MS/Prabhupada 0051 - Mempunyai Pemikiran yang Lembab mengakibatkan tidak memahami apakah yang lebih daripada Jasad ini-



Interview with Newsweek -- July 14, 1976, New York

Penginterviu: Adakah anda rasa bahawa suatu hari nanti pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa akan tersebar kepada semua masyarakat di dunia ini?

Prabhupāda: Itu adalah mustahil. Kesedaran Kṛṣṇa adalah bagi kalangan manusia yang paling cerdas. Oleh itu, pertubuhan ini, adalah bagi kalangan manusia yang paling cerdas.

Penginterviu: Tetapi antara kalangan manusia yang paling cerdas.

Prabhupāda: Hanya kalau seseorang itu cerdas, tergolong dalam kategori... jika tidak, ia tidak boleh faham. Oleh itu, kita tidak mengharapkan bahawa semua orang adalah cerdas. Kṛṣṇa ye bhaja se baḍa catura. Hanya sekiranya seseorang itu cerdas, ia boleh memperoleh kesedaran Sri Kṛṣṇa, kerana ini adalah subjek yang berbeza. Manusia adalah terlalu asyik dengan kehidupan yang berlandaskan kepada konsep jasmaniah. Namun, ia lebih daripada itu. Oleh itu, orang yang mempunyai pemikiran yang lembap tidak boleh memahami apa yang lebih daripada jasad ini. Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan bahawa semua orang boleh memahami mengenai kesedaran Kṛṣṇa. Ia adalah mustahil.

Penginterviu: Terdapat banyak perbincangan mengenai kesempurnaan genetik kemanusiaan, atau, seperti, mencuba untuk mencapai kesempurnaaan genetik.

Prabhupāda: Apakah itu genetik?

Penginterviu: Seperti... Apakah itu kesempurnaan genetik?

Bali-mardana: Semalam, kita berbicara mengenai sains genetik. Mereka cuba untuk memahami ciri-cirinya, bagaimana jasad dan minda terbentuk, dan kemudian cuba untuk mengubahnya.

Prabhupāda: Itu kita sudah ada... Manakah buku itu?

Rāmeśvara: Buku oleh Svarūpa Dāmodara.

Prabhupāda: Ya. Sila bawa.

Rāmeśvara: Apakah soalan anda sebenarnya?

Penginterviu: Soalan saya adalah... Anda menyatakan sebentar tadi mengenai menggunakan peralatan teknologi, dan ada segelintir masyarakat di mana...

Prabhupāda: Buku itu tiada di sini? Tidak ada?

Penginterviu : Biar saya tanya kepada anda. Sekiranya melalui cara teknologi di mana golongan manusia boleh disempurnakan, dalam kata lain, kalangan manusia yang sederhana menjadi lebih cerdas, apa sebenarnya ciri-ciri yang anda akan pertimbangkan sebagai seorang yang cerdas...

Prabhupāda: Manusia yang cerdas... Sekiranya seseorang itu boleh memahami bahawa ia bukan jasad ini–ia dalam jasad ini... Sama seperti jika anda mempunyai baju kemeja. Anda bukan baju kemeja tersebut. Sesiapa pun boleh memahami perkara tersebut. Anda dimuatkan dalam baju kemeja tersebut (apabila anda memakainya). Seperti itu, seseorang yang boleh memahami bahawa ia bukan jasad ini– ia di dalam jasad ini. Bahawa sesiapa itu boleh memahami, jika seseorang (jasad) itu mati, apakah perbezaannya? Kerana benda hidup (roh) di jasad itu telah meninggalkan jasad tersebut, oleh itu jasad itu telah mati.

Penginterviu: Tetapi terdapat sesetengah orang yang sangat cerdas yang tidak berpengetahuan rohani, mungkin mereka memahami bahawa mereka adalah bukan, atau mereka adalah bukan jasad ini, yang jasad ini telah mati dan terdapat sesuatu sebaliknya. Mengapakah mereka tidak ada kesedaran rohani tersebut?

Prabhupāda: Sekiranya seseorang itu tidak memahami benda mudah sebegini, yang ia bukan jasad ini, maka dia sama seperti haiwan. Memahami kita bukan jasad ini adalah peringkat pertama kerohanian. Sekiranya ia memikirkan bahawa ia adalah jasad ini, maka ia berada dalam kategori yang sama dengan haiwan.

Rāmeśvara: Soalan dia (Penginterviu) adalah... Katakan seseorang itu ada kepercayaan dalam kehidupan selepas kematian, dan ia mungkin seseorang yang cerdas dari segi standard material. Bukankah ia secara automatik adalah...?

