu perempat manifestasi daripada seluruh penciptaan. Tiga perempat manifestasi adalah di angkasa rohani. Kini, mad-bhāvam, seseorang yang berhasrat untuk menunggal dalam keberadaan Brahman Yang Paling Utama, mereka akan menunggal dalam brahma-jyotir Tuhan Yang Maha Esa. Mad-bhāvam bererti brahma-jyotir serta planet-planet rohani di dalam brahma-jyotir. Dan para penyembah, yang ingin menikmati hubugannya dengan Tuhan, mereka akan memasuki ke dalam planet-planet, iaitu planet-planet Vaikuṇṭha. Terdapat planet-planet Vaikuṇṭha yang jumlahnya tidak dapat dihitungkan, dan Tuhan, Tuhan Yang Maha Esa, dalam penjelmaan penjelmaan-Nya yang berkuasa penuh sebagai Narayana yang bertangan empat dengan nama yang berbeza, Pradyumna, Aniruddha, dan Mādhava, Govinda... Terdapat banyak nama-nama yang tidak terhitung jumlahnya untuk Narayana yang bertangan empat. Maka salah satu planet, yang juga mad-bhāvam, itu juga berada dalam alam rohani. Oleh itu mana-mana rohaniwan pada saat akhir kehidupannya, sama ada beliau fikir akan brahma-jyotir atau bertafakur akan Paramātmā atau berfikir tentang Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa Sri Krishna, dalam apa jua keadaan, mereka masuki angkasa rohani. Tetapi hanya para penyembah, orang yang sudah mengadakan hubungan peribadi dengan Tuhan Yang Maha Esa, mereka dapat memasuki planet-planet Vaikuṇṭha atau di planet Goloka Vrndavana. Beginilah firman Tuhan : yaḥ prayāti sa mad-bhāvaṁ yāti nāsty atra saṁśayaḥ (BG 8.5).Tidak dapat diragukan. Seseorang tidak harus tidak berkerpercayaan. Itulah tanda soalnya. Jika anda membaca Bhagavad-gita seluruh kehidupan, tetapi apabila Tuhan bersabda sesuatu yang tidak sama dengan imaginasi kita, kita menolaknya. Itu bukan cara membaca Bhagavad-gita. Sama seperti yang Arjuna berkata sarvam etaṁ ṛtam manye (BG 10.14), "Hamba percaya dalam segala-galanya, apa jua yang Anda sabdakan." Begitu juga, mendengar, pendengaran. Tuhan bersabda bahawa pada saat meninggal sesiapa jua yang berfikir tentang-Nya, sama ada sebagai Brahman atau Paramātmā atau Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, pastinya beliau masuk angkasa rohani dan tiada keraguan akannya. Seseorang tidak harus tidak mempercayainya. Dan caranya adalah, peraturan umumnya juga dihuraikan di dalam Bhagavad-gita, bagaimana seseorang boleh, bagaimana seseorang boleh memasuki kerajaan rohani hanya dengan berfikir tentang Yang Maha Esa pada saat meninggal. Kerana proses umumnya juga disebutkan :

yaṁ yaṁ vāpi smaran bhāvaṁ
tyajaty ante kalevaram
taṁ tam evaiti kaunteya
sadā tad-bhāva-bhāvitaḥ
(BG 8.6)