MS/Prabhupada 0039 - Pemimpim Zaman Moden Adalah Seperti Boneka

Revision as of 18:13, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on SB 1.10.3-4 -- Tehran, March 13, 1975

Maka seorang raja yang dianggap sempurna seperti Yudhiṣṭhira, beliau boleh memerintah bukan sahaja daratan, malahan lautan, seluruh planet. Ini dianggap sempurna. (Membaca): "Undang-undang moden Inggeris berkaitan dengan anak lelaki sulung, atau pewarisan oleh anak sulung juga tersebar luas pada masa Mahārāja Yudhiṣṭhira memerintah daratan dan lautan Ini bererti seluruh planet, termasuk lautannya sekali. (Membaca :) "Pada masa itu, raja Hastināpura, kini sebahagian daripada New Delhi, adalah maharaja untuk seluruh dunia, termasuk lautan, sehingga masa Mahārāja Parīkṣit, cucu Mahārāja Yudhiṣṭhira. Saudara-saudaranya yang lebih muda bertindak sebagai menterinya atau panglima negerinya, dan wujud kerjasama yang penuh antara adik-beradik dimana kesemua mereka taat mengikuti prinsip agama. Mahārāja Yudhiṣṭhira adalah seorang raja yang sempurna atau wakil Tuhan Śrī Kṛṣṇa..." Raja seharusnya mewakili Kṛṣṇa "... untuk memerintah kerajaan di bumi dan setanding dengan Raja Indra, pemerintah wakil planet syurga. Para dewa seperti Indra, Candra, Sūrya, Varuṇa, Vāyu, dan sebagainya, adalah raja- raja yang mewakili planet-planet yang lain di alam semesta ini. Dan seperti itu Mahārāja Yudhiṣṭhira juga salah seorang daripada mereka, memerintah kerajaan di bumi ini.

Mahārāja Yudhiṣṭhira bukannya seperti seorang pemimipin politik demokrasi moden yang biasanya tiada kesedaran rohani. Mahārāja Yudhiṣṭhira menerima pengajaran daripada Bhīṣmadeva dan juga Tuhan yang maksum, dan oleh itu beliau mempunyai pengetahuan yang penuh dalam segala sesuatu dengan sempurnanya. Ketua eksekutif negeri yang dipilih pada zaman moden adalah seperti boneka kerana beliau tiada kuasa raja. Walaupun jika kalau beliau mempunyai kesedaran rohani seperti Mahārāja Yudhiṣṭhira, beliau tidak boleh berbuat apa-apa mengikut rasa baik hatinya kerana kedudukan dasarnya. Oleh itu, terdapat banyak negara di bumi ini bertengkar sesama sendiri kerana perbezaan ideologi atau motif lain mengikut kepentingan diri sendiri. Tetapi seorang raja seperti Mahārāja Yudhiṣṭhira tidak mempunyai ideologi sendiri. Beliau harus menuruti arahan Tuhan yang maksum dan wakil Tuhan, dan ejen yang diiktirafkan kuasanya, iaitu Bhīṣmadeva. Ianya diarahkan dalam sastera bahawa seseorang harus mengikuti penguasa yang unggul dan Tuhan yang maksum tanpa sebarang kepentingan peribadi dan idelogi yang direka. Oleh kerana itu, Mahārāja Yudhiṣṭhira dapat memerintah seluruh dunia, termasuk lautannya sekali, kerana prinsipnya maksum dan boleh di gunakan oleh segala lapisan masyarakat.

