MS/Prabhupada 0053 - Pertama sekali kita harus dengar

Revision as of 18:19, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on SB 2.1.5 -- Delhi, November 8, 1973

Oleh itu kita adalah prakṛti juga. Kita juga adalah tenaga Tuhan. Dan kerana kita cuba menggunakan sumber-sumber ini, oleh itu benda-benda material mempunyai nilai. Jikalau sebaliknya, ia tidak mempunyai sebarang nilai, sifar. Namun tugas kita adalah… Itu dinyatakan di sini, bahawa kita terikat dengan dengan hal kebendaan ini ... Hal kebendaan adalah bukan tujuan kita. Tujuan kita adalah hanya untuk menjauhkan diri daripada hal kebendaan ini. Itu adalah tujuan kita yang sebenarnya. Sekiranya ada ingin menuju ke arah tersebut, preskripsinya adalah seperti berikut. Apakah itu? Śrotavyaḥ kīrtitavyaś ca. Sekiranya anda tidak dengar, bagaimana anda ingin memahami kedudukan anda? Apabila anda memahami Tuhan, Sri Kṛṣṇa, dan and memahami yang anda adalah sebahagian dari Tuhan, atau Sri Kṛṣṇa, maka anda memahami kedudukan anda: “Oh, kita adalah sebahagian daripada Tuhan.” Sri Kṛṣṇa, Insan yang Paling Utama, ṣaḍ-aiśvarya-pūrṇam, adalah penuh dengan kemewahan. Contohnya seperti orang gila merayap di jalan, ia memahami seperti berikut “Ayahku sangat kaya, dan berkuasa, kenapakah nasibku begini, merayap di jalan seperti orang gila? Aku tiada makanan, tiada tempat tinggal. Aku pergi rumah ke rumah dan mengemis,” kemudiannya dia mendapat kesedaran. Ini dikenali sebagai peringkat brahma-bhūta (BG 18.54) "Oh, Saya adalah, Saya adalah bukan benda ni. Saya adalah roh, sebahagian daripada Tuhan. Oh.”

Itu adalah kesedaran. Kita cuba membangkitkan kesedaran ini. Ini adalah cara terbaik melakukan kebajikan terhadap orang lain, untuk menimbulkan kesedaran yang telah hilang. Secara bodoh ia memikirkan bahawa “Saya adalah produk material, dan saya perlu menyesuaikan dengan kebendaan di dunia material ini." Ini adalah kebodohan. Kecerdasan yang benar adalah Brahma-bhūta, ahaṁ brahmāsmi. ahaṁ brahmāsmi bererti “Saya adalah sebahagian daripada Tuhan. Tuhan ialah Brahman yang paling utama. Saya adalah, sebahagian..." Sama seperti sebahagian daripada emas, lombong emas, sebagai contoh subang yang kecil, itu juga adalah emas. Seperti itu, walaupun sebahagian kecil air laut ialah sama rasa dengan garam, masin. Seperti itu, kita adalah sebahagian daripada Tuhan, kita mempunyai kualiti yang sama. Secara kualitatif, kita adalah satu. Kenapa kita menginginkan kasih sayang? Kerana adalah kasih sayang di Sri Kṛṣṇa. Kita menyembah Sri Rādhā-Kṛṣṇa. Secara semulajadi terdapat kasih sayang. Oleh itu, kita, sebahagian daripada Tuhan, kita cuba juga untuk memberikan kasih-sayang. Seorang jejaki cuba mencintai seorang gadis, seorang gadis cuba mencintai seorang jejaka. Ini adalah secara semulajadi. Itu bukan buatan. Namun itu dicemarkan oleh sifat material. Itu adalah kekurangannya. Apabila kita adalah bebas daripada sifat material, maka secara kualitatif ānandamayo 'bhyāsāt (Vedānta-sūtra 1.1.12), sangat riang seperti… sangat riang seperti… Sepertimana Sri Kṛṣṇa menari selalu, Anda tidak dapat menemui yang Sri Kṛṣṇa... Anda pernah melihat gambar (lukisan) Sri Kṛṣṇa. Beliau melawan ular Kāliya. Beliau menari. Beliau tidak rasa takut menghadap ular tersebut. Tetapi sebaliknya Beliau menari. Sepertimana Beliau menari dengan para gopīs dalam rāsa-līlā, seperti itu Beliau menari dengan ular tersebut. Kerana Beliau adalah ānandamayo 'bhyāsāt. Beliau adalah ānandamaya,sentiasa riang. Sentiasa. Anda akan melihat Sri Kṛṣṇa… Kṛṣṇa... Seperti di Kurukṣetra semasa pertempuran tersebut berlangsung. Sri Kṛṣṇa berasa riang. Arjuna berasa tidak gembira kerana beliau ialah salah satu para makhluk hidup, tetapi Sri Kṛṣṇa adalah gembira. Beliau berasa riang. Itu adalah sifat semulajadi Tuhan. Ānandamayo 'bhyāsāt. Ini adalah kesusasteraan, dalam Brahma-sūtra, dinyatakan bahawa “Tuhan adalah ānandamaya, sentiasa riang, sentiasa ceria.” Oleh itu anda juga boleh berasa ceria apabila anda kembali ke pangkuan, kembali ke Tuhan. Itu adalah masalah kita.

Oleh itu, apakah cara untuk kita ke sana? Itu adalah perkara yang pertama kita harus dengar. Śrotavyaḥ. Cubalah dengar siapakah itu Tuhan, bagaimana kerajaan-Nya, bagaimana kelakuan Beliau, bagaimana Beliau berasa riang. Perkara-perkara ini harus didengar. Śravaṇam. Seterusnya, apabila anda yakin, “Oh, Tuhan adalah sangat baik,” maka anda akan menjadi bersemangat untuk menunjukkan atau menyiarkan kenyataan – kenyataan ni ke seluruh dunia. Ini adalah kīrtanam. Ini adalah kīrtanam.