MS/Prabhupada 0040 - Sini Adalah Satu Orang Yang Maha Esa



Lecture on BG 16.8 -- Tokyo, January 28, 1975

Terdapat berjuta-juta dan berjuta-juta dan berjuta-juta makhluk hidup, dan di dalam setiap hati, Beliau mendiami. Sarvasya cāhaṁ hṛdi sanniviṣṭo mattaḥ smṛtir jñānam apohanaṁ ca (BG 15.15). Beliau menguruskannya seperti itu.. Jika kita berfikir bahawa Beliau adalah seorang pengawal seperti kita, itu adalah salah faham kita. Beliau adalah pengawal. Terdapat pengawal. Dengan pengetahuan yang tidak terhad dan pembantu yang tiada hadnya, dengan potensi yang tiada hadnya, Beliau mengurusi. Orang-orang yang tidak mengakui bentuk peribadi Tuhan, mereka tidak boleh berfikir bahawa adanya seorang yang memiliki kesaktian yang tidak terhingga. Oleh itu mereka tidak mengakui bentuk peribadi Tuhan. Mereka tidak boleh berfikir. Barang sesiapa yang tidak mengakui akan bentuk peribadi Tuhan, mereka tidak dapat bayangkan... Mereka juga menganggap, "Apabila seseorang itu adalah orang, maka beliau adalah seperti aku." Saya tidak boleh melakukannya. Oleh yang demikian Beliau tidak dapat melakukannya. Oleh itu mereka adalah mūḍha. Avajānanti māṁ mūḍhāḥ (BG 9.11). Mereka membandingkan Kṛṣṇa dengan diri mereka sendiri. Sepertimana beliau adalah orang, Kṛṣṇa adalah orang. Beliau tidak tahu akannya. Veda memaklumkan bahawa "Walaupun Beliau adalah orang, Beliau mengekalkan semua orang yang tidak terhad jumlahnya." Itu mereka tidak tahu. Eko yo bahūnāṁ vidadhāti kāmān Bahawa dengan seorangnya, Beliau mengekalkan berjuta-juta, berjuta-juta, juta orang. Kita masing-masing, setiap seorang, kita adalah orang. Saya adalah orang. Anda adalah seorang. Semut ini adalah orang. Kucing adalah orang. Anjing adalah orang, dan serangga adalah orang. Pokok-pokok adalah orang. Setiap satu adalah orang. Setiap satu adalah orang. Dan terdapat seorang yang lain. Itu adalah Tuhan, Kṛṣṇa. Satu orang itu mengekalkan segala pelbagaian orang yang berjumlah berjuta-juta dan berjuta-juta. Ini adalah Veda di....Eko yo bahūnāṁ vidadhāti kāmān, nityo nityānāṁ cetanaś cetanānām (Kaṭha Upaniṣad 2.2.13). Ini adalah maklumatnya.

Maka Kṛṣṇa juga bersabda dalam Bhagavad-gītā, ahaṁ sarvasya prabhavo mattaḥ sarvaṁ pravartate iti matvā bhajante māṁ... (BG 10.8) Dengan itu seorang penyembah, apabila beliau memahami dengan teliti bahawa "Di sini adalah Orang Yang Maha Esa, yang merupakan pemimpin, yang juga pengawal, yang juga penyenggara segala-galanya." maka beliau menyerahkan diri kepada-Nya dan menjadi hamba-Nya.