MS/Prabhupada 0090 - Pengurusan Yang Sistematik - Jikalau Tidak Bagaimanakah ISKCON Akan Dilaksanakan



Morning Walk -- December 5, 1973, Los Angeles

Prabhupāda : Kesemua orang berpunya kepada keluarga Kṛṣṇa, namun kita harus lihat apa ia lakukan untuk Kṛṣṇa. Sama seperti setiap masyarakat di negeri ini. Apabila seseorang itu diberikan pangkat yang tinggi dan gelaran yang besar?

Prabhupāda: Kenapa? Ini kerana beliau telah dikenali.

Sudāmā: Betul.

Prabhupāda: Oleh itu seseorang itu harus memberikan perkhidmatannya. Hanya untuk merasakan bahawa, "Saya kepunyaan keluarga Kṛṣṇa," dan tidak membuat sebarang benda untuk Kṛṣṇa, itu bukan..

Sudāmā: Itu tidak baik.

Prabhupāda: Itu tidak baik. Itu bererti ia akan... Dalam secepat mungkin ia akan melupakan Kṛṣṇa sekali lagi. Ia akan melupakan sekali lagi.

Sudāmā: Sebenarnya, elemen yang lain adalah sangat berkuasa. Orang-orang di sini, kerana, walaupun mereka adalah berpunya kepada keluarga Kṛṣṇa, namun kerana mereka telah melupakan, maka kita akan dipengaruhi oleh kelupaan mereka.

Prabhupāda : Ya. Kelupaan bererti māyā.

Sudāmā: Ya.

Prabhupāda : Māyā ialah tiada apa-apa. Ia adalah kelupaan. Itu sahaja. Ia tidak mempunyai kewujudan. Kelupaan, ia tidak akan kekal. Namun selagi ia masih ada, ia sangat menyusahkan

Sudāmā: Beberapa penganut telah bertanyakan soalan iaitu ada kalanya mereka tidak berasa gembira. Walaupun mereka tidak berasa gembira, namun, secara mental, harus, mereka harus meneruskan dengan kesedaran Kṛṣṇa. Saya berkata pada mereka, walaupun seseorang itu tidak gembira...

Prabhupāda : Namun anda harus menunjukkan contoh ini. Jika anda menunjukkan contoh yang lain, bagaimana mereka boleh mengikut anda? Contoh adalah lebih baik daripada arahan. Kenapa kamu tinggal di luar?

Sudāmā: Kerana, saya...

Prabhupāda: (senyap seketika)... dulu apabila kesihatan saya tidak begitu baik, saya terpaksa meninggalkan tempat ini. Ia tidak bererti yang saya akan meninggalkan gerakan ini. Saya telah ke India untuk bersembuh. Atau ke London. Itu tidak mengapa. Oleh itu kesihatan ada kalanya... Itu tidak bererti yang kita harus berputus asa dengan gerakan ini. JIka kesihatan saya terjejas di sini, saya akan pergi... saya mempunyai beratus-ratus pusat. Dan anda tidak akan meninggalkan alam semesta ini untuk menyembuhkan diri. Anda harus berada dalam alam semesta ini. Maka mengapa kamu harus keluar dari gerakan ini? (senyap seketika)...Śrī Narottama dāsa Ṭhākura. Kita harus tinggal dengan para penganut. Kenapa saya telah tinggalkan keluarga saya? Kerana mereka bukan para penganut. Oleh itu saya datang... Jikalau tidak, di usia yang tua ni, saya akan berada dalam keselesaan. Tidak. Kita tidak harus tinggal dengan orang yang bukan penganut, ia mungkin orang yang berkeluarga ataupun sesiapapun. Sama seperti Mahārāja Vibhīṣaṇa. Kerana abangnya bukan seorang penganut, beliau telah meninggalkan dia, meninggalkan dia. Beliau datang ke Rāmacandra. Vibhīṣaṇa. Anda tahu mengenai itu?

Sudāmā : Ya.

Hṛdayānanda : Oleh itu Prabhupāda, ada yang berkata bahawa seorang sannyāsī harus tinggal seorang, bererti, hanya dengan para penganut.

Prabhupāda: Siapa...! Di mana ia dinyatakan yang sannyāsī harus tinggal seorang diri? Hṛdayānanda: Saya bermaksud, ada tertulis di buku anda.

Prabhupāda: Eh?

Hṛdayānanda: Ada tertulis di buku-buku anda. Oleh itu adakah ia bererti beliau tinggal dengan para penganut?

Prabhupāda : Secara umumnya, sannyāsī boleh tinggal seorang diri. Namun tugas seorang sannyāsī adalah untuk berdakwah.

Sudāmā: Itu saya tidak akan hentikan sama sekali.

Prabhupāda: Eh?

Sudāmā : Saya tidak akan sama sekali berhenti untuk berdakwah.

Prabhupāda : Berdakwah, anda tidak boleh mencipta cara berdakwah. Anda harus berdakwah mengikut prinsip-prinsip yang telah diperintah oleh guru kerohanian anda. Anda tidak boleh mencipta kaedah anda sendiri untuk berdakwah. Itu adalah wajib. Ia harus ada seorang ketua. Anda harus berada di bawah ketua tersebut. Yasya prasādād bhagavat... Kenapa ia dikatakan begitu? Di mana-mana juga, di pejabat, akan ada ketua yang seterusnya. Anda harus memuaskan hati beliau. Itu adalah perkhidmatan. Katakan di suatu pejabat, di suatu jabatan terdapat seorang penguasa. Dan jika anda buat mengikut dengan cara tersendiri, "Ya, saya akan buat ikut cara sendiri," dan jika penguasa pejabat tidak berpuas hati, adakah anda rasa perkhidmatan seperti itu adalah bagus? Dengan cara yang sama, kita ada, di mana-mana kita mempunyai ketua. Dan kita harus bekerja. Ini adalah sistematik. Dan jika semua merekacipta, merekacipta kaedah tersendiri, maka akan terjadinya huru-hara.

Sudāmā: Ya, itu adalah benar.

Prabhupāda: Ya. Sekarang kita adalah organisasi dunia. Terdapat dari segi kerohanian, dari segi material juga. Itu bukan dari segi material. Itu juga adalah dari segi kerohanian, bererti pengurusan yang sistematik. Jikalau tidak, bagaimana ia boleh dilakukan? Sama seperti mana Gaurasundara telah menjual rumah, dan kita tidak dapat lihat duit daripada jualan tersebut. Apakah itu? Dia tidak bertanyakan beliau, dan sesiapa. Dia hanya menjual rumah, dan di manakah duit daripada hasil jualan tersebut, tidak ada kejelasnya.