MS/Prabhupada 0357 - Saya Ingin Memulakan Satu Revolusi Untuk Melawan Tamadun Tanpa Tuhan



Morning Walk -- December 11, 1973, Los Angeles

Prabhupāda: Kesihatan saya bukan selalunya begitu baik. Namun, mengapa saya masih mencuba? Itu adalah cita-cita saya. Saya ingin memulakan revolusi. Tamadun yang tidak ada Tuhan, melawan tamadun yang tanpa Tuhan. Itu adalah cita-cita saya. Di Amerika akan terdapat orang yang terbaik untuk dididik dengan cara sebegini dan untuk mempimpin, untuk menjadi ketua. Mereka adalah pemimpin, tetapi mereka harus menjadi pemimpin yang sebenar sekarang, agar seluruh dunia akan menjadi gembira. Itu saya boleh berikan petunjuk. Jika orang Amerika yang berpangkat paling tinggi datang berjumpa dengan saya, saya boleh memberikan petunjuk bagaimana untuk menjadi pemimpin. Pemimpin yang sebenar, bukan pemimpin penipu. Ini kerana Tuhan telah berbaik hati kepada mereka, dalam banyak hal. Dan pertubuhan ini telah dimulakan di Amerika. Saya telah memulakan pertubuhan ini di New York. Dan ia harus diambil secara serius oleh kerajaan (terputus)

Hṛdayānanda: Anda berkata yang negara Amerika adalah yang paling penting?

Prabhupāda: Ya. Hṛdayānanda: Anda berfikir...

Prabhupāda: Jadi saya telah datang ke negara kamu..

Hṛdayānanda: Jadi mungkin...

Prabhupāda:... kerana kamu adalah yang paling penting. Sekarang kamu harus... Di bawah bimbingan saya, kamu harus menjadi penting dengan sebenarnya, bukan menjadi penting yang keliru.

Hṛdayānanda: Jadi mungkin saya harus tinggal di sini dan terus berdakwah.

Prabhupāda: Ah?

Hṛdayānanda: Jika ia adalah sangat penting, saya rasa mungkin saya harus tinggal di sini dan menolong Rūpānuga.

Prabhupāda: Ya. Tukarkan seluruh bangsa dunia, untuk menjadi kesedaran Tuhan kerana mereka telah mengisytiharkan Konstitusi, "Demi Tuhan kami percaya." Sekarang mereka harus menerima secara serius. Apakah yang dimaksudkan oleh "Tuhan"? Apakah yang dimaksudkan oleh "kepercayaan"? Anda lihat propaganda ini. Kita sedang melakukan, sebenarnya. Kita percaya akan Tuhan, maka kita mengorbankan keseluruhan hidup kita untuk Tuhan. Itu adalah kepercayaan pada Tuhan. Bukannya merokok di ruang tamu, dan kamu percaya akan Tuhan. Bukan kepercayaan jenis itu. Kepercayaan yang sebenar.