MS/Prabhupada 0061 - Badan ini Adalah Beg Dibuat Dari Kulit, Tulang, Darah



Northeastern University Lecture -- Boston, April 30, 1969

Para lelaki dan wanita yang saya kasihi, saya banyak berterima kasih kepada anda kerana menghadiri mesyuarat ini. Kita menyebarkan kumpulan kesedaran Krishna ini kerana wujudnya keperluan yang amat besar terhadap kumpulan ini di seluruh dunia, dan prosesnya sangat senang. Itulah kelebihannya. Pertama sekali, cuba memahami apa itu tahap rohani. Berkenaan dengan keadaan kehidupan kita, kita berada pada tahap-tahap yang berbeza. Pertama sekali, kita harus berada dalam tahap rohani. Baru kemudian adanya persoalan tafakur rohani. Dalam Bhagavad-gītā,, di dalam Bab Ketiga, anda akan dapati bahawa kita mempunyai status kehidupan terikat yang berbeza. Pertama sekali ialah indriyāṇi parāṇy āhur... (BG 3.42). Sanskrit, indriyāṇi. Perkara yang pertamanya adalah kehidupan dalam kefahaman kita adalah badan ini. Setiap seorang kita di dalam dunia jasmani ini, kita ditakluki oleh kefahaman bahawa kita adalah badan ini. Saya berfikir orang India, "Aku adalah bangsa India." Anda berfikir anda adalah bangsa Amerika. Orang lain berfikir, "Saya adalah orang Rusia." Seorang berfikir, " Saya adalah bangsa yang lain." Maka semua orang berfikir bahawa "Saya adalah badan ini." Ini adalah satu piawaian, atau satu tahap. Tahap ini dikatakan tahap nafsu kerana selama kita berada dalam kefahaman kita adalah badan ini, kita berfikir kebahagiaan bererti memenuhi kepuasan deria-deria. Itu sahaja. Kebahagiaan bermakna kepuasan nafsu para deria kerana badan bererti deria-deria. Maka indriyāṇi parāṇy āhur indriyebhyaḥ paraṁ manaḥ (BG 3.42). Sri Krishna bersabda bahawa kehidupan dalam kefahaman jasmani (material) atau kefahaman kita adalah badan, deria-deria kita sangat tertonjol Kini, itu yang sedang berlaku. Bukan hanya pada masa kini, bahkan sejak penciptaan dunia material ini. Itulah penyakitnya, bahawa "Kita adalah badan ini." Śrīmad-Bhāgavata menyatakan bahawa yasyātma-buddhiḥ kuṇape tri-dhātuke sva-dhīḥ kalatrādiṣu bhauma ijya-dhiḥ (SB 10.84.13), iaitu "Barang sesiapa yang berada dalam konsep pemahaman bahawa "Saya adalah badan ini..." Ātma-buddhiḥ kuṇape tri-dhātu. Ātma-buddhiḥ bermakna konsep diri dalam beg ini yang dibuat dari tulang dan kulit. Ini adalah sejenis beg. Badan ini adalah sejenis beg yang diperbuat dari kulit, tulang, darah, air kencing, najis dan banyak benda yang indah. Dapatkah anda melihatnya? Tetapi kita berfikir bahawa "Kita adalah beg ini yang dibuat dari tulang dan kulit dan najis dan air kencing." Itulah kecantikkan kita. Itulah segala-galanya untuk kita."

Terdapat banyak kisah-kisah yang menarik... Pastinya, masa kita terhad. Namun saya ingin mengisahkan satu cerita pendek, iaitu seorang lelaki, seorang budak lelaki, dia tertarik dengan seorang gadis yang cantik Gadis itu tidak bersetuju, dan budak lelaki itu tidak berputus asa. Di India, gadis-gadis, sudah tentu menjaga kehormatannya dengan ketat sekali. Maka gadis itu tidak bersetuju. Oleh demikian beliau berkata, "Baiklah, saya bersetuju. Anda datanglah selepas satu minggu." Beliau bertemu janji, " Anda datanglah pada waktu berikuti." Maka budak lelaki itu berasa amat gembira. Gadis itu mengambil beberapa pencahar sepanjang tujuh hari itu, dan dia membuang najis, siang dan malam, dan juga bermuntah, dan dia menyimpan segala muntah dan najisnya di dalam satu periuk yang elok. Dan apabila datangnya masa yang ditetapkan, budak lelaki itu datang, dan gadis pada ketika itu berada di serambi. Budak lelaki itu bertanya, "Di manakah gadis itu?" Beliau berkata, "Sayalah gadis itu." "Tidak, tidak. Anda bukan dia. Anda sangat hodoh. Dia begitu jelita. Anda bukannya gadis itu." "Tidak, saya adalah gadis itu, akan tetapi kini saya telah pisahkan kejelitaan saya ke dalam periuk yang berbeza." "Apakah itu?" Beliau pun tunjukkan: "Inilah kejelitaan itu, najis dan muntah ini. Inilah bahan-bahannya.." Sebenarnya sesiapa sahaja yang mungkin tegap dan sangat jelita - jika dia membuang najis tiga atau empat kali, segala-galanya berubah dengan serta-merta.

Maka maksud saya adalah seperti yang dinyatakan dalam Śrīmad-Bhāgavatam, bahawa kehidupan dalam pemahaman kita adalah badan ini tidak begitu menyakinkan. Yasyātma-buddhiḥ kuṇape tri-dhātuke (SB 10.84.13).