MS/Prabhupada 0149 - Pertubuhan Kesedaran Krishna Bererti Untuk Menemukan Ayah Yang Utama



Tenth Anniversary Address -- Washington, D.C., July 6, 1976


Maka pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa bererti untuk menemukan ayah yang utama. Ayah yang utama. Itu adalah keseluruhan serta hakikat daripada pertubuhan ini. Jika kita tidak tahu siapa ayah kita, itu bukan suatu benda yang baik. Sekurang-kurangnya, di India, mengikut adat resam orang India, jika seseorang tidak mengenali siapa ayahnya, dia tidak akan dihormati. Dan sistem di mahkamah adalah anda harus menulis nama anda, kemudian nama ayah anda. Itu adalah sistem Veda, India, dan nama, nama orang tersebut, kemudian ayahnya dan kemudian nama kampungnya. Tiga ini harus bergabung. Saya rasa sistem ini berleluasa di negara lain, namun di India, ini adalah sistemnya. Nama pertama adalah namanya sendiri, nama kedua adalah nama ayahnya, dan ketiga adalah nama kampung atau negara di mana ia dilahirkan. Ini adalah sistemnya. Maka ayah... kita harus kenal ayah. Itu adalah pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. JIka kita masih melupakan ayah kita, kita bukan dalam kedudukan yang bagus. Dan ayah jenis yang bagaimana? Paraṁ brahma paraṁ dhāma (BG 10.12). Yang paling kaya. Bukan ayah yang miskin yang tidak boleh memberikan makanan kepada anak-anaknya. Itu bukan ayah. Eko yo bahūnāṁ vidadhāti kāmān. Ayah tersebut adalah sangat kaya yang Beliau seorang boleh membekalkan makanan kepada berjuta-juta dan berjuta dan trilion para makhluk hidup. Di Afrika, terdapat beratus dan berjuta gajah. Beliau membekalkan makanan kepada mereka. Dan di dalam bilik ini terdapat satu lubang, terdapat berjuta-juta semut. Beliau membekalkan makanan kepada mereka. Eko yo bahūnāṁ vidadhāti kāmān. Nityo nityānāṁ cetanaś cetanānām (Kaṭha Upaniṣad 2.2.13). Ini adalah informasi Veda.

Maka kehidupan sebagai seorang manusia, bererti adalah untuk memahami siapakah ayah, apakah hukum-hukum Beliau, siapakah Tuhan, apakah perhubungan kita dengan Beliau. Ini adalah Vedānta. Vedānta tidak bererti berbicara benda mengarut dan tidak ada hubungan dengan ayah kita. Śrama eva hi kevalam. Jika anda tidak tahu siapakah ayah anda...

dharmaḥ svanuṣṭhitaḥ puṁsāṁ
viṣvaksena-kathāsu yaḥ
notpādayed yadi ratiṁ
śrama eva hi kevalam
(SB 1.2.8)

Ini tidak dikehendaki. Dan Kṛṣṇa bersabda, vedaiś ca sarvair aham eva vedyaḥ (BG 15.15). Maka anda menjadi seorang penganut Veda, ia adalah sangat baik. Dari permulaan Vedānta, ia dinyatakan yang semua benda berasal daripada Kebenaran Yang Mutlak. Athāto brahma jijñāsā. Ini adalah permulaannya. Sekarang, tujuan kehidupan manusia adalah untuk memahami Kebenaran Yang Mutlak, jijñāsā. Seorang itu harus bertanya siapakah yang Mutlak? Itu adalah kehidupan seorang manusia, untuk mencari Kebenaran Yang Mutlak. Maka sūtra yang seterusnya dengan seterusnya bersabda yang Kebenaran Yang Mutlak adalah punca segala-galanya. Dan apakah itu segala-galanya? Dua jenis: Hidup dan mati. Pengalaman yang praktikal. Sesetengah benda adalah hidup dan sesetengah benda adalah mati. Dua benda. Sekarang kita boleh menambah lagi jenisnya. Itu adalah satu lagi perkara. Namun dua jenis ini ada di sana. Maka dua jenis ini, kita melihat siapakah pengawal dua benda ini, hidup dan mati. Maka kita harus bertanya apakah punca dua jenis ini, hidup dan mati, dan apakah kedudukannya. Kedudukannya dijelaskan di Śrīmad-Bhāgavatam, janmādy asya yato 'nvayād itarataś cārtheṣv abhijñaḥ (SB 1.1.1).

