MS/Prabhupada 0444 - Para Gopī Itu Bukan Para Jiwa Yang Terikat, Mereka Adalah Para Jiwa Yang Bebas



Lecture on BG 2.8-12 -- Los Angeles, November 27, 1968

Prabhupāda? Hm?

Penganut: Saya telah membaca daripada hasil penulisan anda iaitu jika seseorang itu ingin memahami perkara rahsia di antara Rādhā dan Kṛṣṇa, ia harus berkhidmat kepada para gopī yang merupakan hamba kepada para gopī, dan saya menganggap yang anda ini adalah hamba kepada para gopī. Adakah ia betul? Ataupun.. Bagaimanakah saya boleh melayani hamba kepada para gopī?

Prabhupāda: Para gopī, mereka bukan jiwa yang terikat. Mereka adalah jiwa yang bebas. Jadi pertama sekali, anda harus keluar daripada kehidupan yang terikat ini. Kemudian soalan berkhidmat untuk para gopī boleh diutarakan. Saat ini, jangan terlalu inginkan, untuk berkhidmat kepada para gopī. Cuba keluarkan diri daripada kehidupan yang teriikat ini. Akan tiba masanya pada suatu hari nanti, apabila anda boleh berkhidmat untuk para gopī. Di tahap di mana kita berada dalam keadaan terikat ini kita tidak boleh berkhidmat untuk apa-apa sahaja. Kṛṣṇa sedang melakukannya.

Namun Kṛṣṇa memberikan kita peluang untuk menerima perkhidmatan ini melalui cara arcā-mārga. Sama seperti jika kita menyembah arca Kṛṣṇa, mempersembahkan prasāda mengikut peraturan, berdasarkan prinsip-prinsip. Maka kita harus maju dengan cara sebegini, melalui perucapan, pendengaran, dan beribadat di kuil, ārati, mempersembahkan prasādam. Dengan cara sebegini, apabila kita maju, maka secara automatik Kṛṣṇa akan menampilkan diriNya, dan anda akan memahami kedudukan anda, bagaimana anda boleh...

Para gopī bererti mereka yang selalu, tetapi berkhidmat untuk Tuhan. Jadi perhubungan kekal itu akan didedahkan. Kita harus tunggu untuk saat tersebut. Kita tidak boleh meniru cara berkhidmat untuk para gopī. Itu adalah idea yang bagus, yang anda boleh berkhidmat untuk para gopī, tetapi ia akan mengambil masa. Bukan dengan serta-merta. Dengan serta-merta kita harus mengikut segala peraturan dan hukum.