MS/Prabhupada 0174 - Setiap Makhluk Hidup Adalah Anak Tuhan



Lecture on SB 1.8.26 -- Los Angeles, April 18, 1973

Jadi setiap makhluk hidup adalah anak kepada Tuhan. Tuhan adalah Ayah Yang Utama. Kṛṣṇa bersadbda: ahaṁ bīja-pradaḥ pitā: "Aku adalah ayah yang memberikan benih kepada semua makhluk hidup." Sarva-yoniṣu kaunteya (BG 14.4). "Di dalam apa jua rupa bentuk yang mereka hidup, mereka semua adalah makhluk hidup, mereka adalah anak-anakKu." Sebenarnya itu adalah fakta. Kita semua adalah para makhluk hidup, kita adalah anak-anak Tuhan. Tetapi kita telah melupakannya. Jadi kita sedang bergaduh. Sama seperti di suatu keluarga yang baik, jika semua tahu: "Ayah sedang memberikan kita makanan. Jadi kita adik-beradik, mengapa kita harus gaduh?" Dengan cara yang sama jika kita menjadi kesedaran Tuhan, jika kita menjadi kesedaran Kṛṣṇa, pergaduhan ini akan tamat. " Saya orang Amerika, saya orang India, saya orang Rusia, saya orang Cina." Benda-benda mengarut ini akan tamat. Pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini adalah sangat indah. Apabila orang menjadi kesedaran Kṛṣṇa, pergaduhan ini, pertelingkahan politik, pertelingkahan nasional, akan tamat dengan serta merta. Kerana mereka semua akan sampai kepada kesedaran yang semuanya berpunya kepada Tuhan. Dan sebagai anak-anak, seorang anak mempunyai hak untuk mengambil kesempatan terhadap ayahnya, dengan cara yang serupa, setiap orang adalah sebahagian daripada Tuhan, dan jika setiap orang adalah anak kepada Tuhan, maka setiap orang mempunyai hak untuk menggunakan harta ayah mereka. Maka hak itu adalah.. bukannya hak, hak yang berpunya kepada manusia sahaja. Menurut kepada Bhagavad-gītā, hak tersebut berpunya kepada setiap para makhluk hidup. Ia tidak mengapa walaupun para makhluk hidup tersebut terdiri daripada seekor binatang atau pokok-pokok, atau burung-burung atau binatang buat ataupun serangga. Itu adalah kesedaran Kṛṣṇa. Kita tidak berfikir dengan cara yang hanya abang aku baik, aku baik. Dan yang lain-lain adalah jahat. Kita benci jenis pemikiran yang cetek dan kesedaran yang buruk seperti ini, kita tendang keluar. Kita berfikir: paṇḍitāḥ sama-darśinaḥ (BG 5.18). Anda dapat mencari di Bhagavad-gītā.

vidyā-vinaya-sampanne
brāhmaṇe gavi hastini
śuni caiva śva-pāke ca
paṇḍitāḥ sama-darśinaḥ
(BG 5.18)

Seorang paṇḍita, seorang yang terpelajar, beliau melihat setiap makhluk hidup dalam tahap yang sama. Oleh itu seorang Vaiṣṇava adalah penuh dengan belas kasihan. Lokānāṁ hita-kāriṇau. Mereka boleh melakukan kerja-kerja yang bermanfaat untuk manusia. Mereka melihat, dan sebenarnya merasa yang setiap para makhluk hidup, adalah sebahagian daripada Tuhan. Dalam satu cara atau yang lain, mereka telah jatuh ke dalam perhubungan dunia material ini, dan, mengikut kepada karma yang berlainan, mereka telah menerima jenis badan-badan yang berlainan. Jadi paṇḍita, orang yang terpelajar, mereka tidak mempunyai sebarang diskriminasi yang: "Ini adalah seekor haiwan, ia harus dihantar ke rumah sembelih, dan ini adalah seorang manusia, dia boleh memakannya." Tidak. Seorang yang berkesedaran Kṛṣṇa, dia baik kepada setiap orang. Mengapa haiwan-haiwan perlu disembelih. Oleh itu falsafah kita adalah dilarang makan daging haiwan. Dilarang makan daging haiwan. Anda tidak dibenarkan. Jadi mereka tidak ingin mendengar apa yang kita cakapkan. "Oh, apakah benda mengarut ini? Ini adalah makanan kita. Mengapa kita tidak boleh makan?" Kerana edhamāna-madaḥ (SB 1.8.26). Ia adalah seorang yang mabuk, seorang bangsat. Ia tidak akan mendengar fakta yang sebenar.