MS/Prabhupada 1069 - Agama Menyampaikan Idea Keimanan. Keimanan boleh berubah - Sanatana-dharma (kewajipan kekal) tidak boleh



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York


Oleh yang demikian, sanātana-dharma, seperti yang dinyatakan di atas, bahawa Tuhan Yang Maha Esa adalah sanātana, dan tempat tinggal rohani, yang melampaui angkasa rohani, itu juga sanātana. Dan para makhluk hidup, mereka juga adalah sanātana. Jadi hubungan Tuhan Yang Mahakuasa sanātana, para mahkluk hidup sanātana, di sanātana tempat tinggal yang kekal adalah matlamat utama kehidupan sebagai manusia. Tuhan sangat murah hati terhadap para makhluk hidup kerana mahluk hidup adalah semuanya anak-anak Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan menyatakan sarva-yoniṣu kaunteya sambhavanti mūrtayo yāḥ (BG 14.4). Setiap yang hidup, setiap jenis mahluk hidup.. Terdapat berjenis-jenis makhluk hidup yang berbeza mengikut karma mereka yang berlainan, tetapi Tuhan menyatakan bahawa Dirinya adalah ayah bagi semua makhluk hidup, dan oleh itu Tuhan menurun untuk menyelamatkan semua roh-roh yang terikat dan dilupai kembali kepada sanātana-dhāma, iaitu angkasa sanātana, supaya makhluk hidup sanātana dapat memperolehi kembali kedudukannya yang sanātana (kekal) dalam hubungan abadinya dengan Tuhan. Beliau datang Sendiri dalam pelbagai penjelmaan. Beliau mengirim hamba-hamba sulit-Nya sebagai anak-anak-Nya atau para ācārya untuk menyelamatkan roh-roh yang terikat.

Dan oleh itu sanātana-dharma tidak bererti sejenis proses keagamaan yang bermazhab. Ianya adalah fungsi kekal bagi para makhluk hidup yang kekal dalam hubungannya dengan Tuhan Yang Maha Kekal. Berkenaan dengan sanātana-dharma, ianya bermakna kewajipan yang kekal. Śrīpāda Rāmānujācārya telah menjelaskan perkataan sanātana sebagai "sesuatu yang tiada sebarang permulaan atau sebarang pengakhiran." Dan apabila kita membicarakan sanātana-dharma, maka berdasarkan kekuasaan Śrīpāda Rāmānujācārya, kita harus mengakui bahawa ia tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Erti kata agama agak berbeza dari sanātana-dharma. Agama mengandungi erti keimanan. Keimanan mungkin berubah. Seseorang barangkali ada kepercayaan terhadap sesuatu proses dan kemudiannya berubah kepercayaannya dan menganut kepercayaan yang lain. Tetapi sanātana-dharma bererti sesuatu yang tidak berubah, yang tidak boleh diubah. Sama seperti air dan sifat cair. Sifat cair tidak dapat dihilangkan dari air. Panas dan api. Sifat panas tidak dapat dihilangkan dari api. Begitu juga dengan fungsi kekal makhluk hidup yang dikenali sebagai sanātana-dharma, ianya tidak dapat dihilangkan. Tiada kemungkinan untuk ubah. Kita harus mengetahui apa fungsi kekal makhluk hidup yang kekal. Apabila kita membicarakan sanātana-dharma, maka berdasarkan kekuasaaan Śrīpāda Rāmānujācārya iaitu ia tiada permulaan atau sebarang pengakhiran. Sesuatu yang tiada pengakhiran, tiada permulaan, tidak boleh bermazhab atau dihadkan oleh sebarang batasan. Apabila kita memegang kefahaman sanātana-dharma, orang dari kepercayaan agama yang tidak kekal akan salah tafsir bahawa kita berurusan dengan sesuatu yang bermazhab. Tetapi jika kita mendalaminya dan berdasarkan ilmu sains moden, kita dapat lihat sanātana-dharma adalah kewajipan semua orang di dunia, bahkan, semua makhluk hidup di alam semesta. Keimanan agama yang bukan sanātana mungkin ada permulaan dalam khazanah sejarah manusia, tetapi sejarah sanātana-dharma tidak wujud kerana ia terus kekal dengan sejarah para makhluk hidup. Berkenaan para makhluk hidup, kita dapati dari kekuasaan kitab-kitab bahawa makhluk hidup tiada kelahiran atau kematian. Dalam Bhagavad-gita ia dinyatakan dengan jelas bahawa makhluk hidup tidak pernah dilahirkan, ia juga tidak pernah mati. Dia kekal, tiada kebinasaan, dan terus hidup selepas kemusnahan badan jasmaninya yang bersifat sementara.