MS/Prabhupada 0072 - Kegiatan Hamba Adalah Penyerahan Diri

Revision as of 18:29, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on CC Madhya-lila 20.108-109 -- New York, July 15, 1976

Maka tiada sesiapa yang boleh menjadi tuan. Itu tidak mungkin. Anda akan dapati dalam arahan ini, ekale īśvara kṛṣṇa āra saba bhṛtya (CC Adi 5.142). Hanya Krishna sahaja tuan, dan semua orang adalah hamba. Inilah kedudukan kita, yang sebenarnya. Tetapi kita berpura-pura cuba untuk menjadi tuan. Itulah perjuangan untuk hidup. Kita mencuba untuk sesuatu yang bukannya kita. Kita tahu perkataan ini, "perjuangan untuk hidup", "penerusan hidup oleh yang paling kuat." Jadi inilah perjuangannya. Kita bukannya tuan, namun,kita masih mencuba untuk menjadi tuan. Falsafah Māyāvāda, mereka juga menjalani pertapaan yang sangat dashyat, tetapi apakah ideanya? Ideanya adalah iaitu "Saya akan menjadi satu dengan Tuhan." Kesilapan yang sama. Kesilapan yang sama. Beliau bukan Tuhan, tetapi beliau cuba untuk menjadi Tuhan. Walaupun beliau telah melakukan begitu banyak pertapaan yang dashyat, vairāgya, penolakan, segala-galanya ... Kadang-kadang mereka melepaskan segala kenikmatan material (jasmani), pergi ke hutan, menjalani pertapaan yang dashyat. Apakah ideanya? "Sekarang aku akan menjadi satu dengan Tuhan." Kesilapan yang sama.

Jadi mayā adalah sangat kuat, iaitu kesilapan-kesilapan ini berterusan walaupun seseorang kononnya sangat maju dalam hal-hal rohani. Tidak. Oleh itu Caitanya Mahāprabhu dengan serta merta menyebut perkara yang utama dalam arahan-Nya. Itulah falsafah Caitanya Mahāprabhu. Di mana Krishna bersabda perkataan terakhir, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja.. (BG 18.66). Beliau bersabda tentang kedudukan; Beliau adalah Krishna, Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa. Beliau bertanya, menuntut, "Anda yang si keparat, lepaskanlah segala-galanya. Serahlah kepada-Ku. Baharu kemudian anda akan gembira." Inilah arahan terakhir Bhagavad-gītā. Caitanya Mahāprabhu, Krishna yang sama tetapi perlakuannya adalah sebagai seorang penyembah Krishna; oleh itu, Beliau bersabda perkara yang sama. Krishna bersabda, "Anda serahkan diri," dan Caitanya Mahāprabhu bersabda bahawa "Setiap makhluk hidup adalah hamba Krishna." Ini bermakna beliau mesti menyerah diri. Kegiatan hamba adalah untuk menyerahkan diri, bukannya berhujah dengan tuan atau untuk mendakwa bahawa "Aku sama dengan mu." Ini semua adalah fanatik, cadangan gila.

piśācī pāile yena mati-cchanna haya
māyā-jīvera se dāsa upajaya

Seorang hamba tidak boleh menjadi seorang tuan. Itu tidak mungkin. Tetapi sebaik sahaja ... Selagi kita berterusan dengan konsep hidup yang salah, bahawa "Aku bukan tuan ; Aku ini hamba," (tersilap) er, "Aku bukan hamba; Aku ini tuan," maka beliau akan menderita. Mayā akan memberinya penderitaan. Daivī hy eṣā. Sama seperti penjenayah, penyangak dan pencuri, mereka menentang perintah kerajaan: "Aku tidak peduli akan kerajaan." Tetapi itu bermakna beliau dengan secara sukarela menerima penderitaan. Beliau perlu mengikut undang-undang kerajaan. Jika beliau tidak mengikut, menentangnya, maka beliau akan dimasukkan ke dalam penjara i dan dengan paksaan, dengan pemukulan, dengan hukuman,beliau harus menerima: ". Ya, ya, saya terima"

Maka inilah māyā. Daivī hy eṣā guṇamayi mama māyā duratyayā (BG 7.14). Kita berada di bawah pemerintahan māyā. Prakṛteḥ kriyamāṇāni guṇaiḥ karmāṇi sarvaśaḥ (BG 3.27). Mengapa? Kerana kita mengisytiharkan kita tuan. Hamba mengisytiharkan dirinya untuk menjadi tuan; oleh itu adanya penderitaan. Dan sebaik sahaja kita menerima bahawa "Aku bukannya tuan; Aku adalah hamba," maka tidak akan ada penderitaan. Falsafah yang sangat mudah. Itulah mukti. Mukti bermakna datang ke pemahaman yang betul. Itulah mukti. Mukti ditakrifkan dalam Śrīmad-Bhāgavatam, muktir hitvā anyathā rūpaṁ svarūpeṇa vyavasthitiḥ (SB 2.10.6). Mukti bermakna untuk melepaskan kegiatan yang karut ini, anyathā. Beliau adalah hamba, tetapi beliau berfikir belaiu adalah tuan. Itulah anyatha, sebaliknya. Oleh itu, apabila beliau melepaskan konsep hidup yang bertentangan bahawa dirinya adalah tuan, maka beliau adalah mukti; dengan segeranya beliau dibebaskan. Mukti tidak mengambil begitu banyak masa bahawa perlunya untuk menjalani begitu banyak pertapaan yang dashyat dan pergi ke hutan dan pergi ke Himalaya dan bermeditasi dan tekan hidung anda dan banyak perkara. Ia tidak memerlukan begitu banyak perkara. Anda hanya perlu memahami perkara biasa, iaitu "Aku adalah hamba Krishna" - dengan segeranya anda menjadi mukta. Itulah yang dimaksudkan dengan mukti seperti yang dihuraikan dalam Śrīmad-Bhāgavatam. Muktir hitvā anyathā rūpaṁ svarūpeṇa avasthitiḥ. Sama seperti walaupun penjenayah berada dalam penjara, jika beliau bertunduk patuh bahawa "mulai saat ini aku akan mematuhi undang-undang. Aku kemudiannya akan taat mematuhi undang-undang kerajaan, " maka kadang-kadang beliau akan dilepaskan awal kerana pengisytiharannya. Oleh itu, kita dengan segeranya akan dibebaskan dari penjara kehidupan material ini jika kita menerima pengajaran Caitanya Mahāprabhu, jīvera svarūpa haya nitya kṛṣṇera dāsa (CC Madhya 20.108-109).