MS/Prabhupada 0525 - Maya Adalah Begitu Kuat, Apabila Anda Merasa Sedikit Yakin, Maka Dengan Segera Muncul Serangan

Revision as of 18:08, 1 October 2020 by Elad (talk | contribs) (Text replacement - "(<!-- (BEGIN|END) NAVIGATION (.*?) -->\s*){2,15}" to "<!-- $2 NAVIGATION $3 -->")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on BG 7.1 -- Los Angeles, December 2, 1968

Tamāla Kṛṣṇa: Prabhupāda, apabila saya sedang melayani anda, ada ketika saya berasa sungguh gembira, tetapi ada ketika saya rasa cara saya melakukannya adalah dengan tidak sempurna dan tidak begitu baik, saya berasa tidak senang. Yang manakah perasaan yang benar?

Prabhupāda: (ketawa) Anda berasa tidak senang? Tamāla Kṛṣṇa: Ya Prabhupāda: Tapi mengapa? Bila anda berasa kurang senang?

Tamāla Kṛṣṇa: Apabila saya melihat kesemua kesilapan yang saya buat, semua kesalahan yang dilakukan.

Prabhupāda: Kadang-kadang... Ini baik sekali. Untuk menerima kekurangan… Walaupun tidak ada sebarang kekurangan. Ini adalah ciri-ciri pelayanan yang ikhlas. Sama seperti bagaimana seorang ayah sayang terhadap anaknya, atau seorang anak yang sangat sayang terhadap ayahnya. Walaupun anaknya sakit sedikit sahaja, ayahnya risau lalu memikirkan, “Oh, anakku akan mati. Aku akan terpisah dengannya.” Ini adalah tanda kasih sayang yang sangat tulus. Ia bukannya bahawa anaknya mati dengan segera, anda fahamkan, tetapi ayahnya berfikir seperti itu. Perpisahan. Anda faham?

Jadi itu adalah petanda yang baik. Kita tidak boleh berfikir yang kita melakukannya dengan sempurna. Kita harus selalu berfikir yang “Aku tidak mampu.” Berfikir dengan cara sebegini bukannya buruk sebenarnya. Kita tidak harus berfikir yang “Aku adalah sempurna.” Ini kerana māyā adalah begitu kuat, apabila anda yakin dengan diri anda, maka dengan segera ada serangan. Anda faham? Ia seperti dalam keadaan sakit... Sama seperti apabila seseorang cuba mengambil langkah berjaga-jaga, ada peluang untuk jatuh sakit sekali lagi.

Jadi ini bukannya perkara yang buruk. Kita selalu harus berfikir, yang "Mungkin aku tidak melakukannya dengan baik." Namun mengikut sebanyak mana kekuatan kita, kita harus melaksanakan dengan sempurna, tetapi kita tidak harus berfikir yang ia adalah sempurna. Ia adalah begitu baik.