MS/Prabhupada 0112 - Sesuatu Dinilai Melalui Hasilnya

Revision as of 06:45, 25 November 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0112 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1971 Category:MS-Quotes - Con...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)




Television Interview -- July 29, 1971, Gainesville

Wartawan : Anda datang, encik, ke negara ini di tahun 1965, sepertimana yang telah saya perkatakan, di atas perintah ataupun arahan yang diberikan oleh guru kerohanian anda. Dalam kata itu, siapakah guru kerohanian anda?

Prabhupāda: Guru kerohanian saya adalah Oṁ Viṣṇupāda Paramahaṁsa Bhaktisiddhānta Sarasvatī Gosvāmī Prabhupāda.

Wartawan : Sekarang, dalam garis perguruan ini yang telah kita berbicara sebentar tadi, rangkaian garis perguruan guru-guru kerohanian yang kembali ke zaman dahulu, ke zaman Sri Kṛṣṇa sendiri, maka, adakah guru kerohanian anda adalah guru sebelum anda?

Prabhupāda: Ya. Garis perguruan ini wujud daripada Sri Kṛṣṇa sejak 5,000 tahun dahulu.

Wartawan: Adakah guru kerohanian anda masih hidup lagi?

Prabhupāda: Tidak. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1936.

Wartawan: Oleh itu pada waktu ini, adakah anda ketua pertubuhan di dunia ini? Adakah itu betul?

Prabhupāda: Saya mempunyai ramai saudara garis seperguruan saya, namun saya telah diarah secara khusus untuk melakukan ini dari permulaannya. Oleh itu saya hanya cuba untuk memuaskan guru kerohanian saya. Itu sahaja.

Wartawan: Sekarang anda dihantar ke negara ini, ke Amerika Syarikat. Ini adalah wilayah anda. Adakah ini betul?

Prabhupāda: Wilayah saya, apakah yang telah beliau katakan, bahawa, "Anda pergi dan bercakap mengenai falsafah ini kepada orang-orang yang memahami Bahasa Inggeris."

Wartawan : Kepada dunia yang berbahasa Inggeris.

Prabhupāda: Ya. Dan khususnya di Dunia Barat. Ya. Beliau telah memberitahu saya sebegitu.

Wartawan: Apabila anda datang, encik, ke negara ini dalam 15, 16, beberapa tahun yang lalu dan memulakan...

Prabhupāda: Tidak, tidak, bukan 15, 16 tahun. Wartawan : Lima, enam tahun dahulu. Mohon maaf. Ke bahagian dunia ini, anda bukannya datang ke tempat di mana ada kekurangan keagamaan, anda tahu. Di Amerika Syarikat terdapat banyak agama, dan saya rasa masyarakat di negara ini akan percaya, di kalangan majoriti, terdapat banyak orang yang beragama, orang yang percaya terhadap Tuhan, dan mendedikasikan diri mereka terhadap sejenis ekspresi agama. Dan saya ingin memahami apa yang anda fikirkan. Apakah yang ingin anda menambah kepada ekspresi agama yang sedia ada di negara ini, dengan datang ke sini dan menambahkan falsafah anda yang tersendiri?

Prabhupāda: Ya. Apabila saya mula-mula datang ke negara ini, saya adalah tetamu kepada seorang kebangsaan India di Butler.

Wartawan: Di Pennsylvania.

Prabhupāda: Pennsylvania. Ya. Walaupun ia adalah negeri yang kecil, saya sangat senang hati kerana terdapat banyak gereja-gereja.

Wartawan: Terdapat banyak gereja. Ya. Ya.

Prabhupāda: Ya. Terdapat banyak gereja. Dan saya telah berhujah di kebanyakan gereja di sana. Tuan rumah telah mengaturkan segalanya. Oleh itu, ia bukan tujuan saya, untuk datang ke sini untuk menewaskan proses agama yang lain. Itu bukan tujuan saya. Misi kita adalah, Misi Tuhan Caitanya adalah, untuk mengajar semua orang bagaimana caranya untuk mencinta Tuhan, itu sahaja.

Wartawan: Namun di cara yang mana, encik, boleh saya bertanya, dengan cara yang mana telah anda fikirkan, dan apa yang anda fikirkan sekarang, bahawa mengajar cara untuk mencintai Tuhan yang sedang anda lakukan, ialah lain dan mungkin lebih baik daripada pengajaran mencintai Tuhan yang sedia ada di negara ini, dan telah telah dilaksanakan di dunia barat untuk berabad-abad?

Prabhupāda : Itu adalah fakta. Ini kerana kita sedang mengikuti jejak langkah Tuhan Caitanya. Beliau dianggap.. Beliau telah diterima oleh kami - berdasarkan pada kesusasteraan Veda - Beliau adalah Kṛṣṇa sendiri.

Wartawan: Tuhan yang manakah itu?

Prabhupāda: Tuhan Caitanya. Wartawan: Oh ya. Beliau telah datang lima ratus tahun dahulu ke India?

Prabhupāda: Ya. Oleh itu Beliau adalah Kṛṣṇa sendiri, dan Beliau mengajar kita bagaimana caranya untuk mencintai Kṛṣṇa. Oleh itu proses yang dikenalkan oleh Beliau adalah sepenuhnya sah. Sama seperti anda adalah pakar di bidang ini. Jika seseorang itu melakukan sesuatu, jika anda mengajarnya secara peribadi, "Sila berbuat begitu," Itu adalah sepenuhnya sah. Oleh itu kesedaran Tuhan, Tuhan sendiri sedang mengajar. Sama seperti di Bhagavad-gītā, Kṛṣṇa ialah Tuhan, Beliau bersabda mengenai diri-Nya. Dan pada kesimpulannya Beliau bersabda, "Hanya berserah dirilah kepadaKu. Aku bertanggung jawab atas dirimu." Namun orang-orang salah mengerti. Maka Tuhan Caitanya - Kṛṣṇa datang kembali, sebagai Tuhan Caitanya, untuk mengajar orang-orang bagaimana caranya untuk berserah diri. Dan kerana ini kita sedang mengikuti jejak langkah Tuhan Caitanya, kaedahnya adalah sangat mulia sehingga orang asing yang tidak mengenali Kṛṣṇa, mereka juga telah berserah diri. Kaedah ini adalah sangat kuat. Maka itu adalah tujuan saya. Kita tidak berkata bahawa "Agama ini adalah lebih baik daripada agama itu, " atau, "Proses yang saya kenalkan adalah lebih baik." Kita hanya ingin melihatnya melalui hasilnya. Di dalam bahasa Sanskrit terdapat suatu kata, phalena paricīyate. Sesuatu dinilai melalui hasilnya.

Wartawan: Sesuatu dinilai melalui...? Prabhupāda: Melalui hasilnya.

Wartawan: Oh ya.

Prabhupāda: Anda boleh berkata, Saya berkata bahawa kaedah yang saya kenalkan adalah sangat baik. Anda boleh berkata bahawa kaedah anda adalah sangat baik, namun kita harus dinilai daripada hasilnya. Itu adalah ... Bhāgavata bersabda bahawa proses keagamaan ini adalah sangat bagus apabila seseorang itu menjadi pencinta Tuhan.