MS/Prabhupada 0523 - Avatara Bererti Yang Datang Dari Dunia Yang Lebih Tinggi, Dari Planet Yang Lebih Tinggi



Lecture on BG 7.1 -- Los Angeles, December 2, 1968

Madhudviṣa: Prabhupāda, apakah perbezaan di antara penjelmaan dan avatāra?

Prabhupāda: Avatāra ialah penjelmaan. Avatāra bererti penjelmaan. Penjelmaan, di dalam kamus, bererti "menerima sesuatu badan"? Begitukah? Namun avatāra... Semestinya, terdapat avatāra di tahap yang berbeza. Avatāra bererti seseorang yang datang... Maksud sebenar 'avataraṇa', ialah turun. Avatāra bererti seseorang yang datang daripada dunia yang lebih tinggi, daripada planet yang lebih tinggi. Mereka bukan para makhluk hidup dari dunia ini, dunia material ini. Mereka datang daripada dunia rohani. Mereka disebut sebagai avatāra.

Maka terdapat avatāra daripada tahap yang berbeza. Terdapat śaktyāveśāvatāra, guṇāvatāra, līlāvatāra, yugāvatāra, ada banyak jenis. Jadi avatāra bererti seorang yang datang secara terus daripada dunia rohani. Dan penjelmaan, tentu sahaja, perkataan avatāra diterjemah kepada penjelmaan, tetapi saya fikir, maksud sebenar penjelmaan bererti "sesorang yang menerima suatu badan." Bukankah begitu? Jadi maksud penjelmaan, setiap orang menerima badan yang material. Namun avatāra... Terdapat avatāra Viṣṇu dan avatāra penganut-penganut juga. Terdapat avatāra di tahap yang berbeza. Anda boleh membacanya di buku Ajaran-ajaran Tuhan Caitanya, yang akan diterbitkan secepat mungkin.