Konsepsi satu negara untuk seluruh dunia hanya boleh dicapai jika kita mengikuti pihak berkuasa yang maksum. Seseorang manusia yang tidak sempurna tidak boleh mencipta ideologi yang boleh diterima pakai oleh segala lapisan masyarakat. Hanya seorang yang sempurna dan maksum dapat mencipta rancangan yang boleh digunakan pada setiap tempat dan boleh diikuti oleh segala lapisan masyarakat di seluruh dunia. Ia adalah berkenaan dengan orang yang memerintah, dan bukannya kerajaan yang tidak bermuka. Jika seseorang itu sempurna, maka kerajaannya adalah sempurna. Jika seseorang itu bebal, maka kerajaanya adalah syurga untuk orang bodoh. Begitulah undang-undang alam semula jadi. Terdapat begitu banyak kisah-kisah berkenaan dengan raja yang tidak sempurna atau ketua eksekutif. Oleh yang demikian, ketua eksekutif harus dilatihi oleh seseorang seperti Mahārāja Yudhiṣṭhira, dan beliau harus mempunyai kuasa autokratik yang mutlak untuk memerintah seluruh dunia. Konsepsi satu negara untuk seluruh dunia boleh di bentuk hanya dibawah pemerintahan rejim raja yang sempurna seperti Mahārāja Yudhiṣṭhira. Dunia adalah tempat yang gembira pada masa dahulu kerana adanya raja-raja seperti Mahārāja Yudhiṣṭhira yang memerintah dunia. Biarkan raja ini mengikuti Mahārāja Yudhiṣṭhira dan menunjukkan contoh bagaimana pemerintahan raja boleh membentuk satu negara yang sempurna. Terdapat arahan dalam sastera, dan jika beliau mengikutinya, beliau boleh berbuat sedemikian. Beliau menpunyai kuasa.

Kemudian kerana beliau adalah raja yang begitu sempurna, maka, mewakili Krishna, oleh itu, kāmaṁ vavarṣa parjanyaḥ (SB 1.10.4). Parjanyaḥ bermaksud hujan. Maka hujan adalah prinsip asas yang membekalkan segala keperluan kehidupan, hujan. Oleh itu Kṛṣṇa bersabda dalam Bhagavad-gītā, annād bhavanti bhūtāni parjanyād anna-sambhavaḥ (BG 3.14). Jika anda ingin mengembirakan orang, kedua-dua manusia dan haiwan... Terdapat haiwan juga. Mereka adalah ... Kerajaan-kerajaan negeri yang keparat, kadang-kadang menunjuk-nunjuk kemanfaatannya terhadap manusia, tetapi tiada sebarang manfaat terhadap haiwan. Mengapa? Mengapa ketidakadilan ini? Mereka juga dilahirkan di negeri ini. Mereka juga mahkluk hidup. Mereka mungkin haiwan. Mereka tidak mempunyai kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdasan, tidak sebaik manusia, tetapi adakah ini bermakna pusat sembelihan harus dibina untuk membunuh mereka? Keadilankah itu? Dan bukan itu sahaja, tetapi sesiapa sahaja, jika beliau datang ke negaranya, seorang raja harus memberikannya perlindungan. Mengapa dibezai? Sesiapa yang meminta perlindungan, "Tuan, saya mahu tinggal di negeri anda," maka beliau harus diberikan segala kemudahan. Mengapa ini, "Tidak, tidak, anda tidak boleh datang. Anda seorang Amerika. Anda seorang india. Anda ini?" Tidak. Terdapat begitu banyak perkara. Jika sebenarnya mereka mengikuti prinsip, prinsip-prinsip Veda, maka raja yang ideal akan menjadi pemimpin yang baik. Dan alam semula jadi akan membantu. Oleh itu ianya dikatakan bahawa semasa pemerintahan Mahārāja Yudhiṣṭhira, kāmaṁ vavarṣa parjanyaḥ sarva-kāma-dughā mahī (SB 1.10.4). Mahī, bererti bumi Anda akan mendapat segala keperluan anda dari bumi. Ia tidak jatuh dari langit. Ya, ia jatuh dari langit dalam bentuk hujan. Tetapi mereka tidak tahu sainsnya , bahawa bagaimana benda-benda datang dari bumi mengikut susunan yang berbeza. Dalam keadaan tertentu hujan turun dan pengaruh bintang. Kemudiannya begitu banyak benda dihasilkan iaitu batu-batu berharga, mutiara. Mereka tidak tahu bagaimana benda-benda ini dihasilkan. Oleh itu, jika seorang raja itu alim, untuk membantunya alam semula jadi juga akan bekerjasama. Dan raja, jika kerajaannya tidak beriman, maka alam semula jadi tidak akan bekerjasama dengannya.