MS/Prabhupada 0098 - Tertariklah kepada Keanggunan Sri Krishna

Revision as of 13:46, 22 February 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0098 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1972 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

The Nectar of Devotion -- Vrndavana, November 11, 1972

Madana-mohana. Madana bererti daya tarikan seks. Madana, daya tarikan seks, Cupid dan Sri Kṛṣṇa dikenali sebagai Madana-mohana. Seseorang itu, saya bermaksud, akan mengabaikan daya tarikan seks jika seseorang itu tertarik kepada Sri Kṛṣṇa. Itu adalah satu ujian.Madana menarik dunia material ini. Semua orang tertarik kepada kehidupan seks. Dunia ini masih berterusan kerana kehidupan seks. Itu adalah fakta. Yan maithunādi-gṛhamedhi-suhkhaṁ hi tuccham (SB 7.9.45). Ini, adalah kegembiraan, kononnya kegembiraan iaitu maithuna, maithunādi. Maithunādi bererti kegembiraan yang bermula daripada maithuna, perhubungan seks. Secara umum, manusia..., seorang pemuda berkahwin. Ia berkahwin untuk tujuan memuaskan nafsu seks. Kemudian pemuda tersebut akan mendapat anak-anak. Selepas itu, apabila anak-anak tersebut menjadi dewasa, mereka, anak gadisnya akan berkahwin dengan seorang pemuda dan anak lelakinya akan berkahwin dengan seorang gadis. Itu pun hanya untuk tujuan yang sama: seks. Selepas itu, cucu. Dengan cara ini, ini adalah kegembiraan kehidupan material - śriyaiśvarya-prajepsavaḥ. Beberapa hari yang lalu kita telah bincang. Śrī bererti kecantikan, aiśvarya bererti kekayaan, dan prajā bererti generasi. Secara umum, kalangan manusia, mereka menyukai begitu – keluarga yang baik, duit simpanan yang tinggi, dan isteri yang baik, anak perempuan yang baik, menantu perempuan yang baik. Sekiranya dalam satu keluarga ada wanita-wanita yang cantik dan terdapat kekayaan, dan bagus…, anak yang ramai, lelaki tersebut kononnya telah berjaya. Lelaki tersebut kononnya yang paling berjaya. Oleh itu dalam śāstra ia dinyatakan, “ Apakah itu kejayaan? Kejayaan yang bermula dengan perhubungan seks. Itu sahaja. Dan mengekalkannya." So yan maithunādi-gṛhamedhi-sukhaṁ hi tuccham (SB 7.9.45). Ini adalah kegembiraan kehidupan material yang bermula daripada perhubungan seks, maithunādi. Kita boleh bercerita dengan pelbagai cara , namun maithuna, kebahagiaan kehidupan seks, juga di kalangan babi-babi (hitam). Babi-babi (hitam) pun, sentiasa makan keseluruhan hari, di sini dan sana: “Manakah najis? Manakah najis?” dan mengadakan hubungan seks tanpa diskriminasi. Babi-babi (hitam) tidak mendiskriminasikan ibu, kakak ataupun anak perempuan. Oleh itu dalam sastra ia dinyatakan, “Di sini, di dunia material ini, kita terikat, kita terkurung di dunia material ini hanya untuk kehidupan seks.” Itu adalah Cupid.

Cupid adalah tuhan untuk kehidupan seks, Madana. Selagi seorang itu, apa yang dikatakan, didorong oleh Madana, the Cupid, ia tidak boleh, saya bermaksud, digembirakan dengan kehidupan seks. Dan nama Sri Kṛṣṇa ialah Madana-mohana. Madana-mohana bererti jika seorang yang tertarik kepada Sri Kṛṣṇa, dan ia akan melupakan keseronokan yang akan ia nikmati daripada kehidupan seks. Itu adalah ujiannya. Oleh itu nama Beliau (Kṛṣṇa) ialah Madana-mohana. Di sini Madana-mohana. Sanātana Gosvāmī menyembah Madana-mohana. Madana atau Mādana. Mādana bererti menjadi gila. Dan Madana, ialah Cupid. Oleh itu semua orang hilang kesabaran kerana inginkan kehidupan seks.Terdapat di banyak tempat... Di Bhāgavatam ia dinyatakan, puṁsaḥ striyā mithunī-bhāvam etat tayor mitho hṛdaya-granthim āhur. Seluruh dunia ini berterusan: lelaki tertarik kepada wanita, wanita tertarik kepada lelaki. Dan, demi daya tarikan ini, apabila mereka bersatu, penumpuan mereka untuk dunia material ini menjadi semakin lebih. Dan seperti ini, selepas bersatu, atau selepas berkahwin, suami isteri tersebut, mereka membina rumahtangga, gṛha; kṣetra, aktiviti-aktiviti, perniagaan, membina kilang ataupun bertani. Kerana seseorang itu perlu mendapatkan duit. Untuk, mendapatkan makan. Gṛha-kṣetra; suta, anak-anak, dan āpta, kawan-kawan; vitta, kekayaan. Ataḥ gṛha-kṣetra-sutāpta-vittair janasya moho 'yam (SB 5.5.8). Daya tarikan untuk dunia material ini akan semakin dan semakin bertambah. Itu disebut sebagai madana, dan tarikan oleh madana. Tetapi matlamat kita bukan untuk tertarik kepada kekilauan dunia material ini, tetapi tertarik kepada Sri Kṛṣṇa. Ini adalah pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa. Melainkan anda tertarik kepada kecantikan Sri Kṛṣṇa, jika tidak kita akan berasa puas dengan kecantikan yang palsu di dunia material ini. Oleh itu Śrī Yamunācārya bersabda: yadāvadhi mama cetaḥ kṛṣṇa-padāravindayor nava-nava-dhāma rantum āsīt: “Selagi saya tertarik dengan kecantikan Sri Kṛṣṇa dan saya sudah mula untuk menyembah tapak kaki suci Beliau, dengan itu saya menjadi semakin bersemangat, mendapat tenaga yang baru, semenjak itu, apabila saya memikirkan mengenai perhubungan seks, saya rasa ingin meludah.” Ini dikatakan sebagai vitṛṣṇā, tidak ada lagi tarikan … Keutamaan daya tarikan ini di dunia material ini adalah kehidupan seks, dan seseorang itu, apabila mengasingkan diri dari kehidupan seks... Tadāvadhi mama cetaḥ...,

yadāvadhi mama cetaḥ kṛṣṇa-padāravindayor
nava-nava-(rasa-)dhām(anudyata) rantum āsīt
tadāvadhi bata nārī-saṅgame smaryamāne
bhavati mukha-vikāraḥ suṣṭu niṣṭhīvanaṁ ca

“Apabila saya memikirkan mengenai perhubungan seks, dengan serta-merta mulut saya terjuih (rasa meluat) dan saya ingin berludah.” Oleh itu Sri Kṛṣṇa ialah Madana-mohana. Madana menarik semua orang, kehidupan seks, dan Kṛṣṇa, apabila seorang itu tertarik kepada Sri Kṛṣṇa, dan Madana akan dikalahkan. Apabila Madana dikalahkan, kita menakluk dunia material ini. Jikalau tidak, adalah sangat sukar.