MS/Prabhupada 0311 - Kita Memberikan Cahaya Yang Baru - Meditasi Akan Gagal, Jadi Lakukanlah Hal Ini
Lecture -- Seattle, October 2, 1968
Kanak-kanak: Hmmm, apabila Tuhan Buddha berasa di sini, adakah beliau telah duduk dan bermeditasi?
Prabhupāda: Ya Kanak-kanak: Baik, saya telah berfikir yang di zaman ini kita tidak boleh bermeditasi, tetapi Tuhan Buddha, anak kepada Tuhan, beliau bermeditasi.
Prabhupāda: Ya. Kanak-kanak: Tetapi bukankah itu zaman Kali Yuga?
Prabhupāda: Ya. Kanak-kanak: Jadi benar?
Prabhupāda: Ya. Kanak-kanak: Jadi bagaimana anda boleh bermeditasi?
Prabhupāda: Bagus sekali (gelak ketawa) Jadi kita baik dibandingkan dengan Buddha. Kita berkata bahawa bermeditasi itu adalah mustahil. Kamu faham? Kamu mengerti sekarang? Tuhan Buddha bersabda, "Bermeditasi," tetapi pengikut Tuhan Buddha tidak boleh melakukannya. Mereka gagal. Kita memberikan cahaya yang baru itu, yang "Meditasi akan gagal. Jadi lakukan ini." Adakah ia jelas? Ya. Jika seseorang telah berkata kepada kamu sesuatu, dan kamu telah gagal, maka saya berkata, "Kamu tidak perlu membuat itu. Buat yang ini. Ini adalah baik." Sama sepertimana kamu adalah seorang kanak-kanak, kamu tidak boleh bermeditasi, tetapi kamu boleh menari dan berucap Hare Kṛṣṇa. Tuhan Buddha mengetahui yang mereka tidak boleh bermeditasi. Kamu adalah budak lelaki yang sangat pintar. Namun untuk menghentikan kegiatan mereka yang mengarut, beliau berkata, "Duduk. Dan Bermeditasi." Itu sahaja (gelak ketawa) Sama seperti seorang budak lelaki yang nakal, dia akan menimbulkan kekacauan. Ibu bapanya berkata, "Anakku John yang dikasihi, kamu duduklah sini." Dia tahu yang dia tidak boleh duduk, tetapi dia akan tetap duduk untuk seketika. Ayahnya tahu yang dia tidak akan duduk, tetapi ia adalah untuk menghentikan dia daripada melakukan benda-benda nakal untuk seketika. Baiklah. Ucapkan Hare Kṛṣṇa.