MS/Prabhupada 0001 - Mengembangkannya ke Sepuluh Juta
Lecture on CC Adi-lila 1.13 -- Mayapur, April 6, 1975
Prabhupada: Chaitanya Mahaprabhu bersabda kepada kesemua acharyanya... Nityananda Prabhu, Advaita Prabhu dan Srivasadi-gaura-bhakta-vrnda, merekalah yang menyebarkan arahan Sri Chaitanya Mahaprabhu. Keseluruhannya cubalah ikut tunjuk ajar daripada proses acharya. Maka matlamat kehidupan ini akan dicapai. Dan untuk menjadi acarya bukannya sukar sangat. Ianya bermula semenjak anda menjadi seorang hamba yang setia kepada acarya anda Segala arahan beliau haruslah diikuti tanpa sebarang perubahan. Cubalah menggembirakan Beliau dan menyebarkan kesedaran tentang Krsna. Setakat itu sahaja. Kesuluruhannya bukanlah sukar sangat. Cubalah ikut arahan Guru Maharaja dan sebarkanlah kesedaran tentang Krsna. Itulah arahan Tuhan Caitanya.
- āmāra ajñāya guru hañā tāra' ei deśa
- yāre dekha tāre kaha 'kṛṣṇa'-upadeśa
- (CC Madhya 7.128)
"Dengan mengikuti pesanan adinda, kamu akan menjadi seorang guru." Dan jika kita tanpa sebarang perubahan boleh mengikut sistem acarya dan cuba sedaya upaya kita untuk menyebarkan arahan Krsna. Yāre dekha tāre kaha 'kṛṣṇa'-upadeśa (CC Madhya 7.128). Dengan ini adanya dua jenis kṛṣṇa-upadeśa. Upadeśa maksudnya arahan. Arahan yang diberikan oleh Krsna itu pun adalah 'kṛṣṇa'-upadeśa, dan arahan yang diterima tentang Krsna, itu pun adalah 'kṛṣṇa'-upadeśa, Kṛṣṇasya upadeśa iti kṛṣṇa upadeśa. Samāsa, śāsti-tat-puruṣa-samāsa. Dan Kṛṣṇa viṣayā upadeśa, itu pun adalah Kṛṣṇa upadeśa. Bāhu-vrīhi-samāsa. Inilah caranya untuk menganalasis tatabahasa Sanskrit. Jadi kesuluruhanya Kṛṣṇa updesa adalah Bhagavad-gītā. Yang maha esa secara langsung memberi arahan. Jadi siapakah diantara kamu yang amat mulia tingkah lakunya beliaulah boleh menyebarkan Krsna-upadeśa, semudah mudahnya hanya dengan mengulangi apa yang dikatakan oleh Krsna, maka tanpa sebarang kemuskilan beliau akan menjadi ācārya. Tidaklah sukar langsung. Semuanya telah dinyatakan di sana. Kita tanpa sebarang kemuskilan hanya perlu mengulanginya seperti burung kakak tua. Tidaklah sepertii burung kakak tua. Burung kakak tua tidak memahami maknanya; ianya hanya bergetar sahaja. Tetapi anda juga perlu Memahami maksudnya jika tidak bagaimana anda boleh menjelaskan? Jadi, kesuluruhannya kita perlu menyebarkan kesedaran Krsna. Tanpa sebarang kemuskilan anda berupaya menyediakan diri anda untuk mengulangi arahan Krsna dengan baiknya, tanpa apa-apa perubahan dalam perjemahan . Jika di masa hadapan yang Akan anda rentangi .. Katakan anda telah mendapat sepuluh ribu Kita sepatut menjadikanya kepada ratus ribu. Itu adalah satu kemestiyan , Kemudian ratus ribu kepada juta dan juta kepada sepuluh juta.
Penganut: Haribol! Jaya!
Prabhupada: Oleh yang demikian , tiada kekurangan dalam pengajaran ācārya, Dan kita semua akan memahami kesedaran Krsna dengan mudah Jadikanlah organisasi ini Jangan salah takbur. Ikutilah arahan ācārya dan cuba untuk menyedarkan diri anda dengan sempurna dan matang ia akan menjadi sangat mudah untuk mempertahankan diri anda dari māyā (khayalan). Ya. Ācāryas, merekalah yang mengisytiharkan perangan terhadap aktiviti māyā (khayalan) yang hanya akan membinasakan kita.