MS/Prabhupada 0147 - Nasi Yang Biasa Tidak Disebut Sebagai Nasi Yang Utama

The printable version is no longer supported and may have rendering errors. Please update your browser bookmarks and please use the default browser print function instead.


Lecture on BG 7.1 -- Hong Kong, January 25, 1975

Seorang penganut tahu yang terdapat Tuhan, dan Beliau ialah Bhagavān. Tuhan disebut sebagai Bhagavān. Walaupun ia dikatakan di sini bahawa... Bhagavad-gītā telah disabdakan oleh Kṛṣṇa, semua orang tahu akan ini. Namun di sesetengah tempat di Bhagavad-gītā ia dihuraikan sebagai bhagavān uvāca. Bhagavān dan Kṛṣṇa - adalah orang yang sama. Kṛṣṇas tu bhagavān svayam (SB 1.3.28). Bhagavān, terdapat huraian bagi perkataan bhagavān.

aiśvaryasya samagrasya
vīryasya yaśasaḥ śriyaḥ
jñāna-vairāgyayoś caiva
ṣaṇṇāṁ bhaga itīṅganā
(Viṣṇu Purāṇa 6.5.47)

Bhaga, kita memahami perkataan bhāgyavān, bhāgya. Perkataan bhāgya, bhāgyavān, perkataan ini berasal dari bhaga. Bhaga bererti kemewahan. Kemewahan bererti kekayaan. Bagaimana seorang manusia boleh jadi mewah? Jika dia ada duit, dia ada kecerdasan, dia ada kecantikan, jika dia mempunyai reputasi, dia mempunyai ilmu pengetahuan, dia mempunyai penolakan - ini adalah erti perkataan Bhagavān.

Apabila kita berkata "Bhagavān", Bhagavān ini, ialah Parameśvara... Īśvara, Parameśvara; Ātmā, Paramātmā; Brahman, Para-brahman - terdapat dua perkataan. Satu adalah biasa, satu lagi adalah parama, yang utama. Sama seperti dalam proses memasak kita boleh memasak banyak jenis hidangan nasi. Nasi ada di sana. Nama bagi jenis hidangan nasi iaitu : anna, paramānna, puṣpānna, kicoranna, seperti itu. Maka anna yang utama disebut sebagai paramānna. Parama bererti yang utama. Anna, nasi, ada di sana, tetapi ia telah menjadi yang utama. Nasi yang biasa tidak disebut sebagai nasi yang utama. Ini juga adalah nasi. Apabila anda menyediakan nasi dengan kṣīra, bererti susu, dan bahan-bahan lain, ia disebut sebagai paramānna. Dengan cara yang sama, ciri-ciri para makhluk hidup dan Bhagavān - adalah sama secara praktikal. Bhagavān... Kita ada badan sebegini, Bhagavān ada badan sebegini. Bhagavān juga makhluk hidup, kita juga adalah makhluk hidup. Bhagavān mempunyai tenaga yang kreatif, kita juga mempunyai tenaga yang kreatif. Namun perbezaannya ialah Beliau adalah Maha Besar. Eko yo bahūnāṁ vidadhāti kāmān. Apabila Bhagavān mencipta alam semesta ini, Beliau tidak memerlukan pertolongan sesiapa. Beliau telah mencipta langit. Daripada langit terdapat bunyi; daripada bunyi terdapat udara, daripada udara terdapat api; daripada api terdapat air, dan daripada air terdapat tanah.