MS/Prabhupada 0017 - Tenaga Rohani Dan Tenaga Material



Lecture on Sri Isopanisad, Mantra 1 -- Los Angeles, May 2, 1970

Jadi dua tenaga bekerja di dunia material ini : tenaga rohani dan tenaga material. Tenaga material bermakna lapan jenis unsur-unsur yang ketara. Bhūmir āpo 'nalo vāyuḥ: (BG 7.4) bumi, air, api, udara, langit, fikiran, kecerdasan, dan ego. Ini semua adalah material. Begitu juga, lebih halus, lebih halus, lebih halus, lebih halus dan lebih kasar, lebih kasar, lebih kasar. Sama seperti air adalah lebih halus daripada tanah, kemudian api adalah lebih halus daripada air, kemudiannya udara adalah lebih halus daripada api , kemudiannya langit, atau eter , adalah lebih halus daripada udara. Begitu juga, kecerdasan adalah lebih halus daripada eter, atau fikiran adalah lebih halus daripada eter. Minda ... Anda tahu, saya telah memberikan contoh beberapa kali: kelajuan fikiran . Beribu-ribu batu jauhnya anda boleh pergi dalam sesaat. Maka lebih halus ia berbentuk, lebih berkuasa ia menjadi. Begitu juga akhirnya , apabila anda datang ke bahagian rohani , lebih halus, dari mana semuanya berpunca, oh, itu sangat berkuasa. Itulah tenaga rohani. Ianya dihuraikan dalam Bhagavad -Gita . Apakah tenaga rohani itu? Tenaga rohani itu adalah makhluk hidup. Apareyam itas tu viddhi me prakṛtiṁ parā (BG 7.5). Kṛṣṇa bersabda, "Ini adalah tenaga material. Melebihi dari ini terdapat satu lagi, yakni tenaga rohani." Apareyam. Aparā means lebih rendah. Apareyam. "Kesemua unsur-unsur material ini, ia adalah tenaga yang lebih rendah. Dan di luar ini terdapat tenaga yang unggul, Arjuna yang baik hati." Apakah itu? Jīva-bhūta mahā-bāho: "Ia adalah para makhluk hidup." Mereka juga adalah tenaga. Kita makhluk hidup, kita juga adalah tenaga, tetapi tenaga unggul. Unggul sebagaimana? Kerana yayedaṁ dhāryate jagat (BG 7.5). Tenaga yang unggul mengawal tenaga yang lebih rendah. Alam tidak mempunyai kuasa. Kapal terbang yang besar, sebuah mesin yang bagus, sedang terbang di langit, diperbuat daripada bahan-bahan material. Tetapi tanpa tenaga rohani, juruterbang, ianya tidak berguna. Ia adalah sia-sia sahaja. Untuk beribu-ribu tahun pesawat itu akan tertinggal di lapangan terbang; ianya tidak akan terbang selagi zarah kecil tenaga rohani iaitu juruterbang, datang dan menyentuhinya. Maka apakah kesukarannya untuk memahami Tuhan? Perkara yang sangat jelas adalah jika mesin yang besar ini... Terdapat begitu banyak jentera yang besar, ianya tidak boleh digerakkan tanpa sentuhan tenaga rohani, seorang manusia atau makhluk hidup. Bagaimana anda boleh berharap seluruh tenaga material ini bekerja secara automatik atau tanpa sebarang pengawasan? Bagaimana anda boleh berhujah dengan cara sebegitu? Itu tidak kemungkinan. Oleh itu manusia dari gologan yang kurang cerdas, mereka tidak dapat memahami bagaimana tenaga material ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa.