MS/Prabhupada 0084 - Jadilah Seorang Penganut Krishna

Revision as of 10:41, 19 November 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0084 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1972 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)




Lecture on BG 2.22 -- Hyderabad, November 26, 1972


Jadi cadangan kita ialah untuk menerima ilmu dari Krishna, seorang yang sempurna, Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Kita menerima sastra, bermakna yang maksum. Tiada kesilapan. Sama seperti apabila saya berjalan berhampiran kandang lembu, timbunan, timbunan najis lembu berada di sana. Jadi saya menerangkan kepada pengikut saya bahawa, jika haiwan, apa yang saya maksudkan ialah jika najis manusia ditimpakan di sini, tiada siapa yang akan datang ke sini. Tiada siapa yang akan datang ke sini. Tetapi najis lembu, terdapat begitu banyak timbunan najis lembu, namun kita dapati ia memberi nikmat untuk berjalan melaluinya. Dan dalam Veda ia berkata, "Najis lembu adalah suci." Ini dikatakan sastra. Jika anda berhujah, "Bagaimanakah ianya begitu? Ia adalah najis haiwan." Tetapi Veda, mereka....Kerana pengetahuannya adalah sempurna, iaitu walaupun dalam hujah kita tidak dapat membuktikan bagaimana najis haiwan boleh menjadi suci, tetapi ia adalah suci. Oleh itu pengetahuan Veda adalah sempurna. Dan jika kita mengambil ilmu dari Veda, kita dapat menjimatkan begitu banyak masa yang digunakan untuk siasatan atau kaji selidik. Kita amat gemar akan penyelidikan. Semuanya terdapat dalam Veda. Mengapa anda membuang masa anda?

Jadi inilah pengetahuan Veda. Pengetahuan Veda bermakna yang disabda oleh Tuhan Yang Maha Esa. Itulah pengetahuan Veda. Apauruṣeya. Ia tidak dituturkan oleh orang biasa seperti saya. Jadi, jika kita menerima pengetahuan Veda, jika kita menerima, hakikat seperti yang dinyatakan oleh Krishna, atau wakil-Nya ... Kerana wakil-Nya tidak akan berkata apa-apa yang tidak disabda oleh Krishna. Oleh itu beliau adalah wakil. Orang-orang yang sedar akan Krishna adalah wakil Krishna kerana orang yang sedar akan Krishna tidak akan berkata apa-apa yang karut, diluar jangkauan pengucapan Krishna. Itulah perbezaannya. Orang yang karut, bangsat, mereka akan bercakap di luar pengucapan Krishna. Krishna bersabda man-manā bhava mad-bhakto mad-yājī māṁ namaskuru (BG 18.65), tetapi cendekiawan bangsat akan berkata, "Tidak, ia bukannya kepada Krishna. Ia adalah sesuatu yang lain." Di manakah anda mendapat ini? Krishna secara terus terang bersabda, man-manā bhava mad-bhakto mad-yājī māṁ namaskuru (BG 18.65). Jadi mengapa anda menyimpang? Mengapa anda katakan yang berlainan: "Ia sesuatu yang berada dalam Krishna?" Anda akan dapati...Saya tidak mahu menyatakan namanya. Terdapat ramai cendekiawan yang bangsat. Mereka menafsirkannya sebegitu. Oleh itu walaupun Bhagavad-gītā adalah buku yang berpengetahuan di India, terdapat ramai orang yang telah disalah tunjuk ajar... Oleh kerana cendekiawan yang bangsat, orang yang kononnya cendekiawan ini. Ini kerana mereka salah menterjemah.

Oleh itu kita telah mempersembahkan Bhagavad-gītā Menurut Aslinya. Kṛṣṇa bersabda, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja ((BG 18.66). Kita berkata, kita sedang berdakwah untuk gerakan ini: "Jadilah berkesedaran Kṛṣṇa. Hanya menjadi seorang penganut Kṛṣṇa. Persembahkanlah rasa hormatmu..." Kamu harus memberikan penghormatan kepada setiap orang. Kamu bukanlah seorang yang maha kuasa. Kamu harus memuji seseorang untuk mendapatkan suatu perkhidmatan. Itu adalah....Bahkan jikapun kamu memiliki kedudukan yang bagus, kamu tetap harus memuji. " Bahkan jika kamu mencari seorang presiden, untuk menjadi presiden dari negaramu, kamu harus memuji para warga negaramu: "Mohon pilihlah saya. Tolonglah, saya akan memberikan anda semua banyak kemudahan.' Oleh itu anda harus memuji. Itu adalah fakta. Anda mungkin orang yang sangat besar. Namun anda harus memuji seseorang. Kamu harus menerima seorang guru. Mengapa tidak menerima Kṛṣṇa, guru yang utama? Di manakah kesulitannya? "Tidak, aku akan menerima ribuan guru kecuali Kṛṣṇa." Itu adalah falsafah kita. "Aku akan menerima ribuan cikgu kecuali Kṛṣṇa. Itu pendirianku." Jika begitu, bagaimana kamu akan berbahagia?

Kebahagiaan hanya boleh dapat dicapai hanya dengan menerima Kṛṣṇa.

bhoktāraṁ yajña-tapasāṁ
sarva-loka-maheśvaram
suhṛdaṁ sarva-bhūtānāṁ
jñātvā māṁ śāntim ṛcchati
(BG 5.29)

Ini adalah proses śānti. Kṛṣṇa bersabda bahawa anda menerima yang "Aku adalah penikmat. Engkau bukan penikmat." Anda bukan penikmat. Anda mungkin seorang presiden atau anda mungkin seorang setiausaha, anda boleh menjadi apa yang anda kehendaki. Namun anda bukan penikmat. Penikmat ialah Kṛṣṇa. Anda harus mengetahuinya. Sama seperti di anda punya.. Saya telah datang, sedang datang, hanya dengan membalas satu surat sahaja oleh "Andhra Relief Committee" (Jawatankuasa Kebajikan Andhra) Apakah jabatankuasa kebajikan ini akan buat jika Kṛṣṇa tidak berpuas hati? Hanya dengan menjana sedikit dana? Tidak, itu tidak mungkin. Sekarang sedang hujan. Anda akan mendapat manfaatnya. Namun cuaca hujan tersebut bergantung pada Kṛṣṇa, bukan pada kapasiti anda untuk menaikkan dana.