MS/Prabhupada 1076 - Pada Saat Kematian Kita Boleh Kekal Di sini, atau Berpindah ke Dunia Rohani



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Terdapat bhāvas yang berbeza. Kini, alam material ini juga salah satu bhāvas, seperti yang kita telah jelaskan, bahawa alam material ini juga salah satu paparan tenaga Tuhan Yang Maha Esa. Dalam Vişņu Purāṇa, kesemua tenaga Tuhan Yang Maha Esa telah diringkaskan.

viṣṇu-śaktiḥ parā proktā
kṣetra-jñākhyā tathā par
avidyā-karma-saṁjñānyā
tṛtīyā śaktir iṣyate
(CC Madhya 6.154)

Kesemua tenaga, potensi oleh...Parāsya śaktir vividhaiva śrūyate (CC Madhya 13.65, teneur et portée). Tuhan Yang Maha Esa mempunyai pelbagai tenaga, tenaga yang tidak boleh dihitungi, yang kita tidak boleh bayangi. Tetapi para risi yang berilmu, roh-roh yang sudah mencapai pembebasan, mereka sudah mempelajari dan mereka telah meringkaskan keseluruhan tenaga-tenaga kepada tiga bahagian, kepada tiga judul. Yang pertama adalah ... Kesemua tenaga adalah Vişņu-Sakti. Kesemua tenaga, ianya adalah kekuatan Sri Vishnu yang berbeza. Kini, tenaga itu adalah parā, bersifat rohani. Dan kṣetra-jñākhyā tathā parā, dan para makhluk hidup, kṣetra jña, mereka juga termasuk dalam kumpulan tenaga utama, seperti yang disahkan juga di dalam Bhagavad-gītā. Kita telah menjelaskanya. Dan tenaga yang lain, tenaga material ialah tṛtīyā karma-saṁjñānyā (CC Madhya 6.154). Tenaga yang lain adalah dalam sifat kejahilan. Maka itu adalah tenaga material. Jadi tenaga material adalah juga bhagavad- (kurang jelas) Maka pada saat meninggal, sama ada kita kekal dalam tenaga material, atau dunia material ini, atau kita boleh berpindah ke dunia rohani. Itulah penentuannya. Menurut Bhagavad-gītā:

yaṁ yaṁ vāpi smaran bhāvaṁ
tyajaty ante kalevaram
taṁ tam evaiti kaunteya
sadā tad-bhāva-bhāvitaḥ
(BG 8.6)

Kini, seperti yang biasanya kita berfikir, sama ada tenaga material ini atau tenaga rohani, kini, bagaimana untuk mengalih pemikiran? Pemikiran tenaga material, bagaimana ianya dialihkan kepada pemikiran tenaga rohani? Oleh itu untuk berfikir dalam tenaga rohani adanya kesusasteraan Veda. Sama seperti pemikiran dalam tenaga material, terdapat banyak kesusasteraan - surat khabar, majalah, novel, fiksyen, dan sebagainya. Penuh dengan kesusasteraan. Maka pemikiran kita berisi dengan kesusasteraan ini. Begitu juga, jika kita mahu memindahkan pemikiran kita dalam suasana rohani, maka kita harus mengalih pembacaan kita ke kesusasteraan Veda. Oleh kerana ini para risi yang berilmu telah memberikan banyak kesusasteraan Veda, Purana-Purana. Purana bukannya dongeng. Ianya adalah khazanah sejarah. Dalam Caitanya-caritāmṛta terdapat satu ayat yang berbunyi seperti berikut. Anādi-bahirmukha jīva kṛṣṇa bhuli' gela ataeva kṛṣṇa veda-purāṇa kailā (CC Madhya 20.117). Bahawa para makhluk hidup yang lupa, roh-roh yang terikat, mereka sudah melupai hubugan dengan Tuhan Yang Maha Esa, dan mereka telalu asyik memikir kegiatan duniawi. Dan hanya untuk memindahkan daya pemikiran mereka ke kapasiti rohani, Kṛṣṇa-dvaipāyana Vyāsa, beliau sudah memberikan banyak kesusasateraan Veda. Kesusasteraan Veda bererti pertama beliau membahagikan Veda kepada empat. Kemudian beliau menjelaskannya melalui Purana. Kemudian bagi orang yang tidak kurang upaya memahaminya, seperti stri(kaum wanita), sudra(buruh), vaisya(pedagang), beliau memberikan Mahabharat.. Dan dalam Mahabharata beliau memperkenalkan Bhagavad-gita ini. Kemudiannya beliau meringkaskan keseluruhan kesusasteraan Veda dalam Vedanta-sutra. Dan Vedanta-sutra adalah untuk membimbing orang pada masa akan datang, beliau sendiri memberikan ulasan yang wajar yang dipanggil Srimad-Bhagavatam.