MS/Prabhupada 0047 - Krishna Adalah Yang Mutlak

Revision as of 08:11, 24 April 2016 by Subhadatri (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0047 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1973 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

Lecture on BG 7.1 -- Upsala University Stockholm, September 8, 1973

Terdapat beberapa jenis sistem yoga, bhakti-yoga, jñāna-yoga, karma-yoga, haṭha-yoga, dhyāna-yoga. Terdapat pelbagai yoga. Tetapi bhakti-yogalah yang paling unggul. Itu telah dihuraikan dalam bab yang lepas. Kini, saya sedang membaca Bab Ketujuh. Pada akhir Bab Keenam, Kṛṣṇa bersabda:

yoginām api sarveṣāṁ
mad-gatenāntar-ātmanā
śraddhāvān bhajate yo māṁ
sa me yuktatamo mataḥ
(BG 6.47)

Yoginām api sarveṣām. Barang sesiapa yang mengamalkan sistem yoga, beliau dikatakan yogi. Maka Kṛṣṇa bersabda, yoginām api sarveṣām: "Daripada kesemua yogi..." Saya telah nyatakan. Terdapat pelbagai jenis yogi. "Daripada kesemua yogi..." Yoginām api sarveṣām. Sarveṣām bermakna "daripada kesemua yogi." Mad-gatenāntar-ātmanā: "Seseorang yang berfikir tentang-Ku dalam dirinya sendiri." Kita boleh berfikir mengenai Kṛṣṇa. Kita mempunyai bentuk rupa Kṛṣṇa. Dewa Kṛṣṇa , yang kita memuja. Jadi jika kita sibukkan diri dalam ibadah kepada Ilahi, dalam bentuk rupa Krishna, yang tiada bezanya dengan Krishna, atau dalam ketiadaan Dewa, jika kita berzikir nama suci Krishna, itu juga adalah Krishna. Abhinnatvān nāma-nāminoḥ (CC Madhya 17.133). Kṛṣṇa adalah Yang Mutlak. Oleh itu, tiada bezanya di antara Tuhan dan nama-Nya. Tiada perbezaan di antara Beliau dan bentuk rupa-Nya. Tidak ada perbezaan di antara Tuhan dan gambar-Nya. Tidak ada perbezaan di antara Tuhan dan topik mengenai-Nya. Apa-apa mengenai Krishna adalah Krishna. Ini disebut pengetahuan yang mutlak. Jadi sama ada anda mengucapkan nama Krishna atau anda memuja bentuk rupa Krishna - semuanya adalah Krishna.

Jadi terdapat pelbagai kegiatan dalam bhakti.

śravaṇaṁ kīrtanaṁ viṣṇoḥ
smaraṇaṁ pāda-sevanam
arcanaṁ vandanaṁ dāsyaṁ
sakhyam ātma-nivedanam
(SB 7.5.23)

Anda cuma perlu mendengar mengenai Krishna. Pendengaran itu menjadi Krishna. Sama seperti tadi kita cuba untuk mendengar mengenai Krishna. Maka pendengaran itu juga Krishna. Lelaki- lelaki dan wanita-wanita ini, mereka berzikir. Zikiran itu juga adalah Krishna. Śravaṇaṁ kīrtanam. Kemudiannya smaraṇam. Apabila anda berzikir nama Krishna, jika anda mengingati gambar Krishna, itu juga adalah Krishna. Atau anda melihat gambar Krishna. Itu juga adalah Krishna. Anda melihat Dewa Krishna. Itu adalah Krishna. Anda belajar sesuatu mengenai Krishna.

Itu juga adalah Krishna. Apa jua pun,

śravaṇaṁ kīrtanaṁ viṣṇoḥ
smaraṇaṁ pāda-sevanam
arcanaṁ vandanaṁ dāsyaṁ
sakhyam ātma-nivedanam
(SB 7.5.23)


Mana-mana sembilan kegiatan, jika anda mempraktikannya, anda boleh terus menghubungi Krishna. Sama ada anda menerima kesemua sembilan kegiatan atau lapan atau tujuh atau enam atau lima atau empat atau tiga atau dua, sekurang-kurangnya satu, jika anda tegar mengikutinya dan ... Berkenaan zikiran ini. Ia tidak memerlukan sebarang perbelanjaan. Kita berzikir di seluruh dunia. Sesiapa pun boleh berzikir dengan hanya mendengari kita. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran . Dan jika anda berzikir, tidak ada sebarang kerugian di pihak anda. Jadi ... Tetapi jika anda melakukannya, dengan segera anda dapat menghubungi Krishna. Itulah manfaatnya. Dengan serta-merta. Kerana nama Krishna dan Krishna adalah tidak...

