MS/Prabhupada 0355 - Saya Sedang Berbicara Tentang Sesuatu Yang Bersifat Revolusioner



Lecture on SB 5.5.1-8 -- Stockholm, September 8, 1973

Kāmān bererti keperluan hidup. Anda boleh mendapat keperluan hidup dengan senang sekali. Dengan menuai sawah padi, anda mendapati beras. Dan sekiranya ada seekor lembu, anda akan mendapatkan susu. Itu sahaja. Itu mencukupi. Namun ketua pemerintah membuat perancangan, yang sekiranya mereka berpuas hati dengan hasil pertanian, sedikit beras dan susu, maka siapakah yang akan bekerja di kilang-kilang? Jadi mereka mengenakan cukai agar kamu tidak dapat hidup dengan cara yang sederhana - itu adalah situasinya.

Walaupun itu adalah keinginan kamu, namun pemerintah yang moden tidak akan membenarkannya. Mereka memaksa kamu bekerja seperti anjing dan babi dan keldai. Itu adalah situasinya. Namun tetapi, kita harus mengelakkan diri daripada bekerja keras seperti itu; yang tidak berbaloi. Kemungkinan kerajaan akan mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya berbicara tentang sesuatu yang bersifat revolusioner. Ya. Itu adalah fakta. Mengapa kamu harus bekerja? Tuhan telah memberikan peruntukan untuk burung-burung, binatang buas, binatang-binatang, semut dan jika saya seorang penganut Tuhan, Beliau tidak akan memberikan saya makanan? Apa salah yang telah saya lakukan? Jadi jangan berasa gelisah memikirkan perkara ini. Anda akan diberikan segala keperluan hidup, tetapi anda harus mantap dan nekad dalam kesedaran Kṛṣṇa. Jangan berasa gelisah dengan kepercayaan yang mengarut.

Ribuan terima kasih.