MS/Prabhupada 0036 - Matlamat Kehidupan Kita

Revision as of 05:32, 30 March 2016 by Subhadatri (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0036 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1975 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

Lecture on BG 2.1-11 -- Johannesburg, October 17, 1975

Oleh itu, apabila kita kebingungan dengan urusan-urusan material, apa yang perlu dilakukan - untuk dilakukan atau tidak dilakukan, ini adalah contoh - pada ketika itu kita harus mendekati seorang guru. Itulah arahan di sini, kita lihat. Pṛcchāmi tvāṁ dharma-sammūḍha-cetāḥ. Apabila kita kebingungan, kita tidak membezakan apa itu keagamaan dan apa yang bukan keagamaan, kita tidak menggunakan kedudukan kita dengan betul. Itulah kārpaṇya-doṣopahata-svabhāvaḥ (BG 2.7). Pada ketika itu wujudnya keadaan kita perlukan seorang guru. Itulah arahan Veda. Tad-vijñānārthaṁ sa gurum evābhigacchet śrotriyaṁ brahma-niṣṭham (MU 1.2.12). Ini adalah satu kewajipan. Inilah peradaban, iaitu kita menghadapi begitu banyak masalah kehidupan. Itu adalah alamiah. Di dunia material ini dunia material adalah masalah kehidupan. Padaṁ padaṁ yad vipadām (SB 10.14.58). Dunia material bererti dalam setiap langkah terdapat bahaya. Itulah dunia material. Oleh itu kita seharusnya mengambil panduan daripada guru, daripada guru, daripada guru kerohanian bagaimana untuk maju, kerana ini... Itu akan diterangkan kemudian, bahawa matlamat kehidupan kita, sekurang-kurangnya dalam kehidupan kita sebagai manusia, dalam peradaban Aryan, matlamat hidup adalah untuk memahami kedudukan dasar kita, "Apakah saya. Apakah saya." Jika kita tidak memahami "Apakah saya," maka saya setaraf dengan kucing dan anjing. Anjing-anjing, kucing, mereka tidak tahu. Mereka berfikir bahawa badan itu adalah mereka. Yang itu akan dijelaskan. Maka dalam keadaan hidup sebegitu, apabila kita bingung ... Sebenarnya kita kebingungan setiap detik. Oleh itu seseorang harus mendekati seorang guru yang sahih. Sekarang Arjuna mendekati Kṛṣṇa, guru terunggul. Guru terunggul. Guru bererti Tuhan Yang Maha Esa. Beliau adalah guru kepada semua orang, parama-guru. Oleh itu sesiapa yang mewakili Kṛṣṇa, beliau juga seorang guru. Itu akan diterangkan dalam Bab Keempat. Evaṁ paramparā-prāptam imaṁ rājarṣayo viduḥ (BG 4.2). Maka Kṛṣṇa menunjukkan teladan, di mana kita harus menyerah diri dan menerima seorang guru. Di sini adalah Kṛṣṇa. Maka, anda harus menerima Kṛṣṇa atau wakil-Nya sebagai seorang guru. Dengan itu masalah anda akan dapat diselesaikan. Jika tidak, ianya tidak mungkin, kerana beliau boleh memberitahu apa yang baik untuk anda, apa yang buruk untuk anda. Beliau menyoal, yac chreyaḥ syān niścitaṁ brūhi tat (BG 2.7). Niścitam. Jika anda menghendaki nasihat, arahan, niścitam, iaitu tanpa sebarang keraguan, tanpa sebarang khayalan, tanpa sebarang kesilapan, tanpa sebarang penipuan, iti dikatakan niścitam. Itu anda boleh dapatkan daripada Kṛṣṇa atau wakil-Nya. Anda tidak akan mendapat maklumat yang benar daripada seorang yang tidak sempurna atau penipu. Itu bukannya arahan yang betul. Pada masa kini, ianya telah menjadi satu fesyen; semua orang menjadi guru dan beliau memberi pandangannya sendiri, "Saya berfikir," "Pada pendapat saya." Itu bukanlah guru. Guru bererti beliau harus memberi bukti-bukti dari śāstra. Yaḥ śāstra-vidhim utsṛjya vartate kāma-kārataḥ: (BG 16.23)"Sesiapa yang tidak memberi bukti-bukti, bukti, dari śāstra, maka " na siddhiṁ sa avāpnoti, " beliau tidak akan mendapat sebarang kejayaan bila-bila masa pun. na sukham, "ataupun sebarang kebahagiaan di dunia material ini," na parāṁ gatim, "dan apa yang hendak di katakan tentang kehidupan bertaraf lebih tinggi di kehidupan akan datang." Beginilah ajarannya.