MS/Prabhupada 0157 - Melainkan Hati Kamu Dibersihkan, Kamu Tidak Boleh Memahami Siapakah Hari



Lecture on SB 6.2.11 -- Vrndavana, September 13, 1975

Jika anda tidak menerima injuksi yang dinyatakan di śāstra, terutama sekali apabila Kṛṣṇa, Tuhan Yang Maha Esa, mengarahkan kamu di Bhagavad-gītā... Ini adalah intipati segala śāstra. Anda hanya perlu menerimanya. Maka anda akan menjadi gembira. Jika sebaliknya, maka tidak. Jadi di sini ia dinyatakan yang aghavān, orang yang berdosa, tidak boleh disucikan, dengan hanya membuat upacara ritualistik, menebus dosa atau bernazar, vrataḥ, Maka apakah caranya? Kerana setiap orang... Yathā harer nāma. Oleh itu ia disarankan, harer nāma harer nāma harer nāmaiva kevalam, kalau nāsty eva nāsty eva nāsty eva (CC Adi 17.21). Benda yang sama. Anda tidak akan berjumpa injuksi śāstra memberikan benda yang bertentangan. Benda yang sama dinyatakan di Agni Purāṇa dan Śrīmad-Bhāgavata menyatakan benda yang sama juga. Agni Purāṇa bersabda, harer nāma harer nāma harer nāmaiva kevalam, dan di Śrīmad Bhāgavatam ia diyatakan, yathā harer nāma-padair udāhṛtaiḥ tad uttamaśloka-guṇopalambhakam. Harer nāma bererti ucapkan nama suci. Itu adalah mudah. Namun apabila anda mengucapkan harer nāma maka anda akan memahami secara beransuran, siapakah Hari, bagaimanakah rupa bentukNya, apakah kualiti-kualiti Beliau, dan apakah aktiviti Beliau. Maka anda akan faham. Ini kerana tanpa harer nāma hati anda adalah tercemar - ceto-darpaṇa-mārjanam (CC Antya 20.12) - melainkan kamu dibersihkan, kamu tidak boleh memahami siapakah Hari, apakah NamaNya, bagaimanakah rupa bentukNya, apakah kualitiNya, apakah aktiviti-aktiviti Beliau. Kamu tidak boleh memahami.

Ataḥ śrī-kṛṣṇa-nāmādi na bhaved grāhyam indriyaiḥ (CC Madhya 17.136). Deria-deria anda yang kasar dan mengarut, jika anda gunakannya, anda tidak boleh memahami Kṛṣṇa. Oleh itu orang tidak memahami Kṛṣṇa, dan tidak memahami nilai hari-nāma juga. Ini kerana deria-deria mereka adalah kasar, dicemari oleh kualiti-kualiti māyic, mereka tidak boleh memahaminya. Namun ini adalah caranya - ceto-darpaṇa-mārjanaṁ bhava-mahā-dāvāgni-nirvāpaṇam (CC Antya 20.12). Ini kerana anda harus disucikan, maka ini adalah hanya caranya. Ucaplah Hare Kṛṣṇa. Dan anda akan disucikan secara beransur. Puṇya-śravaṇa-kīrtanaḥ. Puṇya-śravaṇa-kīrtanaḥ. Śṛṇvatāṁ sva-kathāḥ kṛṣṇaḥ puṇya-śravaṇa-kīrtanaḥ (SB 1.2.17). Jika anda mendengar, jika anda berucap mengenai Kṛṣṇa, Uttamaśloka, seperti yang diperkatakan, tad uttamaśloka-guṇopalambhakam, banyak manfaat anda di sana. Maka pertubuhan Hare Kṛṣṇa ini adalah sangat penting yang semua orang harus mengambilnya secara serius. Kīrtanīyaḥ sadā hariḥ.

tṛṇād api sunīcena
taror api sahiṣṇunā
amāninā mānadena
kīrtanīyaḥ sadā hariḥ
(CC Adi 17.31)

Ini adalah arahan yang diberikan oleh Caitanya Mahāprabhu. Susah... Ia adalah padaṁ padaṁ yad vipadam (SB 10.14.58). Di dunia material hanya ada vipada. Tidak ada sampada. Dengan bodohnya sekali, kita berfikir bahawa "Sekarang saya berkhabar baik." Apa yang baik? Anda akan mati di saat yang seterusnya. Apa yang baik? Namun orang yang bodoh ini berkata, "Ya, saya berkhabar baik sekali ." Anda bertanya dengan sesiapa, "Apa khabar?" "Ya, khabar baik." Apa yang baik? Anda akan mati esok. Masih baik. Itu sahaja. Ini masih berterusan. Dan ini adalah padaṁ padaṁ yad vi... Dan mereka membuat banyak penyelidikan saintifik untuk menjadi gembira, namun orang bangsat ini, mereka tidak tahu bagaimana untuk menghentikan kematian. Jadi apa yang baik? Namun mereka tidak mempunyai otak untuk memahaminya. Namun Kṛṣṇa bersabda, "Ini adalah masalah-masalahnya, tuan yang dikasihi. Kamu, para saintis, sedang mencuba banyak benda." Janma-mṛtyu-jarā-vyādhi-duḥkha-doṣānudarśanam (BG 13.9). Pertama sekali, cuba fahami apa sebenarnya masalah-masalah anda. Janma-mṛtyu-jarā-vyādhi. Anda telah dilahirkan, anda akan mati, anda akan mengalami penyakit, anda akan menjadi tua. Pertama sekali hentikan kesemua ini, kemudian bercakap mengenai kemajuan sains, Jika tidak, anda hanya bercakap benda mengarut. Ribuan terima kasih.