MS/Prabhupada 0119 - Sang Roh Tidak Akan Luput

Revision as of 12:58, 26 March 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0119 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1968 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

Lecture on BG 2.1-10 and Talk -- Los Angeles, November 25, 1968

Prabhupāda: Ya.

Śrīmatī: Apakah sebenarnya usia sang roh, apabila sang roh meninggalkan badan, adakah seseorang itu menjadi lebih tua?

Prabhupāda: Tidak, sang roh tidak tidak berusia tua. Badan seseorang bertukar, itu adalah prosesnya. Itu akan dijelaskan,

dehino 'smin yathā dehe
kaumāraṁ yauvanaṁ jarā
tathā dehāntara-prāptir
dhīras tatra na muhyati
(BG 2.13)

Sang roh tidak akan luput. Badan akan bertukar. Itu harus difahami. Badan akan bertukar. Itu boleh difahami oleh setiap orang. Sama seperti tubuh anda ketika anda seorang anak... Seperti anak ini, tubuh badan yang lain. Apabila anak itu menjadi anak gadis muda, ia akan mempunyai tubuh badan yang lain. Namun, sang roh masih di tubuh badan apabila berada dalam keadaan seorang anak dan apabila ia telah bertukar menjadi anak gadis muda. Oleh itu, ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa sang roh tidak bertukar, tetapi badan kita bertukar. Ini adalah buktinya. Saya sedang memikirkan zaman kanak-kanak saya. Ia bererti yang saya adalah “Saya” yang sama telah wujud di zaman kanak-kanak, dan saya masih ingat di zaman kanak-kanak, saya telah melakukan ini, saya telah melakukan itu. Namun, zaman kanak-kanak tersebut telah berakhir. Itu tidak wujud lagi. Oleh itu, kesimpulannya adalah badan saya telah bertukar, namun saya tetap sama. Bukankah begitu? Ini adalah kebenaran yang mudah difahami. Maka badan ini akan bertukar, namun saya masih berada dalam keadaan kekal. Saya mungkin akan berpindah ke badan yang lain, namun ia tidak mengapa, tetapi saya masih kekal. Tathā dehāntara-prāptir dhīras tatra na muhyati (BG 2.13). Apabila badan saya sedang bertukar pada keadaan semasa, dengan cara yang serupa, pertukaran yang muktamad tidak bermakna yang saya telah mati. Saya telah bertukar ke satu lagi... Ini telah dijelaskan, vāsāṁsi jīrṇāni yathā (BG 2.22), yang saya bertukar. Ia serupa seperti sebelum saya menjadi seorang sannyāsī, saya memakai pakaian lelaki yang sopan. Sekarang saya sudah bertukar pakaian. Ia tidak bermakna saya telah mati. Tidak. Saya hanya bertukar badan, itu sahaja. Saya telah bertukar baju.