MS/Prabhupada 0073 - Vaikuntha Bererti Tiada Kebimbangan

Revision as of 02:56, 29 June 2016 by Subhadatri (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0073 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1967 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

Lecture on BG 10.2-3 -- New York, January 1, 1967

Bukannya dalam persatuan ini anda harus lakukan sebegini. Anda boleh belajar seni ini, dan anda boleh melakukannya di rumah anda. Anda juga boleh menyediakan penyediaan sebegitu, penyediaan yang bagus di rumah anda untuk diberikan kepada Krishna. Itu bukannya sukar. Setiap hari kita sediakannya dan berikannya kepada Krishna dan zikir mantera,

namo brahmaṇya-devāya
go-brāhmaṇa-hitāya ca
jagad-dhitāya kṛṣṇāya
govindāya namo namaḥ

Itu sahaja. Ia tidak begitu sukar. Semua orang boleh menyediakan makanan dan berikannya kepada Krishna dan selepas itu mengambilnya, dan kemudiannya dengan ahli keluarga atau dengan rakan-rakan, anda boleh duduk dan berzikir di hadapan gambar Krishna, Hare Kṛṣṇa Hare Kṛṣṇa Kṛṣṇa Kṛṣṇa Hare Hare Hare Rāma Hare Rāma Rāma Rāma Hare Hare dan menjalani kehidupan yang murni. Lihat sahaja hasilnya. Jika di setiap rumah, setiap orang, mengikut prinsip kefahaman Krishna, ia akan menjadi ... Seluruh dunia akan menjadi Vaikuṇṭha. Vaikuṇṭha bermakna tidak ada kebimbangan.

Vaikuṇṭha. Vai bermakna tanpa, dan kuṇṭha bermakna kebimbangan. Dunia ini penuh dengan kebimbangan. Sadā samudvigna-dhiyām asad-grahāt (SB 7.5.5). Kerana kita telah menerima kewujudan kehidupan material yang sementara ini, maka kita sentiasa dibebankan dengan kebimbangan. Sebaliknya di dunia rohani, planet-planet dikatakan Vaikuṇṭha. Vaikuṇṭha bermakna tanpa kebimbangan. Kita mahukan kebebasan daripada kebimbangan. Semua orang cuba untuk membebaskan dirinya daripada kebimbangan, tetapi beliau tidak tahu bagaimana untuk keluar dari kebimbangan ini. Mengambil perlindungan melalui kemabukkan bukannya cara yang berguna untuk membebaskan diri dari kebimbangan. Ia adalah dadah. Ini dikatakan kecuaian. Untuk seketika kita dapat melupakan segala-galanya, tetapi sekali kita sedar kebimbangan yang sama dan perkara yang sama akan datang kembali. Maka ini tidak dapat membantu anda. Jika anda mahukan kebebasan daripada kebimbangan dan jika anda mahukan kehidupan yang kekal yang mengembirakan dan berpengetahuan, maka inilah prosesnya. Inilah prosesnya. Anda harus memahami Krishna. Di sini ia dinyatakan dengan jelas bahawa na me viduḥ sura-gaṇāḥ (BG 10.2). Tiada sesiapa yang boleh faham. Tetapi ada caranya. Sevonmukhe hi jihvādau svayam eva sphuraty adaḥ (Brs. 1.2.234). Inilah prosesnya. Terdapat beberapa tempat di Srimad-Bhagavatam proses ini yang dinyatakan di dalam cara yang berbeza. Sama seperti dalam satu tempat ia menyatakan bahawa

jñāne prayāsam udapāsya namanta eva
jīvanti san-mukharitāṁ bhavadīya-vārtām
sthāne sthitāḥ śruti-gatāṁ tanu-vāṅ-manobhir
ye prāyaśo 'jita jito 'py asi tais tri-lokyām
(SB 10.14.3)

Ia adalah ayat yang indah. Dikatakan bahawa Ajita, tiada siapa yang boleh tahu. Nama lain untuk Tuhan adalah Ajita. Ajita bererti tiada sesiapa pun yang boleh menawan Beliau. Tiada siapa yang boleh mendekati-Nya. Oleh itu nama Beliau Ajita. Jadi Ajita ditawan . Ajita Jito 'py asi. Walaupun Tuhan tidak boleh diketahui, Tuhan tidak boleh ditawani, namun Beliau masih boleh ditawani. Bagaimana? Sthāne sthitāḥ.