MS/Prabhupada 0003 - Lelaki Adalah Juga Wanita
Lecture on SB 6.1.64-65 -- Vrndavana, September 1, 1975
- tām eva toṣayām āsa
- pitṛyeṇārthena yāvatā
- grāmyair manoramaiḥ kāmaiḥ
- prasīdeta yathā tathā
- (SB 6.1.64)
Jadi selepas melihat perempuan itu, dia telah bertafakur selalu, dua puluh empat jam, tentang subjek, keinginan menaruh hawa nafsu. Kāmais Tais tair Hrta-jñānāḥ (BG 7.20). Apabila seseorang menaruh hawa nafsu, maka seseorang itu menjadi kehilangan semua kepintaran. Seluruh dunia sedang berlaku atas dasar keinginan menaruh hawa nafsu. Ini adalah dunia yang materialistik. Dan kerana saya menaruh hawa nafsu, anda menaruh hawa nafsu, setiap seorang daripada kita, jadi sebaik sahaja keinginan saya tidak dipenuhi, keinginan anda tidak dipenuhi, maka saya menjadi musuh anda, anda menjadi musuh saya. Saya tidak boleh melihat anda membuat perkembangan yang sangat baik. Anda tidak boleh melihat saya membuat perkembangan yang sangat baik. Ini adalah dunia materialistik, iri hati,keinginan menaruh hawa nafsu, kama, krodha, lobha, moha, mātsarya. Ini merupakan asas dunia materialistik ini.
Jadi dia menjadi... Latihan ini adalah bahawa dia telah melatih untuk menjadi seorang brahmana, samo, dama, tetapi perkembangan tersebut menjadi penyekatan disebabkan berkaitan dengan wanita. Oleh sebab itu menurut tamadun Vedik, wanita itu diterima sebagai penghalang kepada kemajuan rohani. Keseluruhan tamadun asas adalah bagaimana untuk mengelakkan ... Wanita ... Anda jangan fikir bahawa hanya wanita adalah wanita. Lelaki juga adalah wanita. Jangan berfikir bahawa wanita itu dikutuk; orang lelaki bukan. Wanita bermaksud dinikmati, dan lelaki bermakna menikmatinya. Jadi perasaan ini, perasaan ini dikutuk. Jika saya melihat seorang wanita untuk dinikmati, jadi saya ialah seorang lelaki. Dan jika seorang wanita juga melihat lelaki lain untuk dinikmati, dia juga adalah seorang lelaki. Wanita bermaksud dinikmati dan lelaki bermaksud menikmatinya. Oleh sebab itu sesiapa yang telah mendapat rasa kenikmatan, dia dianggapkan sebagai seorang lelaki. Jadi di sini kedua-dua jantina dimaksudkan untuk... Semua orang merancang, "Bagaimanakah saya akan menikmati?" Oleh sebab itu dia purusa, buatan. Jika tidak, pada asalnya, kita semua prakṛti, jiva, sama ada wanita atau lelaki. Ini adalah pakaian di luaran.