MS/Prabhupada 1070 - Pengabdian adalah Agama kekal Makhluk Hidup



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Merujuk kepada konsep sanātana-dharma di atas, kita boleh cuba memahami konsep agama dari akar kata erti dharma dalam bahasa Sanskrit. Ia bermakna sesuatu yang sentiasa ada bersama objek tertentu seperti yang kita telah sebutkan, apabila kita bercakap tentang api ianya disimpulkan bahawa adanya panas dan cahaya bersama-sama api. Tanpa panas dan tanpa cahaya, tiada erti kepada perkataan api. Begitu juga, kita harus mengetahui bahagian penting makhluk hidup yang sentiasa mengiringinya. Bahagian yang sentiasa mengiringi makhluk hidup ialah sifatnya yang kekal, dan bahagian sifat makhluk hidup yang kekal adalah dharma-nya yang kekal. Apabila Sanātana Gosvāmī bertanya kepada Śrī Caitanya Mahāprabhu tentang svarūpa — kita telah bincang tentang svarūpa setiap makhluk hidup - svarūpa atau kedudukan pokok sebenar makhluk hidup, Tuhan menjawab: bahawa kedudukan pokok makhluk hidup ialah pengabdian kepada Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi jika kita menganalisa penyataan Sri Caitanya dalam bahagian ini, dengan baiknya kita dapat melihat bahawa setiap makhluk hidup sentiasa sibuk dalam usaha pengabdian kepada makhluk hidup yang lain. Makhluk hidup mengabdikan diri kepada makhluk hidup yang lain dalam berbagai cara, dan dengan berbuat demikian, makhluk hidup menikmati kehidupan. Haiwan yang lebih rendah mengabdi kepada manusia, pembantu mengabdi kepada majikan. A melayani si B, B melayani si C, dan C melayani si D, dan seterusnya. Dalam keadaan ini, kita dapat melihat bahawa rakan melayani rakan yang lain, dan ibu melayani anaknya, atau isteri melayani suaminya, atau suami melayani isterinya. Kalau kita terus mencari-cari seperti ini, kita akan melihat bahawa tiada pengecualian dalam masyarakat di mana kita tiada kegiatan pengabdian. Ahli politik membentangkan manifesto di hadapan khalayak ramai dan menyakinkan para pengundi mengenai kesanggupannya untuk mengabdikan diri. Pengundi juga memberikan ahli politik undinya yang berharga dengan tanggapan bahawa ahli politik tersebut akan mengabdi kepada masyarakat. Pekedai melayani pelanggan dan tukang-tukang melayani majikannya. Majikan melayani keluarganya dan keluarga mengabdi kepada ketua negara sesuai dengan kesanggupan kekal makhluk hidup. Dengan demikian, kita dapat melihat tiada makhluk hidup terkecuali dari amalan pengabdian kepada makhluk yang lain. dan oleh itu kita boleh simpulkan bahawa pengabdian sentiasa mengiringi makhluk hidup, dan dengan demikian ianya boleh disimpulkan bahawa pengabdian oleh makhluk hidup adalah dharma yang kekal bagi makhluk hidup. Apabila seseorang manusia mengatakan bahawa dirinya memeluk keimanan tertentu sehubugan dengan kelahiran pada waktu dan keadaan tertentu, dan berikutan dengan itu sesorang dikatakan Hindu, Islam, Kristian, Buddha, atau mana-mana agama, dan mazhab, julukan ini bukan sanātana-dharma. Seorang Hindu boleh menukar agamanya menjadi Muslim, atau seorang Muslim boleh menukar agamanya menjadi Hindu atau Kristian, dan sebagainya, tetapi dalam segala keadaan perubahan keimanan tidak membenarkan seseorang menukar kewajipan kekal, iaitu pengabdian kepada orang lain. Seorang Hindu atau Muslim atau seorang Kristian, dalam segala keadaan mengabdi kepada seseorang, dan dengan itu memeluk sesuatu agama tidak di anggap sebagai sanātana-dharma, tetapi yang sentiasa mengiringi makhluk hidup iaitu pengabdian adalah sanātana-dharma. Sebenarnya, kita mempunyai hubungan dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam pengabdian. Tuhan Yang Maha Esa adalah kepribadian yang paling utama yang menikmati, dan kita para makhluk hidup adalah hamba-hamba kekal Beliau. Kita diciptakan untuk kenikmatan Beliau. dan jika kita turut, menyertai dalam kenikmatan kekal dengan Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa, ia akan membahagiakan kita, bukan sebaliknya. Secara sendirian, seperti yang kita jelaskan, bahawa secara sendirian, mana-mana bahagian badan, tangan, kaki, jari, atau mana-mana anggota badan, secara sendiriannya, tidak boleh gembira tanpa bekerjasama dengan perut, begitu juga, makhluk hidup tidak akan dapat kebahagian tanpa mengabdikan diri secara rohani kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan cinta-bhakti. Kini, dalam Bhagavad-gītā penyembahan deva tidak dianjurkan., tidak dianjurkan kerana... Ianya dinyatakan dalam Bhagavad-gītā bab tujuh, ayat kedua puluh (BG 7.20), Tuhan bersabda, kāmais tais tair hṛta-jñānāḥ prapadyante 'nya-devatāḥ. Kāmais tais tair hṛta-jñānāḥ. Mereka yang diatur oleh hawa nafsu hanya mereka menyembah para dewa selain daripada Tuhan Yang Maha Esa, Kṛṣṇa.