MS/Prabhupada 0133 - Saya Menginginkan Satu Anak Murid Yang Mengikuti Perintah Yang Diberikan Oleh Saya
Arrival Lecture -- San Francisco, July 15, 1975
Maka ada ketika orang memberikan saya penghargaan yang saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa di seluruh dunia. Namun saya tidak tahu yang saya adalah orang yang luar biasa. Tetapi saya tahu sesuatu, bahawa saya mengatakan apa yang Kṛṣṇa telah katakan. Itu sahaja. Saya tidak menambah, menukar. Maka saya mempersembahkan Bhagavad-gītā Menurut Aslinya. Penghargaan ini boleh saya terima, yang saya tidak menambah benda yang mengarut atau menukarkannya. Dan saya boleh lihat secara praktikal bagaimana ia telah berjaya. Saya tidak memberi sebarang rasuah kepada orang Eropah dan Amerika. Saya adalah kebangsaan India yang miskin. Saya datang ke Amerika dengan empat puluh rupee sahaja, dan sekarang saya ada 400 juta. Oleh itu tidak ada sebarang magik. Anda boleh ke belakang. Anda sedang tidur. Maka ini adalah rahsianya, secara jujur jika anda ingin menjadi seorang guru... Jika anda menipu, itu juga benda yang lain. Terdapat ramai penipu. Orang juga suka ditipu. Apabila kita berkata bahawa "Jika anda ingin menjadi anak murid saya, anda harus menghentikan empat perkara: dilarang melakukan seks terlarang, dilarang minum air teh dan merokok, dilarang makan daging dan dilarang berjudi," dan mereka mengkritik saya, "Swamijī ialah seorang yang konservatif." Dan jika saya berkata bahawa "Anda boleh melakukan semua benda yang mengarut, buatlah mengikut sesuka hati anda. Hanya terima mantra ini dan berikan kepada saya $125," itu mereka sukakan. Kerana di Amerika, $125 bukannya bernilai. Sesiapapun boleh membayar dengan segera. Oleh itu saya boleh mengumpul berjuta-juta dollar jika saya telah menipu seperti begitu. Namun saya tidak mahu berbuat begitu. Saya inginkan hanya satu anak murid yang mengikut perintah saya. Saya tidak mahu berjuta. Ekaś candras tamo hanti na ca tara-sahasrasaḥ. Jika terdapat satu bulan di langit, ia adalah cukup itu pencahayaan. Tidak ada perlunya untuk berjuta-juta bintang. Oleh itu posisi saya adalah saya ingin melihat sekurang-kurangnya seorang daripada anak murid saya menjadi penganut yang suci. Sudah pastinya, saya ada ramai penganut yang suci dan ikhlas. Itu adalah nasib baik saya. Namun, jika saya dapat sekurang-kurangnya satu anak murid sebegitu, saya akan menjadi gembira. Tidak perlunya ada bintang yang berjuta kononnya.
Oleh itu prosesnya ada di sana, dan ia sangat mudah, dan jika kita memahami segala arahan di Bhagavad-gītā dan jika kemudian jika kita belajar Śrīmad-Bhāgavatam... Ataupun jika anda tidak belajar, Caitanya Mahāprabhu telah memberikan cara yang sangat mudah. Itu telah disyorkan di dalam śāstra:
- harer nāma harer nāma harer nāmaiva kevalam
- kalau nāsty eva nāsty eva nāsty eva gatir anyathā
- (CC Adi 17.21)
Jika anda ingin belajar kesusteraan Veda, ia adalah sangat bagus. Itu adalah tapak yang kuat. Oleh itu kita ada lima puluh buku sekarang. Anda belajar. Jadilah ulama yang hebat di dalam falsafah, keagamaan, dan sosiologi. Dan segalanya terkandung di Śrīmad-Bhāgavatam, termasuk politik juga. Dan anda akan menjadi manusia yang sempurna, penuh dengan ilmu. Dan jika anda memikirkan pada ketika itu anda tidak mempunyai masa, anda bukan seorang ulama yang hebat, anda tidak boleh membaca segala buku ini, ucapkanlah Hare Kṛṣṇa. Sama ada anda akan menjadi seorang yang sempurna, atau kedua-duanya ataupun sekurang-kurangnya satu. Dan jika anda tidak boleh membaca buku-buku, ucaplah Hare Kṛṣṇa. Anda akan menjadi sempurna. Dan jika anda membaca buku dan mengucapkan Hare Kṛṣṇa, itu adalah sangat bagus. Tidak akan ada sebarang kerugian. Jika anda mengucapkan Hare Kṛṣṇa mahā-mantra tetapi tidak boleh membaca buku-buku, tidak ada sebarang kesalahan. Tidak ada sebarang kerugian. Berjapa adalah mencukupi. Namun jika anda membaca, anda akan boleh mempertahankan diri daripada pihak yang bertentangan. Itu akan membantu anda untuk berdakwah. Kerana dalam kerja berdakwah anda seharusnya menjawab banyak soalan, anda akan menemui elemen-elemen yang bertentangan, maka, jika anda adalah kukuh dalam kedudukan anda dengan membaca buku-buku, kesusasteraan Veda, maka anda akan menjadi sangat, orang yang sangat digemari oleh Kṛṣṇa. Kṛṣṇa bersabda:
- na ca tasmāt manuṣyeṣu
- kaścit me priya-kṛttamaḥ
- (BG 18.69)
- ya imaṁ paramaṁ guhyaṁ
- mad-bhakteṣu abhidhāsyati
- (BG 18.68)
Sesiapa yang berdakwah mengenai pengetahuan rahsia ini, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja (BG 18.66), jika ia mampu berdakwah pesanan ini kepada dunia, maka dengan serta merta ia menjadi sangat, sangat diakui oleh Tuhan Yang Maha Esa.