MS/Prabhupada 0030 - Krishna Hanya Menikmati

Revision as of 13:26, 24 March 2016 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0030 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1970 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

Sri Isopanisad, Mantra 2-4 -- Los Angeles, May 6, 1970

"Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, walaupun kekal di tempat tinggal-Nya, Beliau lebih pantas daripada fikiran dan boleh mengatasi semua lain yang berlari. Para dewa yang berkuasa tidak boleh mendekati-Nya. Walaupun di satu tempat, Beliau mempunyai kawalan ke atas mereka yang membekalkan udara, hujan. Beliau mengatasi segala -gala dengan cemerlangnya. " Ini juga disahkan dalam Brahma-saṁhitā: goloka eva nivasaty akhilātma-bhūtaḥ (Bs. 5.37 )Kṛṣṇa, walaupun Beliau sentiasa berada di Goloka Vṛndāvana, Beliau tiada apa untuk diperlakukan Beliau hanya menikmati ditemani oleh para rakan-Nya iaitu para gopī dan budak-budak lelaki yang mengembala lembu, Ibu-Nya, Ayahanda-Nya. Bebas, penuh dengan kebebasan. Dan rakan-rakan-Nya, mereka lebih bebas. Kerana apabila rakan-rakan-Nya di dalam keadaan bahaya, Kṛṣṇa berasa risau bagaimana untuk menyelamatkan mereka, tetapi rakan-rakan-Nya, mereka tidak berkerisauan. "Oh, adanya Kṛṣṇa." Lihat ini. (Ketawa kecil) Rakan-Rakan-Nya, mereka tidak berasa risau. Mana-mana, apa-apa yang berlaku, anda akan membaca dalam buku Kṛṣṇa- begitu banyak bahaya. Kanak-kanak lelaki, bersama dengan Kṛṣṇa, mereka setiap hari keluar dengan anak-anak lembu dan lembu-lembu dan bermain di hutan di tebing Yamunā, dan Kaṁsa akan menghantar beberapa syaitan untuk memusnahkan mereka. Jadi anda telah melihat, anda akan melihat juga gambar-gambarnya. Maka mereka hanya menikmati kerana mereka begitu berkeyakinan. Itulah kehidupan rohani. Avaśya rakṣibe kṛṣṇa viśvāsa pālana. Keimanan sebegini kuat, bahawa "Dalam keadaaan bahaya sebagaimanapun, Kṛṣṇa akan menyelamatkan ku," inilah penyerahan diri. Terdapat enam fasa dalam penyerahan diri. Perkara pertama ialah kita harus menerima apa yang mengalakkan bhakti; kita akan menolak segala apa jua yang tidak mengalakkan bhakti. Dan seterusnya adalah untuk memperkenalkan diri dengan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Tuhan. Sama seperti Kṛṣṇa yang mempunyai ramai rakan-rakan, anda boleh...Itu akan, pasti...Bukan berpura-pura. Apabila anda semakin meningkat dalam bhakti anda akan faham hubungan anda dengan Kṛṣṇa. Kemudiannya, jika anda memperkenalkan diri dalam hubungan itu, kemudian peringkat seterusnya adalah keyakinan bahawa "Kṛṣṇa akan memberikan aku perlindungan." Sebenarnya, Beliau memberikan perlindungan kepada semua orang. Itu adalah fakta. Tetapi dalam khayalan kita berfikir bahawa kita melindungi diri kita, kita bekalkan diri kita. Tidak. Itu bukan fakta.