MS/Prabhupada 0038 - Pengetahuan Datangnya Dari Veda

Revision as of 05:23, 13 April 2016 by Subhadatri (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0038 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1975 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

Lecture on BG 7.1 -- Hong Kong, January 25, 1975

Kini, Kṛṣṇa berada di sana. Kita mempunyai gambar Krishna, foto Krishna, tempat beribadat untuk Krishna, kepelbagaian yang berkaitan dengan Krishna. Ia bukan rekaan. Ia bukan khayalan, sebagaimana yang difikiri oleh ahli falsafah Māyāvādī , iaitu "Anda boleh bayangkan dalam fikiran anda." Tidak. Tuhan tidak boleh dibayangkan. Itu kebodohan yang lain. Bagaimana anda boleh membayangkan Tuhan? Maka Tuhan akan menjadi isi kandungan imaginisai anda. Beliau tiada kebenaran. Itu bukannya Tuhan. Apa yang kita bayangkan, itu bukannya Tuhan. Tuhan berada di hadapan mu, Krishna. Beliau datang ke planet ini. Tadātmānaṁ sṛjāmy aham, sambhavāmi yuge yuge. Maka sesiapa yang pernah melihat Tuhan, anda harus mendapatkan maklumat daripada mereka.

tad viddhi praṇipātena
paripraśnena sevayā
upadekṣyanti te jñānaṁ
jñāninas tattva-darśinaḥ
(BG 4.34)

Tattva-darśinaḥ. Melainkan anda telah melihat-Nya, bagaimana anda dapat memberikan maklumat yang sebenarnya kepada orang lain? Oleh itu Tuhan boleh dilihat, bukan hanya kelihatan dalam sejarah. Dalam sejarah, apabila Krishna masih berada di planet ini, sejarah pertempuran Kurukṣetra di mana Bhagavad-gītā disabda, itu adalah fakta sejarah. Oleh itu, kita juga boleh melihat Bhagavān Śrī Kṛṣṇa melalui sejarah dan juga melalui sastera.

Śāstra-cakṣusā. Sama seperti pada masa kini, Krishna tidak berada secara fizikalnya, tetapi kita faham melalui sastera apa itu Krishna. Jadi sastra-cakṣusā. Sastera...Sama ada anda dapatkannya melalui penanggapan secara langsung atau melalui sastera... Penanggapan melalui sastera adalah lebih baik dari penanggapan secara langsung. Oleh yang demikian pengetahuan kita, iaitu sesiapa yang mengikuti prisip-prinsip Veda, pengetahuan mereka datangnya dari Veda. Mereka tidak mereka-reka sebarang pengetahuan. Jika sesuatu perkara difahami melalui keterangan Veda, itu adalah hakikat. Maka Krishna difahami melalui Veda. Vedaiś ca sarvair aham eva vedyaḥ (BG 15.15). Itu telah dihuraikan dalam Bhagavad-gītā. Anda tidak boleh bayangkan Krishna. Jika sesiapa mengatakan bahawa "Saya membayangkan," itu adalah sifat keparat. Anda harus melihat Krishna melalui Veda. Vedaiś ca sarvair aham eva vedyaḥ (BG 15.15). Itulah tujuan mempelajari Veda. Oleh itu ia dikatakan Vedānta. Pengetahuan mengenai Krishna adalah Vedānta