MS/Prabhupada 0148 - Kita Adalah Sebahagian Dari Tuhan

Revision as of 14:09, 3 December 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0148 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1976 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on SB 7.6.1 -- Madras, January 2, 1976

Ini adalah dharma. Sambandha, abhidheya, prayojana, benda-benda ini. Keseluruhan Veda dibahagikan kepada tiga bahagian. Sambandha, apakah perhubungan kita dengan Tuhan. Itu disebut sebagai sambandha. Dan kemudian abhidheya. Mengikut perhubungan kita, kita harus bertindak. Itu disebut sebagai abhidheya. Dan kenapa kita perlu bertindak? Kerana kita ada matlamat hidup, dan perlu mencapai matlamat hidup. Maka apakah matlamat hidup? Matlamat hidup adalah, adalah pulang ke kediaman, ke kediaman Tuhan Yang Maha Esa. Itu adalah matlamat hidup. Kita adalah sebahagian dari Tuhan. Tuhan ialah sanātana dan Beliau mempunyai tempatNya, sanātana. Paras tasmāt tu bhāvo 'nyo 'vyakto 'vyaktāt sanātanaḥ (BG 8.20). Tempat itu akan ada selalu. Dunia material ini, ia tidak akan kekal selamanya. Ia adalah bhūtvā bhūtvā pralīyate (BG 8.19). Ia dicipta pada tarikh tertentu. Sama seperti badan anda dan badan saya, ia dicipta pada tarikh yang tertentu. Dan ia akan tinggal untuk seketika. Dan ia akan membesar. Ia akan menghasilkan zuriat. Dan apabila kita berusia tua, ia akan merosot, dan terus lenyap. Ini disebut sebagai ṣaḍ-vikāra, apa-apa yang material. Namun terdapat benda semulajadi yang lain di mana tiada ṣaḍ-vikāra. Itu adalah kekal. Itu disebut sebagai sanātana-dhāma. Dan jīva, kita adalah para makhluk hidup, kita juga dihuraikan sebagai kekal. Na hanyate hanyamāne śarīre (BG 2.20). Dan Tuhan juga disebut sebagai sanātana. Dan situasi kita yang sebenar ialah kita adalah sanātana, Kṛṣṇa ialah sanātana, dan Kṛṣṇa ada tempat Beliau, sanātana. Apabila kita pulang kepada sanātana-dhāma dan tinggal dengan sanātana yang utama, Kṛṣṇa... Dan kita juga adalah sanātana. Dan proses di mana kita mencapai matlamat tertinggi di hidup, disebut sebagai sanātana-dharma. Kita sedang melaksanakan sanātana-dharma.

Maka sanātana-dharma dan bhāgavata-dharma adalah benda yang sama. Bhāgavata, Bhagavān. Daripada perkataan Bhagavān, bhāgavata telah muncul. Dan bhāgavata-dharma ini telah dijelaskan oleh Śrī Caitanya Mahāprabhu. He says, jīvera svarūpa haya nitya kṛṣṇa dāsa (Cc. Madhya 20.108-109). Kita adalah hamba kekal bagi Sri Kṛṣṇa. Ini adalah. Namun sekarang, akibat daripada perhubungan material kita, bukannya kita menjadi hamba kepada Tuhan, atau Kṛṣṇa, tetapi kita telah menjadi hamba kepada banyak benda, māyā dan oleh itu kita sedang bersengsara. Kita tidak rasa puas hati. Tidak menjadi. Ia tidak dapat disesuaikan. Sama seperti jika anda mengambil satu skru daripada satu mesin. Jika skru tersebut terkeluar ia tidak mempunyai sebarang nilai. Namun jika skru yang sama, dipasang pada mesin atau mesin itu tidak dapat berfungsi kerana skru tersebut, ia berada dalam keadaan yang terganggu, maka anda ambil skru yang sama dan pasangkannya, dan mesin itu berfungsi dan skru itu menjadi bernilai. Maka kita adalah sebahagian dari Tuhan, Kṛṣṇa. Mamaivāṁśo jīva-bhūtaḥ (BG 15.7), Beliau bersabda, Kṛṣṇa. Sekarang kita dipisahkan. Kita telah jatuh. Contoh yang lain adalah sama seperti api yang besar dan percikan api. Dan percikan api adalah juga api asalkan ia bersama dengan api yang besar. Dan jika percikan api tersebut terkeluar daripada api yang besar, maka ia akan padam. Oleh itu tidak apa kualiti api. Namun jika anda mengambilnya sekali lagi dan meletakkan ke dalam api yang besar, ia menjadi percikan api semula.

Maka kedudukan kita adalah seperti itu. Dalam satu cara atau lain, kita telah datang ke dunia material ini. Walaupun kita adalah partikel kecil, bahagian serpihan Tuhan Yang Maha Esa, kerana kita berada di dunia material ini kita telah melupakan perhubungan kita dengan Tuhan, dan kita.. Manaḥ-ṣaṣṭhānīndriyāṇi prakṛti-sthāni karṣati (BG 15.7) Kita sedang berjuang dengan hukum alam dunia, dan banyak benda yang lain Di sini kita sedang berkhidmat kerana kita adalah hamba yang kekal. Tetapi kerana kita telah menghentikan khidmat kepada Tuhan Yang Maha Esa, kita telah menjadi hamba kepada banyak benda yang lain. Namun tidak ada siapa yang berpuas hati, seperti mana Hakim Yang Terhormat telah berkata, tidak ada sesiapa yang berpuas hati. Itu adalah satu fakta. Tidak boleh berpuas hati. TIdak boleh berpuas hati kerana pada dasarnya kita adalah hamba Tuhan. tetapi kita telah ditempatkan di dunia material ini untuk melayan banyak benda lain yang tidak sesuai. Oleh itu kita sedang membuat rancangan untuk berkhidmat. Ini disebut sebagai rekaan fikiran. Manaḥ-ṣaṣṭhānīndriyāṇi prakṛti-sthāni karṣati (BG 15.7). Suatu perjuangan, ia adalah suatu perjuangan.