MS/690509 Kuliah - Srila Prabhupada Menyampaikan Setitis Nektar
MS/Malay - Titisan Nektar dari Srila Prabhupada |
Advaita berarti Kṛṣṇa memperluas diriNya. Kṛṣṇa dapat memperluaskan diriNya, maka demikianlah Tuhan. Sama halnya seperti ketika aku sedang duduk di sini dan kamu juga sedang duduk di sini. Misalkan kamu dikehendaki oleh beberapa kerabatmu di rumah dan jika seseorang menanyakan bahawa, “Adakah Tuan XXX ada di rumah?” maka jawapannya seperti ini ... “Tidak. Dia tidak ada di rumah.” Kṛṣṇa tidaklah seperti itu. Kṛṣṇa, goloka eva nivasaty akhilātma-bhūtaḥ (BS 5.37). Beliau hadir di mana-mana. Bukanlah kerana Kṛṣṇa sedang berbicara dengan Arjuna di medan perang Kurukṣetra, lalu kerana itu Beliau tidak ada di Goloka atau di Vaikuṇṭha, ... tidak hanya di Goloka, di Vaikuṇṭha, tapi di mana-mana. Kamu akan menemukan di Bhagavad-gītā, bahawa Kṛṣṇa juga ada di sini, saat sekarang ini. Īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ hṛd-deśe arjuna tiṣṭhati ( BG 18.61). Kṛṣṇa ada di dalam hati semua orang. Ada Kṛṣṇa di dalam hatimu, ada Kṛṣṇa di dalam hatiku dan di dalam hati semua orang.
|
690509 - Kuliah BG 04.01-2 - Columbus |