MS/Prabhupada 0071 - Anak-Anak Tuhan Yang Melulu Membabi Buta



Room Conversation With French Commander -- August 3, 1976, New Mayapur (French farm)

Kita semua adalah anak Tuhan yang cuai dan melulu. Kita adalah anak-anak Tuhan, tiada keraguan mengenainya, tetapi pada saat ini, melulu membabi buta. Kita membuang hidup kita yang berharga dengan begitu melulu. Maka kumpulan kesedaran Krishna adalah untuk memeriksa perbuatan melulu mereka dan membawa mereka ke jalan yang bertanggungjawab, kembali ke rumah, kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa. Inilah kesedaran Krishna. Tetapi manusia begitu melulu membabi buta, setiap kali anda bercakap tentang Tuhan, dengan segera mereka akan ketawa, "Oh, apakah ini, Tuhan." Ini adalah perbuatan melulu yang besar. India sangat serius mengenai Tuhan. India masih serius. Kini, pemimpin pada masa kini, mereka berfikir orang India rosak, hanya berfikir tentang Tuhan - mereka tidak berfikir seperti orang Amerika dan orang Eropah untuk membangunkan ekonomi.

Maka inilah kedudukannya, dan ia adalah sangat sukar, tetapi kita masih boleh melakukan sesuatu kepada manusia kesemuanya, melalui pendakwahan kumpulan kesedaran Krishna. Dan kepada mereka yang bertuah, mereka akan mengambilnya dengan serius. Anak-anak yang melulu membabi buta ini, kita mempunyai begitu banyak contoh. Contohnya, sebagaimana terdapat stok petroleum dan mereka mendapat maklumat bahawa dengan petroleum mereka dapat berjalan tanpa kuda. Jadi mereka mengeluarkan berjuta-juta kereta dan merosakkan keseluruhan minyak. Ini adalah perbuatan yang melulu. Dan apabila pengeluarannya berakhir, mereka akan menangis. Dan ia akan berakhir. Ini masih berterusan. Perbuatan yang melulu. Sama seperti budak yang melulu, ayahandanya meninggalkannya harta-benda, gunakannya, gunakannya. Sebaik sahaja anda mendapat. Lebih cepat ia dihabiskan, itu sahaja. Itu dikatakan perbuatan melulu. Terdapat sedikit kekuatan dalam badan, dan sebaik sahaja dia mendapat sedikit rasa dalam kehidupan seks, "Oh, gunakannya, gunakannya," seluruh tenaga digunakan. Otaknya menjadi kosong. Bermula dari umur dua belas, sampai sahaja umur tiga puluh, semuanya habis. Kemudiannya dia mati pucuk. Pada zaman kana-kanak kami - zaman kanak-kanak kami bererti , lapan puluh tahun dahulu, atau seratus tahun dahulu - tiada motokar. Dan kini, di mana-mana sahaja anda pergi, negara mana sahaja, anda akan melihat beribu-ribu dan berjuta-juta kereta. Ini adalah perbuatan melulu. Beratus-ratus tahun yang lalu mereka boleh melakukannya tanpa motokar, dan kini mereka tidak boleh hidup tanpa kereta. Dengan ini, walaupun tidak perlu, mereka mengembangkan keperluan badan atau bahan keperluan untuk kehidupan. Ini adalah perbuatan yang melulu. Dan pemimpin-pemimpin, yang menggalakkan mereka untuk perbuatan melulu ini, dikatakan kepimpinan yang baik. Dan siapa yang akan berkata, "Hentikan kekarutan ini, datang ke kesedaran Krishna," tiada siapa yang akan peduli. Andhā yathāndhair upanīyamānās te 'pīśa-tantryām uru-dāmni baddhāḥ (SB 7.5.31). Ini dipanggil pemimpin buta memimpin pengikut yang buta. Mereka tidak tahu bahawa kedua-dua mereka terikat dengan ketatnya dengan undang-undang alam yang ketat. (henti) ... bagaimana undang-undang alam bekerja. Mereka benar-benar dalam kejahilan. Mereka tidak tahu. Inilah tamadun moden. Undang-undang alam mesti bekerja dengan caranya tersendiri. Anda mengambil berat atau tidak peduli untuk itu, itu adalah masalah anda, tetapi undang-undang alam tetap akan berfungsi. Prakṛteḥ kriyamāṇāni guṇaiḥ karmāṇi sarvaśaḥ (BG 3.27). Tetapi penyangak ini, mereka tidak tahu bagaimana undang-undang alam berfungsi. Mereka berusaha dengan sia-sia, dengan bodohnya, untuk mengatasi undang-undang alam. Inilah sains, sains penyangak, di mana ianya adalah mustahil, tetapi mereka tetap mencuba. Ini dikatakan keparat. Kebodohan. Bukankah ahli-ahli sains berkata sebegitu? "Kami cuba untuk mengatasinya." Keparat, anda tidak akan dapat berbuat sedemikian. Tetapi perangai keparat ini masih berterusan. Dan mereka bertepuk tangan, "Oh, sangat baik, sangat baik, sangat baik." "Oh, anda akan ke planet bulan." Tetapi selepas semua usaha, hati termengkelan (dalam bahasa Inggeris dikatakan anggurnya masam) iaitu kerana tidak dapat apa yang diingini ia dikatakan "Ia tidak berguna." Itu sahaja. Anda tahu akan ceritanya? Serigala? Dia cuba untuk dapatkan anggur, melonjat, melonjat melonjat. Apabila ianya gagal, dia berkata, "Oh, ia tidak berguna. Ia adalah masam, tidak berguna." (Ketawa) Jadi mereka berbuat demikian. Serigala melonjat, itu sahaja. Dan kita boleh melihat bagaimana penyangak ini membuat lonjatan yang tidak berguna. (Ketawa) Oleh itu, kita memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengikut para serigala yang bodoh. Berhati-hati dan sedar akan Krishna. Itu akan menjadikan kehidupan anda lebih berjaya.