Prabhupāda: Tidak, tidak ada sebarang kecerdasan dari segi standard material. Standard material adalah “Saya ialah jasad ini. Saya warnanegara Amerika. Saya warnanegara India. Saya seekor anjing. Saya seorang lelaki." Ini adalah pemahaman dari segi material. Pemahaman kerohanian ialah lebih daripada ini, bahawa “Saya bukan jasad ini." Dan apabila seseorang itu cuba memahami identiti kerohanian ini, ia adalah cerdas. Jika tidak, ia adalah sebaliknya, tidak cerdas.

Penginterviu: Oleh itu, adakah ia bermaksud...

Prabhupāda: Mereka telah dihuraikan sebagai mūḍha. Mūḍha bererti keldai-keldai. Ini adalah pemahaman yang pertama, bahawa seseorang itu tidak harus menidentitikan diri dengan jasadnya.

Penginterviu: Apakah seseorang itu perlu memahami selepas...?

Prabhupāda: Sama seperti seekor anjing. Seekor anjing boleh memahami yang ia kepunyaan badannya tersebut. Sekiranya seorang manusia juga memahami seperti itu - bahawa ia kepunyaan jasad tersebut – bermaksud ia sama seperti anjing tersebut.

Penginterviu: Apakah seseorang itu perlu memahami selepas ini?

Bali-mardana: Selepas seseorang itu memahami bahawa ia bukan jasad ini, apa yang perlu difahami seterusnya?

Prabhupāda: Ha! Itu soalan yang bijak sekali. Jawapannya, seseorang itu harus menyoal bahawa “Saya hanya berada dalam kehidupan yang berlandaskan kepada konsep jasmaniah. Apakah sebenarnya tugas saya?” Itu adalah soalan yang dikemukan oleh Sanātana Gosvāmī, iaitu “Anda telah membebaskan saya daripada pengurusan material ini. Sekarang, sila terangkan apakah sebenarnya tugas saya." Bagi perkara ini seseorang itu harus berjumpa dengan guru kerohanian, untuk mengetahui, untuk memahami apa tugasnya. “Jika saya bukan jasad ini, maka apakah sebenarnya tugas saya? Kerana saya sibuk siang dan malam melakukan benda-benda untuk jasad ini. Saya makan, saya tidur, saya mengadakan perhubungan seks, saya mempertahankan diri – ini adalah keperluan jasad ini. Jika saya bukan jasad ini, apakah sebenarnya tugas saya?" Ini adalah kecerdasan.

Rāmeśvara: Anda (Penginterviu) bertanya tadi ,”Apakah sebenarnya perkara yang seterusnya yang perlu kita tahu selepas menyedari bahawa kita bukannya jasad ini?” Srila Prabhupāda bersabda bahawa untuk mengetahui apakah sebenarnya tugas anda, dan untuk mendapatkan jawapan untuk soalan ini, anda perlu berjumpa dengan seseorang yang telah insaf ataupun guru kerohanian.

Penginterviu : Guru kerohanian dengan cara membaca buku-buku Beliau.

Bali-mardana: Secara personal atau...

Puṣṭa Kṛṣṇa: Prabhupāda telah menerangkan bahawa sekarang kita dengan konsep kehidupan yang berlandaskan jasmaniah dan oleh itu kita terlibat dalam banyak tugas-tugas. Kita bekerja, kita mengadakan perhubungan seks, kita makan, tidur, dan mempertahankan diri – banyak lagi. Kesemua benda ini adalah berkaitan dengan jasad ini. Sekiranya saya bukan jasad ini, apakah sebenarnya tanggungjawab saya? Apakah tanggungjawab saya? Oleh itu, perkara seterusnya ialah apabila seseorang telah memahami ini, kemudiannya ia harus menerima arahan dari guru kerohanian, progres dalam hidupnya dan memahami apa sebenar tugasnya. Ini sangat penting.

Prabhupāda: Jika kita nak makan, tidur, mengadakan perhubungan seks, dan mempertahankan diri, kita perlu belajar caranya daripada seorang guru. Sebagai contoh jika kita nak makan, kita perlu belajar daripada pakar, jenis makanan yang perlu kita makan, jenis vitamin, jenis... Itu memerlukan ilmu pengetahuan. Dan cara kita hendak tidur pun memerlukan ilmu pengetahuan. Dan untuk kehidupan yang berlandaskan kepada konsep jasmaniah, seseorang itu perlu mempelajari ilmu dari orang lain. Apabila seseorang itu memahami bahawa ia adalah lebih kehidupan yang berlandaskan kepada konsep jasmaniah - ia memahami bahawa "Saya bukan jasad ini, saya adalah roh" - seperti itu ia telah mempelajari ilmu pengetahuan daripada seorang pakar (guru)