Keistimewaan Śrī Caitanya Mahāprabhu adalah bahawa Beliau terbiasa mengajukan hujah-hujah yang amat kuat dan Beliau terbiasa mengalahkan lawan-lawannya sedemikian rupa sehingga mereka merasa sangat puas. Mereka tidak menjadi saling bermusuhan. Dan hal itu diperkuat dengan bukti-bukti dari śāstra. Bukan hanya sekadar 'argumentum-ad-vaculum.' Beliau mengajukan alasan-alasan serta bukti-bukti yang masuk akal dari śāstra serta kitab suci. Sarva-straāstra khaṇḍi' prabhu bhakti kare sāra. Dan hal indah lainnya adalah bahawa Beliau mengalahkan semua hujah lain yang bertentangan dengan pelayanan bhakti. Beliau hanya menegakkan bahawa, 'Tuhan adalah Maha Mulia dan kita dimaksudkan untuk melaksanakan pelayanan kepadaNya.'
|