MS/Prabhupada 0074 - Mengapa Anda Harus Makan Haiwan

Revision as of 08:31, 29 June 2016 by Subhadatri (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0074 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1974 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

Lecture on BG 4.21 -- Bombay, April 10, 1974

Semuanya dijelaskan dalam Bhagavad-gītā. Bhagavad-gītā tidak bersabda bahawa "Anda hidup dengan bernafas udara." Tidak. Bhagavad-gītā bersabda, annād bhavanti bhūtāni(BG 3.14). Anna. Anna bermakna makanan bijirin. Terdapat keperluan untuk makanan bijirin. Annād bhavanti bhūtāni. Bhagavad-gita tidak pernah bersabda bahawa "anda tidak perlu makan. Anda hanya menghirup udara dan amalkan yoga. " Tidak. Tetapi kita jangan makan lebih, atau kurang. Itu disyorkan. Yuktāhāra-vihārasya. Kita tidak perlu makan lebih atau kurang. Dan nirāśīḥ. Nirāśīḥ bermakna tiada keinginan untuk melebih-lebih. Sekarang kita berhasrat untuk rasa kepuasan lebih dan lebih. Itu tidak diperlukan. Jika anda mahukan kesempurnaan hidup, ini dipanggil tapasya.

Seseorang mempunyai keinginan, tetapi beliau tidak harus ingin lebih dari yang diperlukan. Setiap orang mempunyai hak untuk makan, termasuk haiwan. Setiap makhluk mempunyai hak. Oleh kerana kita berhasrat untuk menikmati dengan berlebihan kita tidak memberikan peluang kepada haiwan untuk hidup dengan betul; sebaliknya, kita cuba untuk makan haiwan. Ini tidak diperlukan. Ini dipanggil nirāśīḥ. Kenapa anda perlu makan haiwan? Itu adalah kehidupan yang tidak bertamadun. Apabila tidak ada makanan, orang asli mereka boleh makan haiwan, kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk bercucuk tanam. Tetapi apabila masyarakat manusia menjadi bertamadun, beliau boleh bercucuk tanam pelbagai tumbuhan, beliau boleh membela lembu, daripada memakan lembu. Beliau boleh mendapatkan susu, susu yang mencukupi. Kita boleh menyediakan pelbagai hidangan daripada susu dan bijirin. Oleh itu, kita tidak harus mempunyai keinginan untuk menikmati lebih dari apa yang diperlukan.

Di sini ia katakan, kurvan nāpnoti kilbiṣam. Kilbiṣam bermakna reaksi dari tindakan kehidupan yang berdosa. Kilbiṣam. Jadi jika kita tiada keinginan lebih dari apa yang kita perlukan maka kita tidak akan terbabit, terlibat dalam aktiviti berdosa, kurvan api, walaupun beliau sibuk bekerja. Ketika anda bekerja, secara sedar atau tidak, anda perlu melakukan sesuatu yang tidak soleh, mungkin juga dosa tetapi jika anda berhasrat untuk hidup dengan betul, maka kurvan nāpnoti kilbiṣam. kehidupan kita seharusnya tidak ada sebarang reaksi dosa. Jika tidak, kita perlu menderita. Tetapi mereka tidak percaya, walaupun mereka melihat begitu banyak kehidupan yang benar-benar teruk. Dari mana mereka datang, 8,400,000 spesies hidup? Terdapat begitu banyak nyawa yang hidup dalam keadaaan yang teruk. Sudah tentu, haiwan atau makhluk hidup tidak tahu, tetapi kita sebagai manusia, kita seharusnya tahu mengapa hidup ini sangat teruk. Ia adalah ilusi Maya. Walaupun seseorang itu, sama seperti ... seekor babi hidup dalam keadaan yang sangat kotor, makan najis, dan dia masih berfikir dia sangat gembira, dan oleh itu dia semakin gemuk. Apabila seseorang berasa gembira, "Saya sangat gembira," dia akan menjadi gemuk. Jadi anda akan mendapati babi ini, mereka sangat gemuk, tetapi apa yang mereka makan? Mereka makan najis dan hidup di tempat yang kotor. Tetapi mereka berfikir bahawa "Kami amat gembira." Jadi itulah ilusi Maya.

Sesiapa yang hidup dalam keadaan kehidupan yang sangat buruk, māyā, akibat khayalan, dia berfikir bahawa dia baik, dia hidup dengan sangat sempurna. Tetapi seseorang yang berada dalam tahap yang lebih tinggi, beliau melihat bahawa dia hidup dalam keadaan yang sangat buruk. Jadi ilusi ini memang ada, tetapi dengan pengetahuan, dengan pergaulan yang baik, dengan mengambil pengajaran dari śāstra, dari guru, dari orang yang suci, seseorang itu perlu memahami apakah nilai hidup dan kehidupan seperti itu.Jadi ini diajari oleh Krishna, nirāśīḥ, seseorang itu tidak perlukan keinginan lebih daripada keperluan hidupnya. Ini dipanggil nirāśīḥ. Nirāśīḥ. Erti yang lain ialah tidak begitu gemar akan kenikmatan material. Dan itu adalah mungkin apabila dia berada dalam pengetahuan penuh bahawa "Saya bukan badan ini. Saya sang roh. Keperluan saya ialah bagaimana untuk maju dalam pengetahuan rohani." Kemudian dia boleh menjadi nirāśīḥ. Inilah diperlukan untuk tapasya, amalan hidup seorang yang zahid, penebusan dosa.

Kini orang sudah lupa. Mereka tidak tahu apakah itu amalan hidup seorang yang zahid.Tetapi kehidupan manusia adalah untuk tujuan itu. Tapo divyaṁ putrakā yena śuddhyet sattvaṁ yena brahma-saukhyam anantam (SB 5.5.1). Ini adalah arahan śāstra. Kehidupan manusia adalah untuk tapasya. Dan tapasya ...

Oleh itu dalam kehidupan cara Vedic, permulaan kehidupan adalah tapasya, brahmacārī, brahmacārī. Setiap pelajar dihantar ke gurukula untuk mengamalkan brahmacarya. Ini adalah tapasya, bukan kehidupan yang selesa. Berbaring di atas lantai, pergi pintu ke pintu untuk meminta sedekah untuk guru. Tetapi mereka tidak letih. Kerana mereka adalah kanak-kanak, jika mereka dilatih pertapaan ini, mereka akan amalkannya. Mereka memanggil semua wanita, "Ibu." "Ibu, berikan saya beberapa sedekah." Dan mereka pulang kembali ke tempat guru. Semuanya milik guru. Kehidupan brahmacārī. Ini adalah tapasya. Tapo divyam (SB 5.5.1). Itulah tamadun Vedic, bahawa kanak-kanak dari awal kehidupan dilatih dalam tapasya, brahmacarya. Pembujangan. Seseorang brahmacārī tidak boleh melihat mana-mana wanita muda. Walaupun isteri guru muda, dia tidak boleh pergi kepada isteri guru. Ini adalah sekatan. Kini di manakah adanya brahmacarya sebegitu? Tiada brahmacārī. Ini Kali-yuga. Tiada tapasya.