MS/Prabhupada 0114 - Seorang Yang Terhormat Yang NamaNya Ialah Kṛṣṇa, Beliau Sedang Mengawal Kesemua Orang

Revision as of 11:42, 26 November 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0114 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1972 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)




Lecture -- Laguna Beach, September 30, 1972

Di Bhagavad-gītā ia dinyatakan:

dehino 'smin yathā dehe
kaumāraṁ yauvanaṁ jarā
tathā dehāntaraṁ-prāptir
dhīras tatra na muhyati
(BG 2.13)

Anda, saya - setiap orang di antara kita - yang terperangkap di dalam badan ini. Saya adalah jiwa rohani; anda adalah jiwa rohani. Itu adalah Injunksi Veda, ahaṁ brahmāsmi: "Saya ialah Brahman." Itu bermaksud rohani. Bukan Parabrahman, jangan silap sangka. Parabrahman ialah Tuhan. Kita adalah Brahman, sebahagian daripada Tuhan, serpihan. Namun bukan Yang Maha Esa, Yang Masa Esa adalah lain. Sama seperti jika anda seorang warganegara Amerika, namun ketua Amerika adalah presiden anda, En. Nixon. Namun anda tidak boleh berkata, "Kerana saya seorang warganegara Amerika, maka saya ialah En. Nixon." Anda tidak boleh berkata begitu. Dengan cara yang serupa, anda, saya, setiap antara kita, Brahman, namun ia tidak bererti kita adalah Parabrahman. Parabrahman ialah Kṛṣṇa. Īśvaraḥ paramaḥ kṛṣṇaḥ (Bs. 5.1). Īśvaraḥ paramaḥ. Īśvara bererti pengawal. Setiap antara kita adalah pengawal di tahap yang tertentu. Seseorang itu mengawal keluarganya, mengawal pejabatnya, perniagaannya, mengawal anak muridnya. Dan pada akhirnya, ia mengawal seekor anjing. Jika ia tidak mengawal sebarang benda, ia menyimpan seekor anjing untuk dikawal, haiwan peliharaaan anjing, haiwan peliharaan kucing. Setiap orang ingin menjadi seorang pengawal. Itu adalah fakta. Namun pengawal yang Maha Esa ialah Kṛṣṇa. Dan orang yang lain kononnya pengawal, dikawal oleh orang lain juga. Saya mengawal anak murid saya, namun saya dikawal oleh orang lain, guru kerohanian saya. Oleh itu tidak ada sesiapa pun yang boleh berkata, bahawa "Saya adalah pengawal yang mutlak." Tidak. Di sini anda akan berjumpa dengan orang yang kononnya pengawal, pastinya pengawal ke tahap yang tertentu, namun ia masih dikawal juga. Namun apabila anda telah berjumpa dengan hanya Beliau seorang sahaja yang mengawal, tidak dikawal oleh orang lain, itu adalah Kṛṣṇa. Untuk memahami Kṛṣṇa adalah tidak begitu sukar. Cuba memahami bahawa setiap orang sedang mengawal, setiap antara kita, namun pada masa yang sama kita dikawal oleh orang lain. Namun jika berjumpa dengan seseorang yang terhormat yang bernama Kṛṣṇa. Beliau sedang mengawal kesemua orang, namun Beliau tidak dikawal oleh sesiapa. Itu adalah Tuhan.

īśvaraḥ paramaḥ kṛṣṇaḥ
sac-cid-ānanda-vigrahaḥ
anādir ādir govindaḥ
sarva-kāraṇa-kāraṇam
(Bs. 5.1)

Oleh itu pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah sangat saintifik, sah dan boleh difahami oleh orang yang waras. Maka jika anda berkenan dengan pertubuhan gerakan Kṛṣṇa ini, anda akan dimanfaatkan. Hidup anda akan berjaya. Tujuan hidup anda akan tercapai. Itu adalah fakta. Maka anda boleh cuba membaca kesusasteraan kita. Kita ada banyak buku-buku. Anda boleh datang ke sini dan secara praktikal anda boleh lihat bagaimana anak-anak murid kita sedang maju di pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Anda boleh belajar dengan bergaul dengan mereka. Sama seperti jika seseorang itu ingin menjadi seorang mekanik, ia harus bekerja di kilang. bergaul dengan para pekerja, para mekanik, dan secara beransuran ia akan menjadi seorang mekanik, seorang ahli teknologi. Dengan cara yang serupa, kita membuka pusat-pusat ini untuk memberi peluang kepada setiap orang. untuk belajar bagaimana untuk pulang ke rumah, pulang ke rumah, pulang..., bagaimana untuk pulang ke rumah, kembali ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa. Itu adalah misi kita. Dan ia adalah sangat saintifik dan sah, dari segi Veda. Kita telah mendapati pengetahuan ini secara langsung dari Kṛṣṇa, Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Itu adalah Bhagavad-gītā. Kita telah mempersembahkan Bhagavad-gītā menurut aslinya, tanpa komen-komen yang mengarut. Kṛṣṇa bersabda di Bhagavad-gītā bahawa Beliau adalah Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Kita meletakkan utusan yang sama, bahawa Personaliti Tuhan Yang Maha Esa ialah Kṛṣṇa. Kita tidak menukarkannya. Kṛṣṇa bersabda di Bhagavad-gītā, "Jadilah penganut-Ku. Selalu berfikir tentang-Ku. Menyembah-Ku. Besujudlah kepada-Ku. Kita mengajar kesemua orang bahawa "Anda selalu berfikir mengenai Kṛṣṇa selalu - Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa, Kṛṣṇa Kṛṣṇa, Hare Hare/ Hare Rāma, Hare Rāma, Rāma Rāma, Hare Hare. Dengan mengucapkan Hare Kṛṣṇa mantra, anda selalu akan berfikir mengenai Kṛṣṇa.