MS/Prabhupada 0037 - Sesiapa Yang Tahu Mengenai Krishna, Beliau Adalah Guru



Lecture on BG 7.1 -- Hong Kong, January 25, 1975

Maka bagaimana kita boleh memahami tenaga Bhagavān, bagaimana kita boleh memahami tenaga daya kreatif-Nya, dan apakah potensi Bhagavān, bagaimana Beliau melakukan segala-galanya - itu juga merupakan satu sains yang maha luas. Itu dikatakan sains Kṛṣṇa . Kṛṣṇa-tattva-jñāna. Yei kṛṣṇa-tattva-vettā, sei guru haya (CC Madhya 8.128). Caitanya Mahāprabhu bersabda bahawa siapakah guru. Guru bererti yei kṛṣṇa-tattva-vettā sei guru haya "Sesiapa yang tahu mengenai Kṛṣṇa, beliau adalah guru." Guru tidak boleh direka-reka. Sesiapa yang tahu mengenai Kṛṣṇa sebanyak yang mungkin... Kita tidak boleh tahu. Kita tidak boleh tahu akan Kṛṣṇa seratus peratus. Yang itu tidak mungkin. Tenaga Kṛṣṇa begitu pelbagai. Parāsya śaktir vividhaiva śrūyate (CC Madhya 13.65, penjelasan). Satu tenaga bekerja dalam satu cara, tenaga yang lain bekerja dalam cara yang lain. Tetapi kesemuanya adalah tenaga Kṛṣṇa. Parāsya śaktir vividhaiva śrūyate. Mayādhyakṣeṇa prakṛtiḥ sūyate sa-carācaram (BG 9.10). prakṛti...Kita melihat bunga ini keluar dari alam semula jadi, dan bukan sahaja bunga, malahan pelbagai jenis keluar - dari benih. Benih bunga mawar, akan keluarkan pokok mawar. Benih bela akan mengeluarkan pokok bela. Jadi bagaimana ia berlaku? Tanah yang sama, air yang sama, dan benih juga kelihatan sama, tetapi ia keluar secara berbeza. Bagaimana ia boleh terjadi sebegitu? Itu dikatakan parāsya śaktir vividhaiva śrūyate svābhāvikī jñāna. Orang yang biasa atau mereka yang dikatakan ahli sains, mereka berkata, " Ianya adalah sifat alam semula jadi untuk menghasikannya sebegitu." Tetapi mereka tidak tahu apa itu alam semula jadi, siapa yang menyelia kegiatan-kegiatan alam semula jadi, alam material, bagaimana ia berfungsi.

Yang itu dihuraikan dalam Bhagavad-gītā, mayādhyakṣeṇa (BG 9.10). Kṛṣṇa bersabda, "Di bawah pengawasan saya alam ini berfungsi." Itulah hakikatnya. Alam semula jadi, jirim...Jirim tidak boleh digabungkan secara automatik. Bangunan-bangunan pencakar langit ini, ia diciptakan dengan menggunakan jirim, tetapi jirim tidak datang dengan sendirinya untuk menjadi bangunan. Itu tidak mungkin. Terdapat roh yang sangat kecil, iaitu jurutera atau arkitek, yang mengambil jirim dan mengubahnya dan mencipta satu bangunan pencakar langit. Itu adalah dari pengalaman kita. Maka bagaimana kita boleh mengatakan bahawa jirim bekerja secara automatik? Jirim tidak boleh berfungsi dengan sendirinya. Ia memerlukan otak yang lebih tinggi, pergolahan yang lebih tinggi, yakni tertib lebih tinggi. Sama seperti di dunia material ini, kita mempunyai tertib yang tertinggi, matahari, pergerakan matahari, tenaga kepanasan, tenaga cahaya matahari. Jadi bagaimana ia digunakan? Itu dinyatakan dalam śāstra: yasyājñayā bhramati sambhṛta-kāla-cakro govindam ādi-puruṣaṁ tam ahaṁ bhajāmi. Planet matahari ini juga adalah satu planet seperti planet ini. Seperti di planet ini mungkin terdapat ramai presiden, tetapi sebelumnya hanya terdapat satu presiden sahaja, begitu juga, dalam setiap planet terdapat seorang presiden. Di planet matahari kita menerima pengetahuan dari Bhagavad-gītā. Kṛṣṇa bersabda, imaṁ vivasvate yogaṁ proktavān aham avyayam: (BG 4.1) "Aku pada mulanya telah bersabda sains Bhagavad-gītā ini kepada Vivasvān." Vivasvān bermaksud presiden dunia matahari, dan anaknya adalah Manu. Ini adalah jangka masanya. Jangka masanya sedang berlalu. Ia dikatakan tempoh masa Vaivasvata Manu. Vaivasvata bererti daripada Vivasvān, anak kepada Vivasvān. Beliau dipanggil Vaivasvata Manu.