MS/Prabhupada 0089 - Cahaya Kṛṣṇa Adalah Sumber Segalanya

Revision as of 12:22, 24 November 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0089 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1976 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)




Lecture on BG 4.24 -- August 4, 1976, New Mayapur (French farm)

Penganut French : Apakah yang dimaksudkan apabila Sri Kṛṣṇa bersabda " Saya bukan berada di dalam mereka"?

Prabhupāda : Ah? "Saya bukan berada di dalam mereka" kerana anda tidak boleh melihat di sana. Kṛṣṇa akan ada, namun anda tidak boleh melihat Beliau. Anda belum begitu maju. Sama seperti contoh yang lain. Di sini, terdapat matahari di sini. Semua orang boleh merasakannya. Namun ia tidak bererti yang matahari ada di sini. Adakah ia jelas? Matahari ada di sini bererti... Sinaran matahari ada di sini bererti matahari ada di sini. Namun tetapi, anda boleh merasakan sinaran matahari, anda tidak boleh berkata " Sekarang saya telah berjaya menakluk matahari." Sinaran matahari berada di matahari, namun matahari tidak berada di sinaran matahari. Tanpa matahari, tidak ada sinaran matahari. Ia tidak bererti sinaran matahari itu adalah matahari. Pada masa yang sama, anda boleh berkata sinaran matahari adalah matahari.

Ini disebut sebagai acintya-bhedābheda, pada masa yang sama, satu dan berlainan. Dengan sinaran matahari anda boleh merasakan adanya matahari, namun jika anda boleh memasuki planet matahari, anda boleh bertemu dengan deva matahari juga. Sebenarnya, sinaran matahari tersebut adalah cahaya dari badan orang tinggal di planet matahari.

Ini diterangkan di Brahma-saṁhitā, yasya prabhā prabhavato jagad-aṇḍa-koṭi (Bs. 5.40). Dengan yang diberkaitan oleh Kṛṣṇa... Anda telah melihat cahaya Kṛṣṇa sedang datang. Itu adalah punca segala-galanya. Perluasan dari cahaya tersebut adalah brahmajyoti, dan di dalam brahmajyoti tersebut, terdapat planet-planet kerohanian, planet-planet material, dalam jumlah yang tidak terhitung, dihasilkan. Dan pada masing-masing serta setiap planet terdapat berbagai cara ia dipersembahkan. Sebenarnya, sumber sejati cahaya dari badan tersebut adalah dari cahaya Kṛṣṇa, dan cahaya daripada badan tersebut berpunca dari Kṛṣṇa.