Ini adalah penjelasannya. Sumber asli segalanya ialah abhijñaḥ. Bagaimana? Anvayād itarataś cārtheṣu. Dan jika saya telah mencipta sesuatu, saya tahu kesemua ciri-cirinya. Anvayād, secara langsung dan secara tidak langsung, saya tahu. Jika saya membina sesuatu... Katakan jika saya tahu memasak hidangan yang istimewa, maka saya tahu cara-cara bagaimana untuk memasak hidangan tersebut. Itu adalah yang asli. Maka yang asli ialah Kṛṣṇa. Kṛṣṇa bersabda vedāhaṁ samatītāni: (BG 7.26) "Aku tahu kesemuanya - yang lepas, sekarang dan kelak." Mattaḥ sarvaṁ pravartate. Aham ādir hi devānām (BG 10.2). Mengikut teori penciptaan... Bukan teori, tapi fakta. Brahmā viṣṇu maheśvara. Maka mereka adalah devatās prinsip. Maka Viṣṇu ialah sumber yang aslinya. Aham ādir hi devānām. Penciptaan, Mahā-Viṣṇu yang pertama, kemudian dari Mahā-Viṣṇu muncul Garbhodakaśāyī Viṣṇu. Dari Garbhodakaśāyī Viṣṇu, muncul Kṣīrodakaśāyī Viṣṇu, muncul perluasan Viṣṇu, dan dari Beliau, muncul Brahmā. Brahmā dilahirkan daripada Garbhodakaśāyī Viṣṇu, di atas bunga teratai, kemudian beliau melahirkan Rudra. Ini adalah penjelasan mengenai penciptaan. Maka Kṛṣṇa bersabda aham ādir hi devānām. Beliau juga adalah sumber Viṣṇu, kerana dari śāstra, kita berkata kṛṣṇas tu bhagavān svayam (SB 1.3.28). Personaliti Tuhan Yang Maha Esa yang asli ialah Kṛṣṇa. Dan penjelmaan pertama dari Kṛṣṇa ialah Baladeva. Dan daripada Beliau adalah Catur-vyūha, Vāsudeva, Saṅkarṣaṇa, Aniruddha, seperti itu. Kemudian Nārāyaṇa. Daripada Nārāyaṇa, Catur-vyūha yang kedua, dan dari Catur-vyūha yang kedua, Saṅkarṣaṇa, Mahā-Viṣṇu. Dengan cara ini anda harus belajar śāstra. Anda harus mencarinya sebenarnya, dan ia dinyatakan di śāstra, kṛṣṇas tu bhagavān svayam. Dan Kṛṣṇa bersabda, aham ādir hi devānām (BG 10.2). Ahaṁ sarvasya prabhavo mattaḥ sarvaṁ pravartate (BG 10.8). Dan Arjuna menerima, paraṁ brahma paraṁ dhāma pavitraṁ paramaṁ bhavān (BG 10.12). Maka kita harus menerima śāstra. Śāstra-cakṣuṣāt: anda harus melihat melalui śāstra. Dan jika anda belajar śāstra, maka anda akan berjumpa kṛṣṇas tu bhagavān svayam.

Oleh itu pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa bererti untuk mempersembahkan mengenai Personaliti Tuhan Yang Maha Esa kepada masyarakat manusia. Ini adalah pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa . Maka kita telah memulakan pertubuhan in di tahun 1966, dengan mendaftarkannya. Rūpānuga Prabhu telah menjelaskannya. Maka sila ikuti pertubuhan ini dengan serius. Dengan cara yang sama, Kṛṣṇa, mengikut sejarah, telah memulakan pertubuhan ini lima ribu tahun dahulu. Dan Beliau telah mulakan dengan Arjuna sebagai anak muridnya. Kemudian Caitanya Mahāprabhu, lima ratus tahun dahulu, Beliau telah membangkitkan sekali lagi pertubuhan ini. Beliau adalah Kṛṣṇa Sendiri. Dan itu sedang berlaku. Jangan berfikir yang ini adalah pertubuhan yang direkacipta. Tidak. Ini adalah pertubuhan yang sah dan telah disahkan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Mahājano yena gataḥ sa panthāḥ (CC Madhya 17.186). Mereka adalah mahājanas seperti yang diterangkan dalam śāstra. Maka berpegangan teguh di pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa dan cuba memahami Kṛṣṇa. Kita ada banyak kesusasteraan, kesusasteraan yang sah. Dan hidup anda akan berjaya. Ribuan terima kasih.