MS/Prabhupada 0113 - Sangatlah Sukar Untuk Mengawal Lidah

Revision as of 09:44, 26 November 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Indonesian Pages with Videos Category:Prabhupada 0113 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1976 Category:MS-Quotes...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)




Lecture on SB 5.6.2 -- Vrndavana, November 24, 1976

Maka Raghunātha dāsa Gosvāmī telah mengikut dengan cara yang tegas, Caitanya Mahāprabhu telah mengikut dengan cara yang juga, dan Rūpa-Sanātana Gosvāmī juga telah mengikut dengan cara yang tegas juga. Bukannya apabila seseorang itu tinggal di Vṛndāvana ia memakai kain yang singkat dan terus menjadi Rūpa Gosvāmī... Rūpa Gosvāmī sangat sibuk sepenuhnya. Nānā-śāstra-vicāraṇaika-nipuṇau sad-dharma-saṁsthāpakau lokānāṁ hita-kāriṇau Mereka berada di Vṛndāvana, namun mereka selalu berfikir bagaimana untuk berbuat baik kepada masyarakat, terhadap dunia material ini. Sama seperti Prahlāda Mahārāja. Śoce tato vimukha-cetasa. Seorang Sādhu akan bertimbang rasa terhadap seorang materalistik yang telah disalah tunjuk ajar. Mereka selalu berfikir, merancang, bagaimana carakah untuk membangkitkan mereka, mereka sedang bersengsara. Itu adalah seorang sādhu. Lokānāṁ hita-kāriṇau. Sādhu, bukannya bahawa, "Saya telah bertukar pakaian seperti begitu, dan masyarakat kerana sentimen mereka akan memberikan saya roti, dan saya akan makan dan tidur." Itu bukannya seorang sādhu. sādhu... Bhagavān, Kṛṣṇa, bersabda siapakah seorang sādhu. Api cet su-durācāro bhajate mām ananya-bhāk sādhur eva sa mantavyaḥ (BG 9.30). Itu adalah seorang sādhu. Seseorang yang telah berdedikasi dirinya secara sepenuhnya untuk Kṛṣṇa, beliau adalah sādhu. Walaupun ia mempunyai tabiat-tabiat buruk... Tabiat-tabiat buruk, seorang sādhu tidak boleh ada tabiat-tabiat buruk, kerana jika seseorang itu sādhu, maka pada permulaannya jika ia mempunyai tabiat-tabiat buruk, ia harus diperbetulkan. Śaṣvad bhavati dharmātmā. Kṣipraṁ bhavati dharmātmā śaśvac-chāntiṁ nigacchati Jika ia adalah seorang sādhu, tabiat buruknya akan dibetulkan dengan secepat yang mungkin, secepat yang mungkin, bukannya ia sambung dengan tabiat yang buruknya dan juga adalah seorang sādhu. Itu tidak mungkin. Itu bukan seorang sādhu. Ini kerana tabiat buruk yang lepas, ia mungkin telah membuat kesilapan. Itu boleh dimaafkan. Namun jika ia, dengan menggunakan gelaran sebagai sādhu dan orang yang terunggul, dan masih melakukan segala benda mengarut tersebut, ia adalah seorang penipu. Ia bukan seorang sādhu. Api cet su-durācāro. Cet, yadi, jika, dengan nasib, maka ia adalah dimungkinkan. Namun jika ia mengikuti kesedaran Kṛṣṇa, maka kṣipraṁ bhavati dharmātmā śaśvac-chāntiṁ nigacchati. Pada mulanya akan ada kesilapan, tetapi kita harus lihat bahawa "Adakah kesilapan saya telah dibetulkan?" Itu harus dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan sama sekali mempercayai minda. Itu adalah arahan di sini.Minda tidak harus dipercayai. Guru Mahārāja saya telah berkata bahawa "Selepas bangun daripada tidur, ambil kasutmu dan pukul minda kamu sebanyak seratus kali. Itu adalah urusan anda yang pertama sekali. Dan apabila hendak pergi tidur, ambil batang penyapu dan pukul kepala anda seratus kali. Maka anda boleh mengawal minda anda. Jika tidak ia sangat sukar."

Maka ini adalah... Pukulan ini dengan kasut dan batang penyapu adalah juga sejenis tapasya. Untuk lelaki seperti kita, kita tidak boleh mengawal minda, kita harus mempraktikkan tapasya ini, iaitu memukul minda dengan kasut dan batang penyapu. Maka ia boleh dikawal. Dan swami bererti seorang yang boleh mengawal mindanya. Vāco-vegam, krodha-vegam, udara-vegam, upastha-vegam, manasa-vegam, krodha-vegam, etān vegān yo viṣaheta dhīraḥ pṛthivīṁ sa śiṣyāt (NOI 1). Ini adalah perintah Rūpa Gosvāmī'. Apabila kita boleh mengawal vāco-vegam... Ini adalah krandana-vegam. (gelak ketawa) Tidak boleh mengawal. Mereka tidak boleh mengawal. Oleh itu mereka adalah kanak-kanak. Seorang kanak-kanak boleh dimaafkan, namun jika seseorang itu dalam kehidupan kerohanian, tidak dapat mengawal, maka tidak ada guna. Maka ia tidak berguna. Itu harus dikawal. Vaco-vegam, krodha-vegam, udara-vegam, upastha vegam Namun yang paling penting adalah udara-vegam dan jihvā-vegam. Jihvā-vegam, ia sangat terkawal. Bhaktivinoda Ṭhākura berkata bahawa "Kita ada kesemua deria, namun di antara deria-deria tersebut, jihvā adalah paling bahaya." Tā'ra madhye jihvā ati lobhamoy sudurmati tā'ke jetā kaṭhina saṁsāre Ia adalah sangat, sangat sukar untuk mengawal lidah.