MS/Prabhupada 1077 - Kerana Tuhan adalah Yang Mutlak, Maka Tiada Perbezaan di Antara Nama-Nya dan Diri-Nya



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Śrīmad-Bhāgavatam disebut bhāṣyo 'yaṁ brahma-sūtrāṇām. Ia adalah ulasan wajar tentang Vedānta-sūtra. Oleh itu semua kesusasteraan ini, jika kita mengalihkan pemikiran kita, tad-bhāva-bhāvitaḥ, sadā. Sadā tad-Bhava-bhāvitaḥ (BG 8.6). Seorang yang sentiasa sibuk.... Sama seperti orang duniawi sentiasa sibuk membaca beberapa kesusasteraan yang bersifat material, seperti akhbar, majalah, dan fiksyen, novel, dan lain-lain, dan begitu banyak ilmu sains atau falsafah, semua perkara-perkara ini dari tahap pemikiran yang berbeza. Oleh itu, jika kita mengalihkan pembacaan kita ke kesusasteraan Veda sebagaimana yang disampaikan oleh, seperti yang dikemukakan oleh Vyāsadeva dengan baiknya, maka ada kemungkinan untuk kita mengingati Tuhan Yang Maha Esa pada saat meninggal. Itulah satu-satunya cara yang dianjurkan oleh Tuhan sendiri. Tidak hanya dianjurkan , ianya adalah kenyataan. Nāsty atra saṁśayaḥ (BG 8.5). Tanpa keraguan. Tiada keraguan mengenainya. Tasmāt, oleh itu Tuhan menganjurkan, tasmāt sarveṣu kāleṣu mām anusmara yudhya ca (BG 8.7). Beliau menasihati Arjuna bahawa mām anusmara yudhya ca. Beliau tidak menyebut bahawa "Anda hanya perlu mengingati-Ku dan meninggalkan tugas kewajipan-mu yang sedia ada." Tidak. Itu tidak dianjurkan. Tuhan tidak akan menganjurkan sesuatu yang tidak praktikal. Dunia material ini, untuk memelihara badan ini, seseorang harus bekerja. Kerja dibahagikan kepada empat bahagian susunan masyarakat menurut pekerjaanya: brāhmaṇa, kṣatriya, vaiśya, śūdra. Golongan cerdas dalam masyarakat, mereka bekerja dengan cara yang berbeza, dan golongan pentadbir dalam masyarakat, mereka juga bekerja dengan cara yang berbeza. Masyarakat pedagang, masyarakat pertanian, mereka juga bekerja dengan cara yang berbeza, dan golongan buruh, mereka juga bekerja dengan cara yang berbeza. Dalam masyarakat manusia, baik buruh atau pedagang, atau sebagai ahli-ahli politik, para pentadbir, atau sebagai golongan tertinggi iaitu golongan cerdas dalam kerjaya sastera, kajian sainstifik, semua orang sibuk dengan sesuatu kerja, dan seseorang harus bekerja, berjuang untuk hidup. Maka Tuhan menasihatkan bahawa "Kau jangan meninggalkan mata pencarian-kau, tetapi pada waktu yang sama kau boleh mengingati." Mām anusmara Mām anusmara (BG 8.7). Itu akan membuatkan mu, itu akan membantu mu mengingati Ku pada saat meninggal. Jika kau tidak amal mengingati Ku selalu, bersama dengan perjuangan hidup-mu, maka ianya tiada kemungkinan. Ia tiada kemungkinan. Sri Caitanya juga menganjurkan perkara yang sama iaitu kīrtanīyaḥ sadā hariḥ (CC Adi 17.31). Kīrtanīyaḥ sadā. Seseorang perlu berlatih untuk sentiasa memuji nama Tuhan. Nama Tuhan dan Tuhan tidak berbeza. Maka di sini arahan Sri Kṛṣṇa kepada Arjuna adalah mām anusmara (BG 8.7), "Kau hanya perlu mengingati-Ku". dan arahan Sri Caitanya adalah "Kau perlu sentiasa memuji-muji nama Kṛṣṇa." Di sini Kṛṣṇa bersabda bahawa "Hendaknya kau sentiasa mengingati-Ku" atau kau mengingati Kṛṣṇa, dan Sri Caitanya bersabda, " Kau seharusnya memuji-muji nama Kṛṣṇa." Maka tiada perbezaan kerana Kṛṣṇa dan nama Kṛṣṇa adalah tidak berbeza untuk Yang Mutlak Dalam status mutlak tidak ada perbezaan antara satu dengan yang lain. Itulah status mutlak. Oleh sebab Tuhan adalah Yang Mutlak maka tidak ada perbezaan antara nama dan diri-Nya.. Oleh itu kita harus berlatih seperti itu.tasmāt sarveṣu kāleṣu (BG 8.7). Sentiasa, dua puluh empat jam, kita harus membentuk kegiatan kehidupan kita dengan cara di mana kita dapat sentiasa mengingati-Nya dua puluh empat jam sehari Bagaimana ianya mungkin? Ya, ia berkemungkinan. Ia berkemungkinan. Sehubungan dengan ini satu contoh yang sangat mudah dikemukakan oleh para acarya. Dan apakah contoh itu? Ianya disebut bahawa seorang wanita yang tertarik pada lelaki yang lain, walaupun dia sudah bersuami, masih, dia tertarik pada lelaki yang lain. Dan ikatan seperti ini sangat kuat. Ia dikenali parakīya-rasa. Sama ada dalam kes lelaki atau perempuan. Jika seorang lelaki mempunyai ikatan dengan wanita selain isterinya, atau seorang wanita mempunyai ikatan untuk lelaki selain suaminya, ikatan sebegitu sangat kuat. Ikatan sebegitu sangat kuat. Maka para acarya memberikan contoh sebegini untuk wanita perwatakan buruk yang mempunyai ikatan dengan suami orang. dia sentiasa berfikir, pada waktu yang sama, menunjukkan kepada suaminya bahawa dia sangat sibuk dalam urusan keluarga supaya suaminya tidak ragu akan perwatakannya. Oleh itu sama seperti mana dia sentiasa mengingati masa bertemu dengan kekasihnya pada waktu malam, walaupun melakukan segala tugas rumah tangganya dengan sangat baik, seperti itu kita harus sentiasa mengingati Suami Yang Paling Utama iaitu Sri Kṛṣṇa, walaupun melakukan tugas materialnya dengan baik sekali. Ianya berkemungkinan. Ia memerlukan rasa cinta-bhakti yang kuat.