MS/Prabhupada 0405 - Para Asura Tidak Boleh Memahami Bahawa Tuhan Boleh Menjadi Seorang Manusia - Itulah Sifat Asurik(Syaitan)



Lecture on SB 7.7.30-31 -- Mombassa, September 12, 1971

Para asura tidak boleh memahami yang Tuhan itu boleh menjadi seorang manusia. Pemikiran seperti itu adalah asurik (syaitan). Mereka tidak boleh... Kerana mereka tidak dapat memahami, kesukarannya adalah sebenar seorang asura cuba memahami Tuhan, dengan membandingkan dengan dirinya sendiri.

Dr. Katak, ada terdapat cerita mengenai Dr. Katak. Dr. Katak sedang cuba memahami Lautan Atlantik dengan membandingkan lautan tersebut dengan periginya seluas tiga kaki, itu sahaja. Apabila ia telah diberitahu yang terdapat Lautan Atlantik, ia hanya membandingkan dengan tempatnya yang terhad. Perigi itu mungkin seluas empat kaki, mungkin lima kaki, mungkin sepuluh kaki, tetapi katak tersebut hanya boleh mencapai seluas tiga kaki sahaja. Kawannya memberitahu, "Oh, saya telah melihat tempat takungan air, airnya sangat luas." Jadi keluasan itu, katak itu hanya meneka, "Berapa ukuran keluasan itu sebenarnya? Perigiku ini seluas tiga kaki, atau mungkin empat kali, lima kaki, " ia menerangkan lagi. Tetapi ia mungkin akan berkata luas perigi itu adalah jutaan kaki dan berasa ia adalah lagi besar. Itu adalah hal yang lain lagi.

Oleh itu, para atheis, para asura, mereka berfikir dengan cara tersendiri yang Tuhan, Kṛṣṇa mungkin sebegini, Kṛṣṇa mungkin sebegini, Kṛṣṇa mungkin sebegini. Secara umumnya mereka memikiran yang Kṛṣṇa adalah aku. Bagaimana mereka katakan? Kṛṣṇa tidaklah mulia dan agung. Mereka tidak percaya yang Tuhan adalah mulia. Dia berfikir yang Tuhan adalah bagus seperti dirinya, iaitu Akupun adalah Tuhan. Pemikiran seperti asura (syaitan).