MS/Prabhupada 0111 - Ikutilah Perintah, Maka Kamu Akan Selamat Di Mana Jua Pun



Morning Walk -- February 3, 1975, Hawaii

Penganut(1): Śrīla Prabhupāda, di manakah seseorang itu mendapatkan arahan daripada pihak berkuasa?

Prabhupāda: Guru adalah pihak berkuasa.

Penganut(1): Ya, saya tahu, namun untuk tindakan seseorang yang lain selain daripada mengikuti empat prinsip dan mengucapkan (berjapa) enambelas putaran. Ia melakukan pelbagai benda lain dalam keseluruhan hari. Di manakah ia akan mendapatkan arahan daripada pihak yang berkuasa? Di mana ia akan mengikuti arahan pihak berkuasa, jika, ia tidak tinggal di kuil?

Prabhupāda: Saya tidak menangkap maksudnya. Yang berkuasa adalah guru. Anda telah menerimanya.

Bali Mardana: Untuk kesemuanya. Jayatīrtha: Katakan saya bekerja di luar, saya tinggal di luar, namun saya tidak memberikan 50% daripada pendapatan. Oleh itu kerja yang saya buat, adakah ia bawah perintah pihak berkuasa iaitu guru?

Prabhupāda: Maka anda tidak mengikuti perintah guru. Itu adalah kenyataan yang jelas.

Jayatīrtha: Maka it bererti aktiviti sepanjang hari, bekerja, ia bererti yang saya tidak mengikuti perintah guru. Ia adalah akitiviti yang tidak sah.

Prabhupāda : Ya. Jika anda tidak mengikuti perintah guru, maka anda akan jatuh dengan serta-merta. Itu adalah caranya. Jikalau tidak mengapa kita menyanyi, yasya prasādād bhagavat-prasādo? Ia adalah tugas saya untuk memuaskan guru saya. Jika tidak hidup saya tak ke mana. Oleh itu, jika anda tidak ingin ke mana, maka tidak perlu mematuhi perintah seperti mana yang kamu suka. Namun jika anda ingin berada dalam keadaan yang sangat baik, anda harus mengikuti perintah guru dengan cara yang tegas.

Penganut (1) : Kita boleh memahami segala perintah anda dengan hanya membaca buku-buku anda.

Prabhupāda: Ya. Bagaimanapun, ikutlah perintahnya. Itu yang diperlukan. Ikutilah perintahnya. Walaupun di mana jua anda berada, ia tidak mengapa. Kedudukan anda adalah selamat. Ikutilah perintahnya. Maka anda akan selamat mana-mana jua. Ia tidak mengapa. Sama sepertimana yang telah saya beritahu kepada anda, iaitu saya hanya berjumpa dengan Guru Mahārāja hanya dalam sepuluh hari, namun saya telah mengikuti perintah beliau. Saya adalah seorang gṛhastha, saya tidak pernah tinggal di Maṭha, tinggal di kuil. Itu adalah praktikal. Oleh itu saudara-saudara seperguruan saya telah mengesyorkan bahawa "Beliau harus bertugas di kuil Bombay, begini, begitu, itu, itu.." Guru Mahārāja berkata, "Ya, lebih baik dia tinggal di luar. Itu adalah bagus, dan dia akan buat apa-apa yang diperlukan di dalam masa yang tertentu."

Para penganut: Jaya! Haribol!

Prabhupāda: Beliau berkata begitu. Saya tidak boleh memahami pada waktu itu apa yang beliau telah mengharapkan. Namun pastinya, saya tahu yang beliau ingin saya berdakwah.

Yaśodānandana: Saya berasa yang anda telah berjaya melakukannya dengan cara yang begitu luar biasa.

Para penganut: Jaya, Prabhupāda! Haribol!

Prabhupāda : Ya, dengan cara yang luar biasa kerana saya telah menurut perintah Guru Mahārāja dengan cara yang tegas, itu sahaja. Jika tidak saya tidak akan bertenaga. Saya tidak mempunyai kuasa magik. Pernahkah saya? Mencipta emas (gelak ketawa) Namun, saya mempunyai anak murid yang lebih hebat daripada guru yang mencipta emas tersebut.