Abhinnatvān nāma-nāminoḥ (CC Madhya 17.133). Inilah penerangan dalam kesusasteraan Veda. Abhinnatvān nāma-nāminoḥ. Nāma cintāmaṇiḥ kṛṣṇaḥ. Nama Krishna adalah cintāmaṇi. Cintāmaṇi bererti rohani Cintāmaṇi-prakara-sadmasu kalpa-vṛkṣa-lakṣāvṛteṣu (Bs. 5.29). Inilah penerangan Veda. Di mana Krishna mendiami, tempat itu dihuraikan. cintāmaṇi-prakara-sadmasu kalpa-vṛkṣa-lakṣāvṛteṣu surabhīr abhipālayantam (Bs. 5.29). Maka nāma, nama suci Krishna, ia juga adalah cintāmaṇi, bersifat rohani. Nāma cintāmaṇiḥ kṛṣṇaḥ. Beliau adalah Kṛṣṇa yang sama, satu orang. Nāma cintāmaṇiḥ kṛṣṇaś caitanya (CC Madhya 17.133). Caitaya bermakna tidak mati, tetapi makhluk yang hidup. Anda akan mendapat manfaat yang sama dengan berzikir nama-Nya, seperti yang akan anda dapat apabila anda bercakap dengan Krishna secara peribadi. Itu juga berkemungkinan. Tetapi ia akan direalisasikan secara beransur-ansur. Nāma cintāmaṇiḥ kṛṣṇaś caitanya-rasa-vigrahaḥ. Rasa-vigraha bermakna keseronokan, wadah kesemua keseronokan. Apabila anda berzikir Hare Kṛṣṇa, secara beransur-ansur anda akan menikmati kebahagiaan rohani. Sama seperti lelaki-lelaki dan wanita-wanita ini, sambil berzikir, mereka menari dalam kegembiraan. Tiada sesiapa yang boleh mengikuti mereka. Tetapi mereka bukannya orang gila yang hanya berzikir. Sebenarnya, mereka mendapat sedikit sebanyak kebahagiaan, kebahagiaan rohani. Oleh sebab itu mereka menari. Itu bukannya jenis tarian yang ditarikan oleh penduduk asli Amerika. Tidak. Ia adalah benar-benar tarian rohani, tarian yang ditarikan oleh roh. Jadi ... Oleh itu, Beliau dikatakan rasa-vigraha, wadah kesemua keseronokkan.

Nāma cintāmaṇiḥ kṛṣṇaś caitanya-rasa-vigrahaḥ pūrṇaḥ (CC Madhya 17.133). Purna, lengkap. Bukannya satu peratus kurang daripada Krishna. Tidak. Seratus peratus adalah Krishna. Lengkap sepenuhnya. Pūrṇa. Pūrṇa bererti lengkap sepenuhnya. Pūrṇaḥ śuddhaḥ. Śuddha bererti disucikan. Terdapat pencemaran di dunia material. Material, apa jua nama yang anda berzikir, kerana ia tercemar secara material, anda tidak boleh teruskannya untuk masa yana lama. Ini adalah satu lagi pengalaman. Tetapi zikiran mantera Hare Krishna ini, walaupun anda berzikir selama dua puluh empat jam, anda tidak akan merasa letih. Itulah ujiannya. Anda teruskan dengan berzikir. Lelaki-lelaki ini boleh berzikir selama dua puluh empat jam, tanpa bermakan, tanpa berminum. Ianya indah sekali. Kerana ia adalah sepenuhnya lengkap, bersifat rohani, śuddha. Suddha bermakna suci. Tidak tercemar secara material. Keseronokan material, apa-apa keseronokan...Keseronokan yang tertinggi di dunia material adalah seks. Tetapi anda tidak boleh menikmatinya selama dua puluh empat jam. Ia tidak mungkin. Anda boleh menikmatinya selama beberapa minit. Itu sahaja. Walaupun anda dipaksa untuk menikmatinya, anda akan menolaknya: "Tidak, tiada lagi." Itulah yang dikatakan material. Tetapi rohani bererti tiada pengakhiran. Anda boleh sentiasa menikmatinya, selama dua puluh empat jam. Itulah kenikmatan rohani. Brahma-saukhyam anantam (SB 5.5.1). Anantam. Anantam tiada pengakhiran.